Thursday, August 30, 2012

#34 Family Day edisi Raya

Asssalamualaikum. 

tahun ni bukan saja kita sambut raya tapi kita jugak ada Family Day. raya tu raya jugak, dah alang-alang semua sedara mara dah berkumpul dekat rumah apa kata kita buat Family Day terus. baju tak sempat nak buat sbb semua kalut budget dah lari merata tempat. so, tangguh dulu la. next year inshaAllah boleh teruskan dengan idea depa tu. baju semuanya nak grand belaka. tambah lagi, idea semua orang perlu diambil kira, perlu diguna pakai jugak. plus minus dok ada 50 kepala/ideas kita nak kena consider. sebaiknya tangguh dulu la bab baju tu. takda pakaian seragam pun Family Day still can go on as planned.


seperti perancangan yg dikira last minit tu (semalaman construct soalan explorace) Family Day Tok Tommy berlangsung jgk seperti tarikh dan hari bulan yg telah dirancang seawal sebelum puasa lagi. well done mak cik mak cik! tarikh, hari, masa dan lokasi adalah seperti berikut:

Tarikh: 21 Ogos 2012 / 3 Syawal 1433
Hari: Selasa 
Masa: 9.00 pagi- 6.00 petang
Lokasi: Tanjung View Resort, Pulau Sayak


aktiviti bermula dengan sarapan pagi. home made bihun goreng yg super simple from three different stove/house. brought by mum, Mak Tam & Mak Chaq. let's jom breakfast dulu sebelum next activity takes place. semuanya berbaju kurung bertudung litup. as for men, berbaju melayu bersampin siap! songket tak songket sangat la HAHA sebelum nak berhura huray main-main / makan-makan, kitorang buat tahlil dulu. jemputan tak ramai sgt cuma panggil close relatives je 4, 5 keluarga. selebihnya kami sekeluarga (big family, seayah seibu).


habis je tahlil, Pak Ngah (AJK Makanan) dah ready dok senduk lauk masuk tray. Pak Ngah tak join tahlil sbb beliau sekeluarga br sampai dari KL (beraya umah Mak Ngah). so, dia dulu la dok pongpangpongpang master chef kat sana, prepare makanan. keluar je dari dewan terus terjah makanan. perut dah berkeroncong haruslah diisi kasi penuh dulu. games are coming so be prepared lah, kan? usai makan, semua dah change outfit. yg mana bersemangat daripada semalam tu mmg dah sedia nak transform dah pun, yg baru tahu nak join tu berbaju melayu seperti biasa. never mind. asalkan semua orang gembira.


teams dah dibahagikan drpd semalam lagi. tu semua kerja aku dgn pak cik-pak cik (Abah, Pak Lang, Pak Teh, Pak Uda, Uncle & Pak Su). yg mana stay dekat rumah aku memang dah aku kaborkan sesiap team member diorang. esok tinggal bersedia je la. games ada dua kategori, 1) kanak-kanak & 2) dewasa. oleh sebab kitorang buat explorace, perlu la ada soalan mencabar IQ disetiap check point. kan dah cakap tadi, preparation last minit apa je yg nak ada kan? TAPI TAPI kita ada pak cik pak cik yg super awesome here. brainstorm soalan mencabar minda. village, crosswords, heritage whatsoever. print dekat cc terdekat around 12 midnight gara-gara takda printer. pun boleh...


Shafiq, Aniq, Kak Long semua pakat pasang telinga masa kitorang tgh construct soalan. soalan drpd Pak Lang yg tak tertahan sekali. can't beat others yg dok sumbang saran soalan masa tu. kalau bagi emak, Mak Teh or Mak Tam jawab sekali pun belum tentu terjawab/betul. KOTA KUALA MUDA tu dah berapa lama kita tinggalkan? ceruk mana mmg kita tak tahu menahu. tanya kawasan Sungai Petani pun belum tentu kitorang bleh jawab. Idea Pak Lang dah bagus dah tp tak applicable untuk generasi muda macam kami ni HAHA


group dewasa dah dibahagikan mengikut empat (4) kumpulan; biru, oren, kuning & hijau. 4 members in each team. ahli kumpulan dibahagikan mengikut fizikal, jantina dan IQ. kononnya la kata Pak Teh. setiap kumpulan consist of 2 men & 2 women. ECEH dikira seimbang dari sudut jantina. saiz badan tak kira lagi HEHE

tengah briefing/discuss peraturan permainan. nampak tak riak muka setiap ahli dok teruja nak lari-lari. fokus. penyampaian daripada Pak Teh selaku orang kedua terkuat acara after AKU. wah. wah. Abg Iman & Amir steady pakai suit Melayu nak ber-explorace. sporting habissss. sebaya dgn Amir, lain pulak caranya dah transform sesiap, Bukhori & Shafiq :)

group kuning & hijau bersama ahli kumpulan masing-masing. balance tak dari segi fizikal? kehkeh. kuning; Shafiq, Uzair, Hafizah & Izzati. terletak dimanakah kekuatan mereka? hijau; Atiqah, Bukhori, Shahida (kaklong) & Raziq the kid. group ni kekuatan mereka terletak di Bukhori HAHA nice collaboration btw

group biru & oren pun not bad. great mix & match I can say. biru; Shariman, Hafiz, Syahirah & Nisa. tema lari langsung, sebaik nampak sedondon lagi. oren; Amir, Hidayah, Najihah & Aniq the ustaz. ganbatte everybody!

titik pelepasan. semangat tak terkira/tak terkata. ada yg pecut sbb nak jadi first group, selebihnya lari-lari anak cucu je diorang. muatan besar selalu ketinggalan kat belakang. dah biasa dah macam tu HAHA dalam first pic tu, aku nampak Najihah (group oren berbaju biru) paling bersemangat, next Nisa. Hidayah & Syahirah pun not bad. nak jugak lari. semangat kesukanan sungguh depa nihh.

first check point ; Rumah Kayu. game 'hitam pahit'. minum ayaq kopi kaw kaw punya! Gasak hampa! first group tiba, group Najihah the runner (oren). tak sia-sia lari sesungguh tadi HAHA silakan minum ayaq kopi pahit plus hangat (mendidih). serius extreme! sbb group ni ada 'pembenci' kopi TEGAR! --->Aniq the ustaz so jadi lembab sikit proses ke check point seterusnya. 

Aniq the ustaz ----> anti-kopi :) walaupun tak suka, habis jugak ustaz ni minum. well done! bukan banyak pun, kan? ahh...ce cuba ce cuba.

antara games yg ada. tak boleh nak describe semua sbb tak terkira (actually tak hingat) HAHA Uncle mmg hebat nak buat games camni sbb dah jadi profession beliau kat atas Gunung Jerai/Sungai Sedim sana nak buat games camni. sayanggg seribu kali sayang aku tak dapat nak join sbb aku dah jadi orang TERKUAT dalam acara ni ECEH (lagi)


second check point ; Musolla (surau). game rungkai tali. gumpal-gumpal tali dan rungkaikan. siapa yg nak cepat ni mmg rasa pressure la nak merungkaikan ikatan tali tu. pada yg chill dan cool sepanjang perjalanan, small matter. 


third check point : teratak Anggerik vs Teratai (bilik). game bawak air guna kain. masa ni kami guna napkin. baby's napkin. habis kain dah kami selongkar kat rumah tu. bantai je lahh. game ni perlukan fully concentration. kerjasama kumpulan tu penting. kalau tumpah kena ulang balik. group yg ulang/redo game ni group biru. selamba nak cepat sampai tertumpah air terus. gampang gila.  

fourth check point ; Porsche 9979. lokasi kereta Pak Chaq (parking bawah porch). no plate je yg benar sebenar-benarnya. Porsche tu tokok tambah je. nak tgk depa ni alert ke dak. HAHA
game buang air dr botol dgn pegang penjuru tali je. budak-budak PLKN sure tahu game nih. sbb tu la group Syahirah (biru) cepat je solve sbb ada ahli PLKN dalam tu HEHE


last check point ; Dewan orang ramai (hall karaoke). game bawak belon belakang belakang. siapa yg team dengan Bukhori memang cari sakit. HAHA mangsa---->Raziq the kid

 
sesi kira markah oleh juri. memang tak menang kaki la hari tu, berlari sini sana tak kira check point aku hentam. dibantu oleh Mak Uda. masa tu Mak Uda pun dah macam ahli, berlari sana sini. nampak je dia bg jawapan kat team KAK LONG. amboii. ada satu gambar bukti Mak Uda bantu group tu dekat atas HAHA

announce team yg menang. tak sabar semuanya. pakat dok ingat team depa la yg nak juara. asal depa tau markah sampai dekat last check point (Pak Chaq jaga) dan hantar jawapan pun dikira yawww. pemenangnya.....

first : Oren
second : kuning
third : biru
fourth (last) : hijau

ini games kanak-kanak. kesian diorang, masa orang dewasa tgh explorace diorang pun sama naik berlari sana sini dgn orang dewasa. kasi chance diorang pulak la, kan? games; isi air dalam botol (span), passing belon, cari gula-gula dalam tepung & biskut cicah sirap. biskut cicah sirap tu mmg nampak mudah tapi seksanya nak makan sbb biskut tak mau lembik. boleh pulak nak cicah air sirap kan? tak lalu aku!

 


masa mula-mula sampai, yakni sebelum tahlil, aku dah open table untuk orang teka kacang & isi form cabutan bertuah. semua pakat isi, semua pakat meneka. kat bawah ni antara mereka yg terkena cabutan bertuah:

Mak Ngah ---> Ash
Mak Chaq Teh ---> Naufal
Mak Tam Gee ---> Hafizah
Pak Tam Ahyat ---> Izzati
Tok Tom(my) ---> Muna


pemenang teka kacang ---> Syahirah Helmi! hoyeahhh. 196 biji kacang kesemuanya. Syahirah teka hampir-hampir sgt. 195! tahniah! 


kat bawah ni acara yg tak nak acara sangat. kids nak pekena pak cik-pak cik main tipu belon tepung. serius susah nak tiup kalau ada tepung. dah la suruh tiup satu hal, nak suruh pecahkan sekali. Gasak! partner game. nak pekena orang punya pasal, pak cik pak cik pilih partner anak sedara pulak. double gasak la hampa!


Paksu vs anak sedara. tengah tunggu anak mandi kat bawah tu. sempat lagi. 


btw, Family day kali ni terbaik! tapi sayang Mak Ndak tak dapat nak join so tak cukup korum la anak-anak Tok Tom(my). takpa, next time inshaAllah ada semua! 

mutiara kata:
  • mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah nenek moyang mereka
  • keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga
  • komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga
  • apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai


peace.no.war :)

No comments:

Post a Comment