Wednesday, January 23, 2013

melentur buluh biarlah dari rebungnya

pepatah ni harus diguna dan dipakai oleh mereka yang bergelar IBU dan BAPA (baik hari ini, sekarang atau dikemudian hari)! anak mereka adalah tanggungjawab mereka. (sudah pasti!) untuk mempunyai anak yang berkualiti which is nearly perfect or perfect (tak mustahil), ibu dan bapa harus memainkan peranan mereka. selain didikan disekolah, didikan dirumah juga penting (dah macam cikgu bahasa melayu, kan?). maka, hipotesis hari ni ialah, (semakin) baik didikan daripada ibubapa maka (semakin) baik juga lah anak itu nanti. InsyaAllah. sebab itulah buluh harus dilentur sejak dari rebung. logiknya kita gunakan pepatah ni untuk dikaitkan dengan anak dan didikan ibu bapa ialah kerana rebung (sebelum menjadi buluh) ianya masih 'lembut'. anak juga masih 'lembut' semasa mereka masih kecil. jadi logik bukan untuk menggunakan rebung dan buluh bagi menyampaikan maksud?

kerja-kerja melentur, baik rebung mahupun anak, haruslah kena pada caranya. bererti betul dan beretika. rebung itu rapuh. mudah patah jadi gunakan cara yang betul semasa melentur (mendidik). kelak bila dewasa kerja melentur adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. rebung (lembut) sudah menjadi buluh (keras). kekuatan buluh sebenarnya mengatasi kekuatan besi. jika dilentur, akan kembali pada sifat asalnya. mustahil. jadi, adalah lebih baik jika anda yang dipanggil ibu dan bapa itu melentur anak-anak daripada kecil. anak adalah imej anda. perangai dan tingkah laku anak-anak melambangkan diri anda sendiri. orang akan cakap, macam mana perangai anak, macam tu jugaklah perangai emak atau ayah dia. malunya kalau perangai anak macam tutt tutt. mesti orang akan tunding jari salahkan ibu bapa. "haa, mak bapak dia la tu tak ajar hormat orang dll..." anak yang baik contohnya hormat orang tua, beradab, pendek kata baik dari segala segi bermakna ibubapa mereka juga begitu. anak-anak cermin ibubapa. as simple as that.

Google
anak yang semasa 'rebung'nya tidak dilenturkan dengan baik kelak akan membawa masalah. maaf jika terkasar bahasa. tapi itulah kenyataan. hari ni, aku berdepan dengan masalah pelajar yg aku labelkan sebagai kurang didikan dan perhatian daripada ibubapa. tipikal lah kiranya aku menyalahkan ibubapa, aku juga manusia biasa. menyalahkan dan dipersalahkan. aku tak salahkan ibubapa 100 peratus, aku juga tak salahkan pelajar (anak) 100 peratus. kita bagi 50-50 kepada setiap satunya. kesian pada anak, kesian pada ibubapa. selagi boleh dilentur (selagi tak keras), lenturlah ! 

aku percaya, budak yang nakal, yang hyperactive, yang biadap, yang tak dengar cakap, yang buruk segalanya kalau kita handle dengan cara yang betul (mungkin) In Shaa Allah akan berhasil. keras lawannya lembut. berlembut dengan mereka, nescaya berhasil ! yang penting tu cara. budak nakal kalau dipukul, melainkan sakit takda apa lagi yang depa rasa. esok boleh buat lagi. bagi depa kalau nakal, kena pukul SAHAJA. so, esok boleh nakal lagi. kena pukul pun tak apa. tak ada yang terkesan dihati. 

bagi aku (orang lain tak perlu ikut kalau rasa cara aku ni salah) aku gunakan konsep slow talk. aku slow talk dengan depa. aku ajak bercakap (berkaitan masalah depa, kenapa malas, kenapa takmau belajar, sambil tu aku berleter jugak la HA HA HA ). so far, nampak hasil walaupun tak seberapa. budak yg dulu malas, sekarang dah duduk buat kerja walaupun aku kena guide satu per satu, kena suap sampai ke mulut setiap sorangnya. macam budak tadika. takpa lah asalkan nak belajar. hasil tak akan nampak serta merta. mana ada hari ni orang tanam pokok nyoq (kelapa), besoknya dah boleh sedut ayaq nyoq (kelapa) tu, kan? sabar la. jangan dipaksa !

sama-sama kita melentur. ini bukan kerja mudah !

sekadar berkongsi.

to bend a bamboo, start when it's still a shoot
start cultivating good values in a very early age
strike the iron while it's hot.

sekian.

1 comment:

  1. hai sis. i amik sikit info pasal maksud peribahasa ni for my assignment, hihew.

    thanks ;)

    ReplyDelete