Saturday, March 17, 2012

#9 darling sisters

hye. 

hujung minggu di bilik sahaja. sangat tak awesome tahu. selalunya akan di rumah mok teh akan tetapi minggu ni telefon tak berdering, takda jemputan fully sponsored by mak teh. ekeke. sponsor je nak tau, berbayar kalau perlu di fikirkan terlebih dahulu. tak mengapa. saya tak sedih walaupun (terpaksa) berhujung minggu di bilik. malah saya bangga kerana mencipta rekod mampu bertahan menyambut weekend bersama roomate(s). alahai kesian. 


bila weekend menjelma, saya rindu my super sistas. walaupun kadang kadang kakak saya tidak menyebelahi saya tapi saya tetap rindukan beliau.ekeke (muntah jingga). si adik seperti lalang. super bodek. pembodek tegar nih. muka je nampak suci dan murni tapi tak boleh harap sangat budak ni. kena pantau kalau tetiba je baik dengan kita. ada la tu yg tak kena, ada la tu yg nak dipinjam (tudung) nak pegi tuition. I can read your mind, adik. :) mereka kerap bertukar personaliti. tak terkecuali aku. kita kena berlakon mengikut situasi. kadang kadang jd pembodek, kadang kadang jadi pendengki, kadang kadang jadi ohhhhh so suweeettt. pui! 


every weekend, di rumah especially kalau kak long cuti, ada je plan dia nak ke sini dan sana. end up, tak pergi mana mana pun beralasankan beberapa perkara berikut:

  • tunggu la, lepas masak
  • petang sangat dah ni. malas la.
  • sayang pulak nak belanja duit ni
  • ishhh, takut abah marah (abah tak bagi keluar)
  • etc.


setiap alasan yg keluar dari mulut dia bila nak cancel rancangan adalah sangat menggeramkan. sangat menyentuh kalbu. mana taknya, saya dah plan baik punya nak beli itu dan ini, nak pawww dia sket, nak pergi situ dan sini.  at last, tak keluar. demmmm! emosi betul masa tu. ATAU kadang kadang saya sendiri yg spoil mood nak keluar. padan muka, dia dan saya. terlalu well plan pun akan merosakkan rancangan. keluar secara mengejut adalah yg terbaik! maksud saya, keluar tanpa perancangan. kalau ada excuse that means TAK AKAN keluar. noted. perangai berubah mengikut situasi. itu yg saya boleh 'cop' kakak sulung saya ni. unpredictable. susah nak kawal. emosi bertukar tukar sesedap hati dan perasaan tanpa mengira orang sekeliling. hamboihh, marah betul saya kalau dia macam tu. buat muka herot, malas nak layan. berperasaan seorang diri la kau kak long. 



ini kembar saya :)

adik, kak ngah & kak long 


baby sister pulak, kejap nak muntah. ekeke. seperti yg disebutkan diatas adalah seperti LALANG yg tumbuh di depan rumah. turut berubah mengikut situasi. kadang kadang berubah tak kena masa tak kena tempat. memang mintak pelempang la dia masa tu. kalau boleh nak luku pala tu, besa dia. tak padan yg paling muda, melawan. paling cool juga adalah beliau. urrrm, kadang kadang la kalau nak compare dengan kakak sulung saya tu (super perasaan la kau adik kalau baca. hihi :p ). sedang melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani dan kini berada di tingkatan LIMA.  yeah. SPM la dia tahun ni. berbekalkan buku latihan yg saya beli menggunakan baucar RM200 bekalan kerajaan, saya berharap (harap sangat) she can perform well in her SPM. semoga dipermudahkan. AminYaRabb. plus, she must put a lot of efforts in order to be the best. kalau boleh, jadi yg lebih baik antara kami berempat. please....hehe :) kami (keluarga) percaya dia mampu buat yg terbaik. 


PERINGATAN:

''hang dah perabih duit mak abah pi tuition sana sini tolonglah perform yg terbaik untuk SPM nanti, okay'',


back to the rail, kalau nak ikutkan kami tidaklah seperti isi dan kuku mahupun kacang dan kulit. kami adalah tidak bersependapat. tidak bersekepala dan tidak bersehaluan. TAPI. tapi kami masih mampu tergelak tertido dan terbenci antara satu sama lain didalam bilik yg sama. berkongsi bilik adalah isu paling besar pernah kami hadapi. nowayyy, tiga orang gadis berkumpul dalam satu bilik yg sama, berkongsi katil yg sama dan berkongsi ruang udara yg sama selama bertahun tahun.  itu lah yg dikata adik beradik. kau ingat kau anak tunggul ke hapa takmo sharing sharing. we are one big happy family who live in a small little house. terima kenyataan yg kita harus berkongsi. urrmmm?? berkongsi bilik. bila ditanya pernah kesah harus berkongsi bilik? jawapan saya; Tidak sama sekali. 

they rock my world! Syukran YaRabb kerana kurniakan mereka sebagai saudara seibu dan sebapa. Kalian, terima kasih yg tak terhingga. salah silap kalian saya maafkan. ekeke :) saya sayang kalian berjuta lemonade! peace.no war. ^^v


No comments:

Post a Comment