Monday, August 1, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

salam.

Alhamdulillah syukur kehadrat Yang Esa kerana sekali lagi kita berkesempatan menjalani bulan penuh keberkatan ini yakni Ramadhan Al Mubarak. sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yg sangat dinantikan oleh setiap umat Islam dan dalam bulan ini juga terdapat satu malam yg lebih baik daripada seribu malam iaitu Malam Lailatulqadar. orang yg hatinya penuh dgn rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah yg layak untuk bertemu dengan malam luar biasa tersebut. InsyaAllah.


semangat untuk sambut Ramadhan dah lama terasa bila orang sekeliling sibok menggantikan puasa mereka yg ketinggalan masa Ramadhan lepas. kakak, adik, mak dan mak cik jiran tertangga semuanya sibok menggantikan puasa. aku??jgn tanya la. sebelum Syawal habis lagi aku dah ready nak jumpa Ramadhan seterusnya. haha.


aku rasa bulan Ramadhan ni bulan penuh excitement. great excitement. sebab apa? sebab dalam bulan ni semua benda jadi seronok. contoh, dapat berbuka puasa reramai dengan family besar, dengan kengkawan, dengan bf/gf dan dengan kawan-kawan lama yg dah ditinggalkan sejak 10thn lalu(masih dalam perancangan). sebelum ni pernah je buat semua tu kan? tak perlu tunggu Ramadhan pun boleh buat yer dak? tp sengaja nak tunggu Ramadhan jugak! bukan ke Ramadhan ni bulan penuh keberkatan? tak kira apa jua aktiviti dan events yg bakal berlaku nanti dan dengan siapa kita lakukannya adalah dibawah keberkatan Allah S.W.T. insyaAllah.


first day sahur was like...hmmmm...good. nasi tambah untuk hari pertama bersahur. energy mau kasi lebih sikit untuk first day puasa ni. cabaran hari pertama adalah biasa-biasa untuk aku. eceh. tapi aku rasa nanti petang aku akan mula terasa penangan first day puasa sebab aku akan sama-sama turun dapur dengan mak untuk prepare juadah berbuka. homaigod! semoga iman aku tak tercabar dengan air dalam peti sejukkk.haha.


aku dah mula terasa bahang di meja makan. gelas diatur, pinggan disusun, nasi disenduk dan semua pakat tunggu depan meja dengan muka masing-masing tengok orang disebelah. telinga dipasang untuk dengar 'bang' dari surau berhampiran. excited sungguh masa tu. lepas je dengar 'bang', apa yg ada atas meja tu semua dibaham. haha. bila perut dah sengkak dengan makanan mula la nak buat drama tak mau pi surau untuk tarawih. tak larat la, letih la, malas la semuanya dimulut masa tu.


Alhamdulillah aku dapat sambut Ramadhan (sebulan Ramadhan) kali dengan semua family. selalunya aku kt kolej untuk first day puasa. serius sedih masa tu. sahur dengan susu dan kurma saja. sadis sungguh. tapi kali ni kalau aku request ayam masak merah untuk sahur pun bakal aku dapat sebab semuanya tak mustahil bila di rumah. yeaayy!


Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa dan Bertarawih untuk semua Umat Islam!


happy blessed Ramadhan!



bye

No comments:

Post a Comment