Thursday, January 10, 2013

kiriman doa buat Pak Ngah

Hi. Assalamualaikum.

Tiada siapa tahu siapa jodoh kita kecuali Allah.
Tiada siapa tahu bila, di mana dan dengan siapa kita meninggal dunia kecuali Allah.

hari tu, aku ada bebelkan pasal sesuatu. pasal seseorang. aku marah. aku bebel. aku marah. aku bebel. sampai satu tahap aku dah tak rasa apa-apa which means aku dah tak kesah. dalam erti kata lain sebenarnya apa yang aku marah dan bebelkan tadi tu hanyalah satu fasa untuk aku terus lupakan benda tu. maksud aku, untuk terus lupakan "sesuatu" yg berada dalam otak aku tu aku perlu bebelkan sampai tinggal zero percent. aku tak nak "sesuatu" tu terus berada dalam otak aku. aku nak bersih. oleh sebab aku sayang dan aku kasih pada orang tu, aku ambik keputusan utk terus lupakan apa yg dah berlaku tempoh hari. bak kata pepatah, "air yang dicincang tak akan putus". yang pasti, kita bersaudara dunia akhirat.

pesan makcik ke aku, apa yang jadi ke kita, kita kena hadap jugak. "byk kan sabar...byk lagi rintangan hidup yg harus dilalui....." (Zalikha Ramly)maksud makcik, apa pun orang marah, keji, melenting ke kita, kita hadap je la. ada sebab/makna kenapa dia buat macam tu. nak nak pulak dia lagi dewasa dari kita. orang tua lebih dulu makan garam daripada kita. hari ni bila orang yang kita kasih tu dah takda depan mata, dah pergi ke dunia yg lagi satu, saat ni kita hanya mampu berdoa. kita lupakan semua salah dan silap beliau. kita halalkan semua yang terhutang. anggap itu sedekah buat beliau. sampai ke hari ni aku still ingat setiap tingkah laku, percakapan beliau. semua tu buat aku rindu. sangat rindu!

bila kami menangis, makcik marah. makcik tak suka kami merintih. yang pergi tetap akan pergi, tak mungkin akan kembali semula. Pak Ngah adalah sesuatu buat kami. beliau asset keluarga. beliau umpama tiang rumah buat kami. masakan rumah mampu berdiri jika tiada tiangnya. dan sekarang Pak Ngah dah pergi tinggalkan kami. SELAMANYA dan tak akan kembali. tiang dah roboh. rumah pun dah roboh. apa yang buat aku sedih, Pak Ngah pergi tinggalkan kami depan mata aku. depan mata Kak Long, Abang Iman dan Mak Ngah. tatkala tu, sedih, sebak, takut bercampur-campur. apa yang penting, kita yang masih hidup ni harus teruskan kehidupan. semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan selamat keatas beliau (arwah). doakan beliau semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman diakhirat sana.

dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara; sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslin dan lain-lainnya)

doa orang hidup akan memberi manfaat kepada si mati sekalipun doa itu bukan datang dari anaknya.

"Ya Allah, Ya Tuhanku. Ampunilah segala dosa yang dilakukannya dan rahmatilah ia."
"Wahai Allah, ampunilah Pak Ngah (Aznan Omar), naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya."
"Ya Allah! Sampaikanlah pahala apa yang telah kami bacanya kepada Pak Ngah."

Amin Ya Rabb.

p/s: saudara saudari, jangan kita bakhil untuk berdoa dan bersedekah buat mereka yang telah terasing dengan kita. kelak suatu hari nanti kita juga bakal ditempatkan di tempat yang sama seperti mereka. kita juga bakal dihancurkan oleh tanah sesudah kita memperoleh kenikmatan didunia ini. maka, jangan bakhil untuk berdoa buat si mati. kerana doa kita mampu memberi cahaya buat mereka disana. -Allah yang Maha Tahu sesungguhnya-



26081958-07012013

No comments:

Post a Comment