Friday, March 16, 2012

#8 cuti vs part time

hye.

minggu kedua disini. di bumi Shah Alam aman permai, yang takda bekalan AIR since 14 March till 15 March. disisi sahabat handal lagi power dan rakan sebilik yg awesome. sungguh tak teringatkan rumah manis rumah walau sedetik. tik tok tik tok (banyak detik pulak). minggu kedua, kelas dah mula berjalan seperti yang dijadualkan. tidak padat dan tidak awesome. kenapakah? kerana gap masa yg tak tentu arah. dalam sehari ada satu kelas dan kelas bermula jam EMPAT petang. bala apakah ini?? tak menseronokkan langsung. Ya. tidak langsung. 


perancangan utk empat hari bercuti bagi setiap minggu masih berada di peringkat perbincangan dan try-test. belum fix masa dan jadual bertugas kerana masih berperasaan konfius dan keliru. buat masa sekarang saya sedang berkhidmat dengan YES4G di store berhampiran dengan kolej. pengalaman yang menseronokkan. tahu kenapa? tak pernah saya berfikiran utk berkerja part-time semasa belajar since diploma mahupun cuti semasa SPM dahulu. sebetulnya, saya tidak dibenarkan oleh keluarga utk ber-part-time. eceh. 


lain pulak semasa degree, saya terasa mampu utk berkerja part time memandangkan kos hidup disini adalah mengkelirukan. sekejap mahal dan sekejap terasa 'ehh, murah pulak mak cik ni charge aku' especially utk makanan. Betul. duit PTPTN sentiasa mengalir deras semasa awal semester. tahu kenapa? banyak betul kedai yg terbuka diawal semester, menjual keperluan itu dan ini. tak perlu bersusah-susah utk keluar ke mall, PKNS, SACC, PAS mahupun JUSCO berhampiran utk menghabiskan duit pinjaman kerana disini(dalam UiTM) segalanya tersedia. just name it apa yg kau perlukan. HAHA


dengan kesempatan yang ada, maksud saya, dengan memiliki cuti empat hari, saya mampu mencari nafkah utk diri sendiri.  sedih tau macam tu. buat masa senang ni tak perlu la nak susahkan mak dan abah dirumah. selagi hayat dikandung badan dan selagi mampu, tak perlu la nak susahkan orang lain. eceh.

selagi mampu berdiri diatas kaki sendiri, berdikari lah. 

No comments:

Post a Comment