Friday, June 1, 2012

#24 Amir's Wedding

salam perkahwinan utk Amir dan Nabilah

akhirnya mereka merasa jugak naik pelamin setelah sekian lama berkawan. Alhamdulillah. memang jodoh mereka sudah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi. jgn pernah ada yg mempertikai dgn keputusan Allah. kami sekeluarga gembira bagi pihak mereka. selain kami yg gembira ni ada jugak segelintir mereka, secara spesifiknya DUA orang ini berasa dukacita. HAHA. bendul mereka telah dilangkah buat pertama kalinya. tiada cagaran atau tebusan yg diberi. JUST KIDDING. bila ada yg betanya, "Amir, cepatnya kahwin..." selamba yaya Amir menjawab "dah kaklong & abg Iman lambat sgt''. yer, betul jawapan Amir tu, kalau nak di tunggu kak long dan abg Iman sampai kapan harus menunggu? congrats Amir! 


Amir, sepupu pertama yg menamatkan zaman bujang dgn jayanya pada LIMA hb MAY tahun DUARIBUDUABELAS. sepupu yang sebaya dengan aku, sebaya dengan Bukhori & Shafiq. antara kami, amir yg paling sulung, sudah pastilah dia yg pertama dan apa mungkin aku yg kedua? HAHA *no komen. terasa masih muda belia dan teringat zaman kanak-kanak dulu, main sama-sama. feveret game ialah 'main penculik-penculik' KAHKAH how time flies~~ kenangan tinggal kenangan. akanku sematkan dalam memori ini agar sentiasa kekal disitu sampai bila-bila. *kenangan terindah* eceh.


kenduri di rumah Mak Chaq & Pak Chaq was on 27th May. sebelum kenduri lagi memang dah busy. al-maklum lah kenduri yg pertama sekali, everything goes up and down but still under control pihak berwajib. everything was fine sehinggalah selesai kenduri. Alhamdulillah Allah mudahkan buat Mak Chaq & Pak Chaq. kenduri berjalan lancar dengan lauk yg superb dan cukup utk para jemputan. tapi yg syg & ruginya, aku tak sempat nak jamah LAKSA! makcik tu offer aku PENGAT LABU, tp aku tak makan benda-benda lembik macam makanan baby tu. sampai sekarang aku menyesal tak pekena laksa masa kenduri ri tu. untuk hilangkan rasa duka masa kenduri hari tu, air feveret aku (teh tarik) aku teguk setiap kali dahaga. diselang-selikan dengan air sirap jgk, mati ahh telan teh tarik je. 


sumpah penat. tak tipu punya. berulang-alik masuk rumah cari bunga telur, coklat, makanan pengantin etc. kerja mengangkat pinggan mangkuk pengantin belum cerita lagi.I bet semua orang pun penat melampau especially mak cik-mak cik yg sibuk dekat dapur dua hari sebelum kenduri. kerja keras mereka pasti dihargai Mak Chaq & Pak Chaq. InsyaAllah. 


I will let the pictures tell you the story of the year.

rumah pengantin perempuan; Alor Star


tiga gambar kat atas ni menunjukkan kejadian pada malam kenduri, selepas menghadiri kenduri di sebelah pengantin perempuan. semua pun turut bertungkus-lumus buat kerja. aku dan sepupu perempuan yg lain sibuk dok buat pelamin dengan pak ngah. semuanya atas arahan pak ngah. aku yg jadi pembantu malam tu. yg panjat tangga semuanya kerja baby jantan (Hafiz) dan pengantin lelaki sendiri. untuk buat pelamin dia so dia pun haruslah menyumbang tenaga sama, kan? sepupu lelaki yg lain jadi buruh kasar kat luar sana, angkat periuk belanga.


Mak Chaq, Suraya & Pak Chaq






secara exclusive saya persembahkan kakak saya si BAMBAM dgn Wafda Gediks

Kak Chik, Wafda, Baby

Pulut Kuning a.k.a Kek Pengantin

Paksu, Uncle, Emak Syg



Makuda, Makteh, Maktam


Syahirah, Suraya, Shahida, Najihah


semua yg kat atas ni keluarga besar aku. itu baru separuh. yg tak masuk frame ramai lagi.

secara keseluruhannya, aku ucapkan tahniah kepada Amir & Nabilah. semoga hubungan korang kekal hingga akhir hayat. Amin Ya Rabb :)

No comments:

Post a Comment