Thursday, April 26, 2012

#16 FESMEL 2012

FESMEL 2012
13-15 April 2012


hari tu ada join Festival Melati anjuran JPK Kolej Melati. kisahnya hanyalah nak bantu Cik nasi lemak, mantan bos tempat aku part time dulu. kesian aihh dok kol mintak tolong kerap sangat. oleh sebab beliau antara bos terbaik yg pernah aku kerja dulu, aku amik serius perkara ni. tolong ikhlas (mn tahu ikhlas tak ikhlas) :P proses nak lengkapkan borang keahlian adalah meletihkan. berurusan dengan JPK yg kerap busy sentiasa mengundang dan menguji tahap kesabaran aku tatkala itu. oleh sebab nak membantu orang, maka aku gagahi juga badai dan dugaan ini dengan tabah. tabah setabahnya. siang malam berurusan, sama penting dengan buat assignment. berusaha sehingga ketitisan peluh terakhir. aku korbankan masa tidur pagi demi mendapatkan tapak untuk berniaga. 3hari berturut-turut aku korbankan tidur pagi aku (masa tu kelas pagi takda). 


akhirnya usaha aku berjaya. orang terakhir yg mendaftar. Alhamdulillah. gerai no. 15 adalah milik aku seorang. ecehh...bakal meng'hire beberapa orang pekerja since aku tahu tak kan menang tangan nak handle 'bakal' customers kelak. 'barang' yg akan diperniagakan adalah barang baik punyaaa...of course lah makanan. dah cakap pun tadi nak tolong Cik nasi lemak,kan? so barangnya nasi lemak la. adakah nasi lemak layak diklasifikasikan sebagai barang? tepuk dada, tanya selera. sendiri mau ingatlah. kisahnya, nasi lemak ni memang femes amous dekat Melati. oleh sebab ada segelintir masyarakat Melayu khususnya (lebih tepat) yg kurang senang dengan kesenangan Pak cik dan Mak cik ni meniaga maka mereka menaburkan pasir ke dalam periuk nasi kedua pakcik dan makcik ini. maka, tertutuplah pintu rezeki pakcik makcik itu. jahatlah. orang Melayu sendiri mahu jatuhkan bangsa sendiri. tak boleh tengok orang senang sikit, mula la panas bontot tak senang duduk. rezeki ada di mana-mana. mungkin ini rezeki pakcik dan makcik tu, rezeki kau di tempat lain. silalah berusaha mencari rezeki sendiri. bukannya dengki, tabur pasir dalam periuk nasi orang.

 

berbalik pada FESMEL td, meriah jugak la festival ni (penambahan jugak la seperti terpaksa) memandangkan ramai student yg busy dengan project paper (tak balik rumah atau keluar jalan) so ramai yg turun memeriahkan suasana yg tak berapa nak meriah tu since event ni berjalan masa weekend. gerai jualan makanan antara gerai yg terbanyak masa tu. next, gerai aksesori , jualan tudung, bundle, perfume, baju etc. rambang mata tengok itu ini. gerai feveret aku adalah gerai ice cream (McD) menggunung ice creamnya, kalah ice cream McD. flavour kegemaran pastinya coklat. sebelah kiri gerai aku ada jual moi sup, nasi kerabu. semuanya tempting. semuanya aku dah cuba, takut kempunan pulak kang. sebelah kanan gerai aku ada gerai HR Marketing, susu kambing dan sebagainya. ada facial treatment guna susu kambing, teringin nak buat tapi tak cukup yakin dengan mak cik tu. takut. cuma beli lip gloss tujuh warna tak silap, RM20. murah sangat. boleh beli dua buat hadiah kawan. HEHE


gerai aku menjual nasi lemak, jualan habis on time. sebelum pukul 7p.m dah kemas barang. sebetulnya aktiviti jualan start jam 9a.m till 10p.m tp pakcik nasi lemak ni datang lewat, selewat jam 3petang. Alhamdulillah. tak membebankan kerja dengan pak cik  nih. tak membebankan pun tak bermakna aku kerja sambil lewa, kami komited. turun awal nak set up barang barang jualan dan meja kerusi untuk mula meniaga. seronok. lama dah tak merasa set up meja kerusi dan susun makanan. pernah merasa perkara ini suatu masa dahulu. 


berkat menjual dengan ikhlas, plus menjaga kebersihan, kami layak dapat hamper tempat KETIGA. yeayyy! untuk maintain kebersihan bagi orang yg meniaga makanan macam kami adalah susah sebab makanan berciri basah, plus ada jual air pulak,haaa...itu kerja si Awun la untuk jaga. meleleh air sana sini, kain lap la yg dia cari. bagus budak ni. dah turun perangai Cik Zali (tokei kedai) pantang tengok kotor atau basah mesti dia nak lap bagi bersih. bagus la sikap macam tu. baru orang tak pandang kotor.


akan sentiasa rindu untuk meniaga nasi lemak dekat kolej Melati. sobsobs :'(

No comments:

Post a Comment