Friday, January 11, 2013

I am not good enough but still wanna give a try

Hi.

title nak gempak je selalu. sejak lima bulan yg lalu, kaki ni serupa kaku nak gerak ke dapur. dah kata tadi lazy, kan? makan laju, masak malas. emak membebel berbakul-bakul tapi aku still boleh chill. emak is emak. takda hal kalau emak bebel sebakul pun, aku tahu emak sayang aku banyak (eceh!) emak tak kesah kalau kaki aku ni malas je nak pergi dapur. kata emak, "asal anak emak sihat, makan pakai cukup, emak bahagia". KAHKAH gila sporting emak aku. 

untuk tidak di cop anak dara pemalas oleh jiran tetangga yang kerap menjengah ke rumah aku maka dua atau tiga kali dalam seminggu aku akan rajin turun dapur (masih belum tercapai). emak selalu masak awal (pagi) jadi aku tak berkesempatan untutk tolong. tapi apa pun if one day aku betul-betul tekad untuk turun dapur dan suruh emak goyang kaki je dekat hall aku dah tetapkan rule in my own kitchen. kononnya. rule tersebut ialah, "kalau aku didapur, aku tak mahu siapa-siapa pun jejak kaki ke dapur untuk berganding bahu dengan aku". sounds like selfish right? call me weirdo. aku tak boleh jadi ketua mahu pun kitchen helper in my own kitchen. aku rela bersendirian. sekarang pun aku tak suka kalau orang masuk dapur sesama dengan aku. walaupun aku masak cikai-cikai je. aku tak suka orang lain berdiri sama tinggi dengan aku kat dapur tu HIHI 

I'm not good in baking so aku telah pun tolak tepi segala jenis cakes, pavlova, macaroni cheese watsoever yang berkaitan dengan oven. tapi aku BAGUS dalam masak memasak makanan harian (je). masak lemak, kari/gulai (walaupun tak suka emak suruh belajar jgk) dll. KAHKAH macam malu je nak cakap bagus. aku akan BAGUS kalau emak menjerit (tolong) dari hall beritahu what to do next or aku sendiri akan tanya "emak, jintan manis perlu ke?", "rempah mana eh kena letak kalau nak masak ni?". malu babe. cerita kelemahan diri sendiri dalam blog sendiri lepas tu publish bagi public baca. mohon nanti hantaran aku tak turun la yer. KAHKAH I will try my best! try to the fullest. hiksss :D berkat pertolongan dan jeritan emak, now I'm a good cook. wahhh. tadi dah bagus sekarang pun masih bagus. harap bagus selamanyalah yer. dah 24 tahun ni bila agaknya nak jadi excellent pulak. 20 tahun akan datang? hadoi. tepuk dada tanya selera

so one day aku telah terima satu kekuatan dan semangat untuk cuba memasak sejenis masakan yg trending nowadays namely IKEA MEATBALL. wahhh gitu. padahal aku tak in sangat dengan that kind of food. I prefer spaghetti this ,____(._.)____, much. kegemaran sangat tu. disebabkan hendak mencuba something new other than spaghetti all the time, kan? aku pun terima resipi meatball from friend of mine yang telah pun cuba membuatnya. kata beliau, "SEDAP weyhhh". wahh gitu. aku ni yang tak tahu apa-apa (suci) terus terpengaruh dan terus mendesak (poyonya) suruh emak dan kakak sulung belikan ingredients. mendesak. dah beli all the ingredient, tiga hari lepas tu baru sibuk nak buat. emak hangin je. tadi kemahin mendesak sangat. 

potong bawang, potong tomato dll memang seronok. menumis lagi seronok. memang itu kegemaran aku kalau tolong emak kat dapur. tapi kalau bab food tasting aku failed. nak nak pulak food yg baru cuba nak buat, baru invent. failed. bab tasting the food ni susah sikit, kita dah cakap okay tapi bila orang lain cuba dan komen tak bagus susah dibuatnya. maka aku tak urus bab perisa/perasa makanan. so aku teruskan buat gravy untuk meatball, adik handle goreng menggoreng. settle. masa untuk tuangkan gravy atas meatball & fries dan terus mencuba. sekali masuk mulut....macam sedap tapi kali kedua nak masuk mulut aku fikir dulu. cannot go. nanti kalau sampai pening kepala makan itu je memang tak berbaloi. baik aku makan nasi. kenyang perut, senang hati. 

lain pulak dengan Razique the kid & Najihah the helper. depa kemahin lagi suka. kemahin lagi mencicah. aku tengok pun tak percaya. depa suka, aku gembira. takda la membazir aku buat gravy tu tadi. ngess ngess :p aku tak boleh makan, hampa makan la noh. that's why la aku cakap tadi aku ni tak cukup bagus in cooking (especially western food) tapi aku mahu mencuba. tak salah mencuba, kan? dan masih mahu mencuba sebenarnya. sebenarnya kannn....meatball tu sedap tapi tekak kampung aku ni tak boleh terima western food macam tu LULZ :)

so here, aku cuba nak kongsi resipi IKEA MEATBALL yang kawan aku bagi tu. hope hampa boleh buat better dari aku. tekak aku tak boleh terima, mungkin tekak hampa sesuai. hikshiks :)

IKEA MEATBALL

meatball (MARINA) [goreng tanpa minyak]
fries
jem [strawberry, blueberry, mix]

~gravy~
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar (kuning) [didadu]
2 biji tomato [didadu]
1/2 cawan air sejuk
100ml susu segar/ susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
serbuk beef gravy / 1 kiub pati daging

~cara~
cairkan butter (api perlahan), tumis bawang (jangan sampai garing)
masukkan tepung gandum (kacau), masukkan tomato
masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula, beef gravy (biarkan sampai mendidih)
tunggu gravy hingga sejuk dan kemudian blend gravy hingga halus, panaskan semula
tuang atas meatball


ready to serve. selamat mencuba dan selamat menjamu selera~~~

the real ikea swedish meatball (looks so yummmss~~) tp tekak kita tak serupa. aku tekak kampung sangattt. hikss :)


I am not good enough but still wanna give a try. will try new dish(es) in some other time HEHE nantikan~~~

No comments:

Post a Comment