Tuesday, March 26, 2013

Tamat Perkhidmatan

Hi. Assalamualaikum.

pejam celik kemudian pejam kembali dan celik semula rupanya Mac bakal meninggalkan kita. apabila Mac bakal meninggalkan kita itu sudah menjadi suatu petanda buat aku bahawasanya aku akan berhenti (pause) daripada berkhidmat di sekolah pertama yang memberi aku seribu satu kenangan, cabaran dan dugaan. mungkin untuk seketika ni sahaja.  InsyaAllah. aku berharap (sangat) aku akan dapat sambung lagi. aku dah mula rasa selesa, suka dan nampak gayanya aku dah boleh handle semua perkara yg berlaku disekeliling ni. contoh, perihal murid. aku dah boleh buat kering layan depa. depa tak boleh buat kering kalau tak buat homework aku. siap la! HAHA 

suatu hari, ada yang bertanya,

"sampai bila nak jadi cikgu ganti je? cari la kerja tetap."

jawapan aku mudah dan sentiasa akan memihak kepada aku. no doubt :)

"InsyaAllah. bila dah bersedia nanti akan saya cari yg tetap dan selesa. lagipun saya ada rancangan sendiri (senyum)".

Ahh...tipikalnya jawapan aku! Ahh...semua orang pun pasti akan mencebik / mengejek aku. lepas aku jawab macam tu mesti akan ada soalan yg berikutnya, "sampai bila baru nak bersedia?". ignored. negativity. taknak jawab -____-'

Syukur aku masih ada keluarga yg menyokong setiap tindak tanduk aku. bagi aku dah cukup sempurna dengan adanya sokongan keluarga. aku tak perlukan sokongan daripada orang yg mencebik dan mengejek aku. (mana ada orang mencebik/mengejek mahu menyokong, yer dak?) HIHI

setiap apa yang berlaku pada aku ada aturannya. setiap apa yang berlaku pada KAMU, juga ada aturannya. rezeki aku mungkin belum pada yang tetap lagi. masih berjinak-jinak mencari pengalaman. InsyaAllah. aku percaya pada janji Allah. Allah is a good PLANNER, you know? teruskan berdoa dan minta diberikan perkara-perkara baik. InsyaAllah. Allah suka kalau kita meminta (berdoa) pada DIA. selitkan bersama USAHA. jangan hanya tahu meminta dan malas untuk berusaha. mana ada orang berjaya tanpa usaha. 

Mari sama-sama berusaha. kamu usahakan untuk diri KAMU sendiri dan saya akan berusaha untuk diri SAYA sendiri. jangan mencebik, jangan mengejek. rezeki Allah itu luas,  mari sama-sama kita cari dan gali (jika perlu)!

*sampingan*


bye!

No comments:

Post a Comment