Tuesday, December 13, 2011

Bentong (Part 2)

selesai je Night Walk malam tu, memang letih tak ingat dunia. sempat lagi turun kolam basah-basahkan baju yg kotor supaya senang nak dicuci bila balik kolej nanti. selesai mandi, solat, basuh kaki segala semuanya terus terjun katil. rasanya memang tak sempat nak mimpi pun, tahu2 esok dah ada sorang bgn solat Subuh dan kejut semua. Alhamdulillah nightmare dalam hutan tu tak terbawa-bawa dalam mimpi. 


aktiviti in Day2 adalah sedikit mencabar dan fun! bgn pagi siap-siap berus gigi cuci muka je. tanpa mandi. huhh? serius?? serius-lah. air paip yg mengalir tu air semula jadi dari sungai. apa gila nak siram air sungai pagi2 ke badan? mintak jerit histeria lah kalau camtu. dimaafkan la sebab semalam pun mandi pukul1 kan? pukul 7 dah gerak buat aktiviti. kalau ikut logik, masa tidur tu tak peluh pape pun. (boleh?) HAHAHA.


awal-awal pagi lepas breakfast, terus je kami senamrobik. Lia & Teha jadi instructor. agak kecoh sebab mostly tak hafal step poco poco (perlu hafal ke?). jadi, hentam keromo la semuanya bergelimpangan bersenam dan bererobik dgn gaya tersendiri. pastikan semuanya dah warm up sebelum start part yg challenging. pada saya mungkin challenging tp pada mereka yg dah terjebak dgn PLKN tu adalah biasa-biasa sahaja. ok. fine. pergi sekarang! 


siapa sangka air yang tenang tiada buaya? siapa? siapa? siapa sangka kami kena panjat tembok 12kaki! ini gila. ini gila. siapa nak panjat turun tangan? semua orang bising-bising, pasang strategi cmno gayonyo nak momanjat. mustahil badan sebesar tong nak panjat dengan kudrat sendiri. badan yg sepanjang galah ni pun hadapi masalah inikan pula mereka. errrkkk. pendek kata semuanya mengalami masalah yg sama. kau jgn belagak mentang-mentang kau athlete kau ingat kau boleh langkah je ke tembok tu? sila beri kerjasama. ya. memang kerjasama yg diperlukan. masa ni la nak build relationship dgn kawan-kawan yg sebelum ni kita senyum dari jauh je. sekarang la nak tepuk tampar kau dan aku, kan? kalau tak bila lagi?HEHE


lepas je luka sana sini buat 10 jenis halangan tadi, kami ada water testing's activity. cari air sungai, air paip, air segala jenis air kecuali air yg terlarang okay utk test tahap kebersihan air tu. asid, alkali, neutral  blablabla...memang tak mencabar. we want more! we want more! 


tahu kami tgh tgk apa?
Flying Fox
teringin nak naik

Hostel

Ziqah & Me

Zal & Nik


kutip barang
nak buat persembahan 


ok fine. water testing tak mencabar kan? jom buat rakit. UiTM tak bg budget utk sukan air maka kami kumpulkan duit seorang RM10 utk bayar game rakit termasuk instructor sekali. RM300 satu game ! homaiiiigad. takpa. kan semua nak have fun, takat bayar sepuluhRinggit tu celah dompet je. yg kami sangkakan game ni nak main kat arus deras. harapan! main kat tasik kecik je? hurrmmm. mulanya memang hurmmm je tapi hamekkaau sekali kena build rakit sendiri. tambah perasa lagi, dalam hujan! nak tambah sadis lagi, aku lupa jenis ikatan masa belajar Pandu Puteri dulu. sikit2 boleh la nk aplikasikan. moral of the game, sila bekerja sama dan jangan mudah panik. the best game ever bila group kami menang. nak tahu kenapa? sepakat membawa berkat.


bersambung...

No comments:

Post a Comment