Monday, December 12, 2011

Bentong (Part 1)

sebelum ni saya ada bising2 pasal Bentong itu dan Bentong ini, kan? actually hari tu ada join environment's trip (subject elektif fac FSPPP part5) pergi Bentong, Pahang. to be specific, Dusun Eco-Resort Training Village, betul2 sebelah highway sebelum sampai Karak. first time join aktiviti mcm ni dgn classmates. semuanya excited nak masuk hutan. excited nak tahu aktiviti apa yg bakal berlangsung. aktiviti dirancang sebelum cuti raya Aidiladha. prosedur untuk dapat budget and approval daripada Dean adalah sangat mencabar. sebagai S.U itu bukan bidang kuasa saya. just construct tentatif, catat minit mesyurat etc. semuanya diatas bahu Aizat dan Tyra. kesian diorang. tapi committee sedia membantu. semua participants adalah committee. ???? yer. sebabnya, terlalu sikit manusia yg join class ni maka semuanya ada job dan position masing-masing


bertolak jam 4 petang selepas solat Jumaat. yg datang lewat ialah aku, Nida, Azwa dan Zahira. semuanya dah naik bas. semuanya yg kat atas bas tu relax tak marah pun. sebab semuanya pun ingat aktiviti ni just fun-fun tak perlu la nak spoil kan mood pasal tunggu orang lambat (macam aku) kan? chill lah . dengar lagu ^___^ takda maknanya. yang penting takda sorang pun buat muka marah. ok la kalau macam tu. memang betul-betul fun tahu. tgk ramai yg bawak beg macam nak pergi Mekah. nak bercamping ke nak berfesyen nih? (tertanya-tanya). never mind.


perjalanan tak makan masa sehari pun. just 3hours plus minus berhenti makan dan ke toilet. sepanjang atas bas we slept, we eat, we played musics, we joke and then we sleep again and again. tanpa jemu. (mcm jauh pulak perjalanan tu).


masa bas tengah busy cari sign board nak masuk (pak cik bas yg cari, bukan bas) yg lain semua teruja. berdiri. bisik-bisik dgn kawan sebelah, end up semuanya seluk poket dan check coverage phone masing-masing bila bas belok kiri masuk hutan. yer MASUK HUTAN! bukan terbabas-lah. memang tak guna bawak phone masuk hutan. umpama bawak ikan naik atas darat lah gamaknya. dalam hati ada terfikir jgk, kalau apa2 jadi aku nak lari keluar jalan kaki sampai ke higway ni ke? I said, kalau. tp Alhamdulillah takda apa yg pelik jadi. semuanya seronok! 


kami check in 1 chalet 4 orang. nice. tak padat tak kelam kabut memandangkan semuanya lengkap tersedia. sebelum sampai tempat tinggal kami ada 'ternaik' lori pickup. bkn ternaik ok tp dah mmg itu je pengangkutan utk reach tempat tu. lainlah kalau kau bawak Mercedes, sila parking di atas atau LESAP tanpa kesan. aktiviti malam start dgn Night Walk. nightmare gila. sumpah gila kalau pergi 3 4 kali. memang adventurous and very challenging. gambar tak boleh amik sebab dalam hutan kan? kang ada sesuatu tumpang susah pulak. keadaan masa tu gelap gelita tak reti nak cerita. pendek kata, nightmare.
beratur semua

pengangkutan utama
.pengalaman.

muka excited semuanya

hotel kami utk 3hari 2malam
bersambung...


kbai

No comments:

Post a Comment