Wednesday, August 29, 2012

#33 Family Day vs 3 Syawal

Assalamualaikum.

salam Syawal. masih dengan mood beraya? Oh come on, raya sebulan okay. selagi Syawal masih ada, selagi itu kita boleh beraya. selagi itu boleh dapat duit raya jgk tak? ahakss. kuih muih dekat dapur masih banyak. masih ada yg belum unpack pun. kerepek berplastik, kuih berbalang tak terkira. sila mai rumah habiskan sebelum nak let go masuk bekas besar (tong sampah). kuih bertepung tak boleh nak simpan lelama nanti hapak jadinya. sebelum nak bazir tak tentu hala, moh ler singgah rumah amek kuih raya yg berbalang tu. HEHE


previous day, big family ada anjurkan Family Day. just Family Day yg biasa-biasa sahaja. pada mulanya memang ingat biasa-biasa sahaja sbb nampak macam takda sambutan lepas je usul nk buat t-shirt family dibatalkan atas sebab musabab yg reasonable. so, persiapannya pun simple sahaja daripada saya and the rest yg membantu. on that day, things turn up sebaliknya. well done! susah payah kita prepare last minute mmg berhasil. Tahniah cousy! 


titik pertemuan adalah di Pulau Syak (feveret port sejak dulu-dulu) setelah sekian lama berjauhan. jauh la sangat, kan? yg mana tahu tu boleh la senyum segera. Pulau Sayak ni memang dah jadi tempat berkumpulnya kami sekeluarga sejak terbinanya bangunan kat situ dan sejak beralih tangan ke Pak Chaq, kuasa memerintah. HEHE bila rasa nak mandi laut kami dah tak layan Pantai Merdeka, kami layan Pulau Sayak je. terasa nak makan mee udang boleh jalan pergi kedai sebelah. pendek kata, everythings here. 


selamat bertemu Syawal TIGA. hari bertemunya sanak saudara. yg jauh kita dekatkan, yg renggang sama kita rapatkan. macam tu la kami adik beradik sepupu sepapat. kitorang memang close sejak kecil. mak bapak didik supaya utamakan keluarga. tanpa keluarga kita tak kemana-mana. susah senang sakit sihat semua dengan keluarga. kalau bukan nk mintak tolong dengan keluarga dengan siapa lagi? tepuk dada tanya diri sendiri. 


ini family besar kami. besar tak besar tapi itu je la yg kami ada. emak 10 beradik semuanya. campur anak menantu dah dekat 20. belum tambah cucu lagi. bila dah tambah semuanya, banyak tu je la kami sekeluarga. Alhamdulillah, semuanya masih sihat. Tok pun sihat je walaupun sedikit pelupa. penyakit orang tua biasa la tu.



Family Pak Chaq selaku anak sulung. dah ada menantu perempuan sorang. Alhamdulillah, bertambah ahli keluarga. Family Pak Ngah ada dua hero. hero kaki bola. siang malam mengadap tv je dua beradik nih. 

family kami dan Pak Lang

Family Mak Tam dan Mak Teh

Family Mak Uda dan Uncle

Family Pak Su dan Mak Tam Gee

ini semua anak Tok Tom. Lima lelaki, Lima perempuan. Mak Ndak je takda dalam gambar ni. sayang sgt. Pak Ndak dah kerja masa hari raya ke tiga.

plus minus anak menantu. pak cik mak cik yg super awesome semuanya. sporting habissss. sayang semua!

ini semua sepupu sepapat. sayang hampa semua! paling dewasa of course kakak tersayang, Kak Long. paling junior, Ash dan Syifa. yg lain-lain semuanya nak sebaya. aku hang aku hang je lahh.


selebihnya biar gambar je la yg bercerita. 


teka kacang. 
semua pulun meneka. kita tengok siapa yg kena....




Tahlil

Hero Remaja vs Dewi Remaja :)

super sporting Pak Teh! 

setakat ni dulu entry raya tak habis ni. kalau rajin, esok bakal post lagi. InsyaAllah. 

Mutiara Kata:
  • mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia
  • sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka
  • sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

peace.no.war :)

No comments:

Post a Comment