Thursday, April 26, 2012

#17 sukaneka Taska Al-Hidayah

salam.

Ahad hari tu (22April2012) dipesan emak supaya bangun awal untuk tengok anak-anak mengasuh pergi sekolah tadika. emak ke hospital, check up macam selalu. routine. oleh sebab dah dipesan sejak semalam maka pagi ahad bangun dengan cergas walaupun semalam tidur lewat. emak ke hospital sebelum Nisa (anak mengasuh) datang. memang awal sgt la tu, around 6.50 a.m, emak takut lewat dan orang ramai katanya. aku yg dah dipesan ni akur dengan setiap bait perkataan yg ditutur emak. emak cakap, "tunggu Nisa, satgi mama dia sampai dia akan bunyikan hon" Arasto! aku tunggu kat ruang tamu dengan dua lagi anak mengasuh yg datang super awal hari tu, Hasha dan Wafda. selalunya depa akan datang rumah siap dimandi dan berbaju sekolah, so mudah sangat la kerja aku nk handle depa tiga nih. bagi sarapan dan siapkan bekal dan botol air letak dalam beg. masa nak hantar depa pegi sekolah aku tengok muka dekat cermin. ohooo! huduh walaupun dah basuh muka gosok gigi (tak mandi). takmau hantar depa pegi sekolah! aku amanahkan bibik sebelah untuk hantar depa memandangkan bibik pun nak hantar Rushda, maka sekali harung aku wasiatkan bibik dengan tiga budak hitam nih. Terima kasih, Bibik!


aku hanya hantar mereka dengan pandangan mata sahaja. dekat rumah sebelah ada Kak Ann (majikan Bibik), juga hantar anaknya dengan pandangan mata. HEHE hari ni kanak-kanak di tadika ada sukaneka, Kak Ann ajak join dia jam 9 pagi nanti pegi padang MPSP dekat Dewan Kenangan Sungai Petani. tak sampai hati nak tolak walaupun sebenarnya mengantuk yg amat mengantuk sangat. tengok jam kat dapur baru pukul 7.50 pagi, dalam otak dok congak berapa lama aku boleh lelap sebelum sampai jam 9pagi? ahaa..aku setujukan saja pelawaan Kak Ann tu dulu. jumpa pukul 9pagi Kak Ann! secergas yg mampu, terus aku kunci pintu belakang dan check pintu depan supaya terkunci dan terus lari masuk dalam selimut. setiap minit yg berlalu sangat berharga buat aku. jam dikunci, 8.45 pagi (bajet boleh siap dalam masa 15minit)


8.45pagi;
alarm bunyi, terus aku matikan dan serta merta aku bangun lipat selimut dan capai towel. sempat lagi ajak Syasya join mana tahu kalau dia teringin. mahu katanya. terus mandi dan siap jam 9.10pagi. aha...lambat sepuluh minit, Kak Ann dah pun tunggu depan rumah. janji nak stay sana sejam sahaja tp berlarutan hingga jam sebelas. 

Nisa berangka 7

Wafda si LIMA

the crowd

Adik Beradik; Hasha & Wafda

Kakak Tengah tumpang
the kids

No comments:

Post a Comment