Saturday, February 18, 2012

#1 nota ringkas awal 2012

assalamualaikum...

jari diregangkan supaya takda yg tertaipo nanti.maklum la last entry adalah bertarikhkan tahun lepas. kedengaran jauh ketinggalan. kemungkinan untuk tidak berjaya menghabiskan entry ini adalah berperatusan 50-50. alasan untuk tidak terus berblogging dan tidak berjaya melahirkan satu entry pada awal bulan lalu adalah bersebabkan MALAS. atau lebih jujur broadband tak bayar, wifi terlupa password. HEHE

untuk pengetahuan, sekarang ni saya tengah sibuk ber'praktikal' disebuah institusi kerajaan. KASTAM DIRAJA MALAYSIA bahagian Sungai Petani. lokasi yang tersangat la strategik. berhampiran rumah. tak sampai LIMA minit dah sampai. untuk pertama kali melangkah kaki masuk ke bangunan serba putih jingga ni tanggapan negatif sahaja di minda. mahu saja dijauhi tanggapan serong tersebut tapi tak boleh sebab itu saja yg senantiasa di minda. akibat daripada cemuhan dan kata-kata serong yg dilemparkan teman seperjuangan, saya jadi goyah untuk berperasaan yang baik-baik terhadap institusi ini.


ternyata tanggapan yg disangka NEGATIVE itu hanyalah TANGGAPAN semata-mata. berdiri di situ hanya sebagai sebahagian daripada perkara normal yg berlaku pada mereka yang tidak tahu duduk  perkara sebenar. dalam masa tiga hari tanggapan yang pada mulanya NEGATIVE itu kini bertukar POSITIVE apabila diri mula dapat disesuaikan dengan persekitaran dan pegawai di sana. Alhamdulillah. mohon mana-mana atau siapa-siapa yg beranggapan bahawa institusi kerajaan ini hanyalah duduk bergoyang kaki segera dikikis tanggapan anda itu. duduk goyang kakinya mereka ini hanyalah bilamana kerja tidak bergolek pada mereka (sesungguhnya memang kurang kerja pun di jabatan ni). duduk goyang kaki mereka pun nak buat macam mana tuah mereka sangkut di jabatan kerajaan. gaji tiap-tiap bulan masuk ke akaun mereka bukannya kita. kita ni apalah nasib...masih ber'praktikal' lagi. 


berjaya berkenalan dengan beberapa orang pelajar praktikum yang lain. berseronok dengan mereka. bersedih dengan mereka. LIMA orang manusia di pengurusan sudah berjaya menggamatkan bilik pengurusan & menggamit kenangan.


sekadar hiasan dinding






No comments:

Post a Comment