Tuesday, June 26, 2012

#25 Menghitung Hari

assalamualaikum.


Hye. Lama tak ngadap benda ni mcm dolu-dolu. Apa yg boleh aku jawab, "masa tak mengizinkan". Sejak sebulan yg lalu, masa sangat terhad. Sebagai seorang pelajar jurusan sains pentadbiran, masa ke kelas adalah kurang berbanding jurusan lain tp assingments kita sama banyak ATAU mungkin lebih. Tak perlu nak pertikai jurusan mn lebih susah atau jurusan mn lebih senang. Baik kau fokus Final Exam yg tak berapa hari lagi tu. Jangan diperbesarkan benda yg remeh, jangan nk pertikai benda yg kita masing-masing tahu. Banyaknya masa kau nak fikirkan semua tu. Berbalah di twitter, persis kanak-kanak. Aduhh, malu.


Berbalik pada tajuk seperti yg diatas, menghitung hari yg aku maksudkan sebenarnya mempunyai DUA isi penting. Mari aku huraikan buat semua. Yang pertama mengenai Final Exam. Tak dinafikan Final Exam is just around the corner of YOUR house! Sebut pasal preparation atau dlm bahasa Malaysianya PERSEDIAAN, aku maasih ZERO. bak tajuk lagu Najwa Latif, Kosong Kosong Kosong. Begitu jugalah persediaan aku tatkala ini. Malu nak sebut persediaan sedangkan masih kosong. Senang cerita, aku masih BELUM BERSEDIA. Buku-buku dan nota-nota je yg dah tersedia buat masa ni, itu pun masih tersimpan rapi dlm beg. Belum masa nak turn on the mood (study mode). Kalau nak mulakan sesuatu kerja (bagi aku) harus disertakan dengan mood dan aku percaya semua orang pun melakukan kerja berlandaskan mood masing-masing. Jangan sampai tersalah on mood sudah. Nak study for final exam, tp study depan tv. Kau rasa mood mana yg kau tgh on? Tepuk dada, tanya diri sendiri. 


Aku sedang buat perancangan. Ewahh. Perancangan masa belajar. Maksud aku bukanlah perancangan besar-besaran gitu, just a simple one. Memandangkan aku ni bukanlah jenis yg study awal macam sesetengah orang tu jadi aku self-reward dulu dengan bermalas-malasan dirumah. Once aku dah turn on button study, aku akan fokus! Bila aku fokus, aku dah tak boleh bermalas-malasan lagi. Contohnya, aku akan mansuhkan Youtubing (kalau wujud perkataan ni) Time, no more Running Man session (which is no more gelak-gelakkan Kwang Soo) dan perkara-perkara LAGHA yg seangkatan dengannya. Aku tak dapat nak pastikan, betul ke keputusan yg aku buat ni? Macam mn kalau aku TERtengok jgk Running Man tu? Macam mn kalau aku TERyoutubing jgk? Macam mana? Minta maaf pada diri sendiri lah kalau macam tu. Selagi benda tu tak melaghakan aku kira masih boleh dipertimbangkan sebabnya aku sure sgt kalau study, takda la nak fokus sgt. Dekat rumah ni kan banyak dugaan. Daya tarikan pertama, jalur lebar tanpa wayar, Now Everyone Can Google. Kedua, ada dapur yg boleh berasap, We Can Eat Whatever We Want. Ketiga, bilik serba ada (Kononnya. Serba ada bagi aku dan siblings) Mahunya tak, ada katil buat tidur, ada tv buat tonton, ada ekon buat mereka yg panas jd sejuk, so considered as serba ada la, kan? Boleh macam tu? Semoga aku boleh fokus dalam belajar (revision). Ya Allah, bantulah hambamu. YaRabb, permudahkan yg susah bagiku. Amin.


Isu kedua berkaitan menghitung hari ialah, Hari Pembebasan Ijazah. Aku rename sendiri benda ni. Kalau tak suka atau rasa tak sesuai, aku akan ubah mengikut kesesuaian masa. Tengok la macam mana nanti (abaikan). Berbalik kepada isu, setelah dihitung  dan dikira, dah dua tahun aku sambung belajar (Ijazah), aku bangga (siapa lg nak bangga pasal aku selain aku dan keluarga) menjadi part of UiTM. Walaupun orang kat luar sana selalu je kutuk UiTM itu dan ini, aku tetap bangga menjadi sebahagian yang berjaya di UiTM. Kalau kau boleh bangga dengan Universiti/Kolej kau sekarang kenapa tidak aku? Kau bangga, aku tak kisah pun. Yg penting kita jangan sama-sama busukkan nama institusi masing-masing. 3 tahun aku di UiTM, Merbok dan 2 tahun di UiTM, Shah Alam, sudah cukup sudah. Zaman belajar banyak mendewasakan aku, banyak bagi pengalaman pada aku yg dulunya hanya berdiri sebagai Suraya Safie yg Zero dan kini from Zero to Hero. Ecewahhh. Nama rancangan tv tu kalau tak silap. Apa pun, aku nak highlight kat sini Terima Kasih UiTM, walaupun kita tak nampak flow jasa dan budi UiTm secara tak langsung ianya memberi kesan dalam diri kita (aku). Sekali lagi, tepuk dada, tanya diri sendiri. 


Aku sangkakan di UiTM Merbok je yg buat aku lebih berdikari berdiri diatas kaki sendiri, lebih mencabar adalah di UiTM Shah Alam. Dulu masa kat Merbok, jarak rumah dengan kolej buat aku sakit kepala. Emak abah pun sama naik sakit kepala layan perangai aku. Jenis yg homesick tetiap minggu ni susah sikit. Every weekend nak balik rumah, kalau tak balik sedih sampai tahap boleh nangis. Nampak tak mengadanya di situ? Lain pulak perangainya bila dekat UiTM Shah Alam ni. Sebab tu orang cakap, faktor sekeliling memberi kesan yg besar. Kalau dulu selalu je nak balik sebab kita tau jarak rumah yg ciput tu apa salahnya kalau balik tetiap minggu, kan? Sekarang, oleh sebab dah matang (kononnya) kalau nak balik kena fikir dua tiga kali, nak keluarkan duit beli tiket bas (RM40), nak menyusahkan org beli tiket bas lagi, siapa nak hantar aku pegi stesen bas (jenis tak reti naik teksi (FOBIA dgn pemandu teksi). Semuanya harus dititik beratkan, kesimpulannya, bila cuti lebih dari seminggu baru balik! Plus, dah nak habis study ni, enjoy dulu la. Dah tak kan boleh dapat moment study lagi, kan? Post grad nanti situasinya lain pulak (insyaAllah nak sambung tp bukan dlm ms terdekat). Gonna miss them much (friends and foe(s)).


Akhir kata dari aku si penulis blog bersawang, Selamat Maju jaya buat mereka yg masih pulun belajar dan Selamat Belajar buat mereka yg bakal menduduki peperksaan akhir. Percaya pada diri, takda benda/apa yg mustahil. Dengan usaha dan tekad insyaAllah, Allah akan bantu kita. Yang penting kena usaha dulu, takda orang yg berjaya tanpa usaha. Jangan lupa berdoa mintak Allah permudahkan persedian kita. Allah suka dengan orang yg rajin berdoa, kerana doa pengikat tali kita dengan Allah. InsyaAllah.  


kbai :)

No comments:

Post a Comment