Monday, March 21, 2011

keropok sekupang dua

salam.

hujung minggu sudah ditinggalkan dibelakang. welcome weekday!! tak sabar rasanya nak habiskan weekday dan ketemu semula dengan weekend lagi. hampeh. tak mahu! tak mahu! tak suka! bermulanya hari pertama weekday dengan test BEL 422 Report Writing.

tak boleh cakap senang, nanti orang fikir kita berlagak tahu semua.

tak boleh jgk cakap susah sbb nanti orang ingat kita bodoh, lembab.


tp in case kalau la orang tanya cuma boleh ckp "hurrmm...boleh la". typical answer i guess. semua orang akan jawab benda yg sama. so, kau tak payah nak baran sgt la kalau sepuluh orang kau tanya supuluh orang jgk kasi jawapan yang sama. nasib badan kau-lah! ^_^

tadi,

sebelum aku mendaki tangga naik ke kelas aku ada terserempak dgn 'kiosk jujur'. dengan tak sengaja kiosk tersebut telah mengembalikan nostalgia zaman kekanak rebina aku yg dulu. tahu kenapa?

sebab ni...

magic chicken

lama benar rasanya aku tak ketemu keropok zaman kekecik aku dulu. sekarang ni orang manalah nak layan keropok sekupang dua serupa ni. kasi layan yg memahal je. berlagak! lupa daratan, lupa asal usul. haish...marah benar. dulu, keropok sekupang dua ni la yg masuk dalam perut menjadi darah daging haku. keropok sekupang dua ni jgklah yg aku rasa paling sedap antara semua! kira terbaik-lah!

dan hari ni aku jumpa lagi keropok sekupang dua aku yg dulu. rindu! (secara tiba-tiba dan tak semena-mena). tengok keropok tu, teringat zaman kanak-kanak dulu menangis nak-kan keropok, suruh abah beli, kalau tak beli haku guling-guling depan kedai! tengok keropok tu lg, teringat macam mana susahnya nak dapatkan sampai kena pegi kedai dapat upah dr mak baru boleh beli. haish..kanak-kanak. tapi hari ni tak lagi, nak keropok mana pilih je, kau bayar la sendiri yer.

oleh sebab gian dah lama tak jumpa keropok sekupang dua ni, haku terbeli 5bungkus kau! ok. sekarang nak pegi bukak plastik dan makan semua!

selamat menjamu selera kekanak!

1 comment:

  1. http://meriahuoll.blogspot.com/

    nak nie url yang best tuuu

    ReplyDelete