Thursday, July 28, 2011

bola sepak

salam.

hari ni nak cerita pendek pasal bola. bola bukanlah 'makanan ruji' kaum perempuan secara generalnya. tapi disebabkan ayah kaki bola, adik lelaki dan boyfriend gila bola wajiblah kita kaum perempuan ambil tahu sedikit atau banyak sikit pasal sukan ni. minat tu datang bila musim bola je. untuk saja-saja duduk bukak channel supersport tak pun ESPN tu bukan kerja kami la. baik tengok drama yer dak?? haha

semua orang sibuk bercerita pasal bola malam ni dan tukar profile picture fb masing2 dengan kepala harimau. semangat kesukanan wooo dan golongan perempuan tak ketinggalan. kalau Harimau Malaya juara malam ni diorang mesti boleh teruskan ke peringkat WORLD! cayalah. mestilah kesemuanya nak Harimau Malaya kita juara. walaupun kita tak pergi stadium tak bermakna kita tak boleh tercangak depan tv dan menyokong. berapa sangat yg muat nak masuk dalam stadium tu.

ada orang beranggapan bahawa perempuan tengok bola hanya sebab sukakan pemain saja. pemain hensem gagah macho buat cuci mata saja. gol, offside semua tolak tepi. sebenarnya kenyataan macam tu tak benar. ingat orang perempuan tak reti bersukan ke? ada je perempuan yang main bola. bola sepak bukan hanya untuk lelaki. share la. perempuan pn boleh what??lelaki main futsal, perempuan pn main jgk. lelaki main bola, perempuan pn main jgk.haha.

apa pun, malam ni sama-sama kita bersorak depan tv. semoga harimau dapat mengalahkan singa dipadang tulen!

TANAH
TUMPAHNYA
DARAHKU
BERJUANG HINGGA KE
TITISAN TERAKHIR
DAN MARTABATKAN
NAMA NEGARA

No comments:

Post a Comment