Wednesday, March 27, 2013

asam garam guru ganti

Hi. Assalamualaikum. 


(jaga-jaga! entry ini bersifat panjang lebar dan kelaut -- merepek 
serta ke'obsess-an' penulis menjadi guru ganti)


seronok betul bila pada mulanya diri ni hanya tahu duduk, baring, terlentang, tidur kemudian mandi, makan dan tidur semula dan kini dapat merasa peluang bekerja. sebelum ni selain melepak 24/7 dekat rumah (sebelum bekerja) aku memang tak tahu buat kerja lain. menternak lemak dan lemak dan lemak sahaja, titik!

jadi bila dah start bekerja aku tak sempat nak merasa kerja sampingan aku yang dulu yakni melepak 24/7. bayangkan, weekend juga aku berkerja. workaholic sungguh. walaupun hanya berstatus guru ganti, apa ada hal, aku akan berkhidmat sehabis daya. aku jenis yg bila suka, memang aku pulun. abah tak setuju dengan pendapat aku. "jangan penatkan badan dengan kerja lebih masa. buat kerja dalam bidang tugas kita sahaja. lain-lain jangan pulun sangat". itu kata Abah. 40% mungkin betul tapi 60% yang lain bercanggah dengan minat dan kesukaan aku. jadi aku tak boleh terima, tapi masih tak boleh nak abaikan terus sebab kadang-kadang apa yg abah cakap tu betul belaka cuma aku je yg tak boleh nak terima dengan hati terbuka. hehe. jadi aku menolak habis-habisan. perasan pendapat dia betul semua macam ni la gayanya. 

sebagai guru ganti yang berdedikasi, aku galas semua tugas yg diberikan sebaik mungkin. aku nak orang (pentadbir, guru-guru yg lain) tahu bahawa aku ni seorang yg boleh diharap. bagi tugas, aku settle. aku ni guru ganti yg pegang 7 kelas (5 kelas form1, 2 kelas form2) serta memegang title guru penasihat boling. sejiwa sangattttt! itu yg aku maksudkan bila aku suka, aku pulun. bila kena dengan jiwa aku, secara automatiknya aku TURN ON. mood baik je bila berkaitan boling (dan mood baik juga bila berkaitan matapelajaran dan lain-lain).

asam garam guru Geografi - Tingkatan Satu

berjaya kaut LIMA KELAS - 1C, 1E, 1H, 1M & 1N. kaut dalam erti kata bukan atas dasar kemahuan tetapi atas dasar dah memang bidang tugas. rupanya mencabar betul nak mengajar subjek yang kita pikir mudah dan nayy.....tak penting ni. susah nak bagi murid faham. kelas bijak mungkin a slice of cake bagi mereka. tapi kelas yg terkebelakang (1M & 1N) ni agak kasih-an. penerimaan mereka tak sama dan tak serupa dengan kelas hadapan. simpati aku disitu. sebagai guru yg berdedikasi, pulunnya aku untuk bagi depa paham sampai ke tahap kena bodek. hulur cekelat pun kemain suka depa ni. terima kasih kerana menghargai cekelat Hudsons saya ni dan terima kasih kerana berjaya faham apa yg saya ajar HIHI

asam garam guru Sains - Tingkatan Dua

syukur, diberi hanya dua kelas.....yang mencabar - 2K & 2N. grrrr! nasib aku baik sebab dapat dua kelas sahaja. kalau tiga, serta merta pingsan! subjek Sains seronok. Amali dan Nota dan Latihan berjalan seiring. yang susahnya hanya untuk buat mereka fokus dan merasakan subjek Sains tingkatan dua ni seronok dan akan lebih seronok jika mereka fokus dan faham. itu sahaja. 

asam garam guru penasihat Boling

ini paling seronok! tiba-tiba jadi macam most wanted dekat sekolah sebab setiap minggu yg ada latihan boling (setiap Jumaat), berpusu-pusu murid datang cari kita. nak bayar duit latihan. sambil tu ada jugak yg mencelah nak borang ahli padahal dah bulan MAC ni masih tak boleh nak decide awak tu nak join kelab apa. murid yg macam ni sebenarnya dah terikut-ikut, tak reti nak buat keputusan. at last, apa yg kawan join dia pun nak join. masa tu borang ahli kita dah tak fotokopi lebih untuk awak. kita dah busy nak pilih wakil daerah. jadi, awak pilih la kelab/permainan lain. catur ke, tak pun silat awang daud ke? hihi (eh! itu persatuan unit beruniform)

masa latihan dekat Amanjaya Mall, kita bawak seratus orang murid (mungkin lebih) untuk main dan berlatih.  20 lanes semua kita punya. bunyi pin jatuh tum tam tum tam GAMAT! itu baru bunyi pin yg jatuh, belum lagi kau kira suara-suara sumbang murid. lane slow/licin, kau tanya cikgu. "cikgu, kenapa lane kami slow/licin?". lane kau stuck kau tanya cikgu. pin kau susun lambat sangat kau tanya cikgu. bola kau dicuri kawan pun kau masih nak cakap dan tanya dgn cikgu. "murid, kalaulah cikgu tahu nak fix all the things, nak jugak cikgu apply kerja part time kat Pusat Boling tu untuk hujung minggu, boleh?". aku pulak yg tanya kau orang.

perkara diatas ni bukanlah rungutan. sekadar mahu berkongsi penat dan lelah aku melayan kerenah anak bangsa yg after all akan buat aku tersenyum dan rindu (sangat)


memori sekitar Aktiviti Merentas Desa
(09.03.2013)









memori sekitar Projek Keceriaan Makmal Sains SMKBSP
(12.03.2013)



-xoxo-

No comments:

Post a Comment