Monday, February 20, 2012

#2 perasaan

semakin hari semakin kurang tanggungjawab. maksud saya tanggungjawab untuk bertugas sehari-harian. cif dah buat taktau pada kami. dia sendiri taktau nak amanatkan kerja apa untuk kami. sehari-harian bertulis surat. bertulis surat pun sehari-harian. dulu surat cinta pun tak tulis sehari sampai 3 4 keping. secretary jadian buat sementara waktu. selagi tak memudaratkan apalah sangat hanya bertulis surat. momantai~~

menghitung hari. bakal beransur ke UiTM di hatiku kurang dari DUA minggu sahaja lagi. *pengsan* suatu perasaan kurang gemar menular melalui tulang belulang bergerak ke urat saraf dan seterusnya terhenti di mana-mana sahaja. cuti hangus dengan berpraktikal sahaja. tasuka tasuka. tak sempat nak rehatkan badan puas-puas. tak sempat nak jejalan dengan Mr.H. tak sempat nak tolong mak itu dan ini (bajet anak mithali la kauu). tak sempattttttt.

tahu tak? perasaan yang paling tak digemari adalah bilamana kaki ini melangkah menaiki tangga bas. adoiii, aku tak kuat. aku tak hendak. aku tak hingin. sedih. nak nangis. nak lari turun dari bas. nak balik rumah dan tidur seperti esoknya takda kuliah (5hb March). kalaulah UiTM Merbok sahaja. mungkin aku akan tersenyum gumbira even kuliah dah start seminggu pun. kan?kan? tetapi itu TAK MUNGKIN. dan tak mungkin. T_T

selain berperasaan sedih, ada suatu lagi perasaan yg terpendam di sini (pegang dada) dalam dada ada hati. GEMBIRA. EXCITED. TAK SABAR. berbakikan SATU semester sahaja lagi. wondering, apa akan berlaku selepas tinggalkan bilik kuliah berhawa dingin tahap beku (boleh bekukan ais krim malaysia rasanya). mana hala tuju lepas ni masih terfikir-fikir. belum plan.takda masa lagi nak planning. lepas ni mungkin akan organize satu buku utk plan future. bukan future ehemm ehemm tapi future career perhaps. 


lepas ni nak buang yang keruh dan hambek yang jernih-jernih sahaja memandangkan dah nak start new sem ni kan. POSITIVE! banyak benda perlu difikirkan. research paper, training paper etc. pendek kata BANYAK. azam semester baru ; tak mahu bermain-main lagi. FOCUS! 


buat masa ni (dikala mentaip entry) saya gembira dan tak sabar nak tunggu jam 5 petang. kekasih hati hendak menjemput untuk mencelebrate suatu event :)  tunggu punya tunggu punya tunggu sampai tak mahu toleh tengok cif, takut kena buat kerja last minit. hewhew ;)


kbai nak solat.

No comments:

Post a Comment