Monday, August 27, 2012

#32 Salam Lebaran

Assalamualaikum.

Hye everyone. tanggal 19 Ogos 2012 semua umat Islam telah menyambut hari kemenangan. Alhamdulillah. lepas tahan dahaga & lapar selama sebulan kini kita beraya sebulan pulak. Hoyeahhh. sebulan bermakna setiap hari aku teringin nak pakai baju kurung. yg malasnya cuma nak iron setiap sehelai sehari dan yg paling tak masuk akal, kau nak beraya sebulan di rumah dgn berbaju kurung tanpa alasan yg reasonable samada pergi open house atau pun kau sendiri yg open your house? macam tu? blah la kau pergi sana! cari kerja lagi bagus kot.


letak tepi kejap dgn isu raya sebulan tu, japgi kita sambil lain eh. nak ngomong cerita raya pertama kami yg simple sahaja di rumah tok wan sebelah Yan. Oh. So simply. pergi sana makan koew teow tomyam yg superbbb pedas woo dan kemudian ziarah moyang. itu sahaja. simple kan raya kami? oh lupa. ziarah kubur tok sekali, sedekah Al-Fatihah byk2 buat beliau, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yg beriman. Amin. 


setiap tahun Mak Njang (adik ipar abah) mesti sediakan juadah raya yg superb sbb setiap tahun pun akan ada acara kunjungan. acara wajib orang Kampung Teroi. lepas je sembahyang raya, segerombolan manusia yg keluar daripada masjid akan bergerak (konvoi) sama-sama untuk ziarah orang kampung. ziarah ada makna nyahh, isi perut. breakfast lepas sebulan tahan tak breakfast HEHE acara ni acara orang lelaki, orang pompuan tunggu kat rumah sediakan makanan je. diorang ada check point, untuk setiap satu check point diorang berhenti 15minit je. lepas tank penuh, diorang gerak pegi next check point pulak dan seterusnya sampai ke hujung kampung. seronok. next check point kalau nk tahu rumah dia pulak jadi sasaran, pasti suami/adik/abang/ayah dia akan call dulu untuk inform diorang kat mn, lagi berapa minit nak sampai & berapa orang yg ada. nak sediakan awal-awal supaya mudah bila group konvoi tu sampai terus baham je.


macam tu la suasana raya dekat kampung. berbeza/lain sgt dengan cara dan suasana beraya dekat bandar. especially raya dekat rumah taman macam kami. totally different. suram dan takda UMPHH walaupun adik beradik penuh rumah, kereta parking bersimpang siur, walawehh mana boleh tanding dgn 1 Syawal di kampung halaman. 


setiap kali raya pun kami sekeluarga tak reti nak pakai sedondon. kadang tu tersama jgk secara tak sengaja. mak & abah sama takpa sbb depa couple. kahkah.

kekasih dunia akhirat
love them much! 


le Girls
lil girl, big girl, girl's mum, oh girl

bro vs sissy

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin drpd kami sekeluarga. semoga Syawal kali ni membawa seribu erti buat kita. seribu keriangan & seribu perubahan (positif). 

1Syawal 1433/ 19 Ogos 2012  



peace.no.war :) 

No comments:

Post a Comment