Monday, May 14, 2018

The Day has finally come

Assalamualaikum.

Seperti dalam perbincangan yang lalu, kami dah setuju dan sepakat untuk memilih 25hb Ogos 2017 sebagai hari membina "masjid" kami. Semua persiapan, Alhamdulillah, dah 99% selesai (lagi 1% tu mungkin kekurangan daripada pihak kami sekiranya ada, because as we know, no one is perfect, kan?). 

The day has finally come. Hari yang ditunggu dan dinanti akhirnya tiba. Previously, aku akan excited dan nervous bagi pihak orang lain sahaja and now dah tiba masanya untuk aku excited dan nervous untuk hari bahagia aku sendiri. Finally! Hari tu semua urusan berjalan as we (family) planned. Emak dan Abah adalah orang yang paling sibuk didunia masa tu. Memang tak sempat tengok muka depa la hari tu. Pagi-pagi bangun lepas mandi, benda pertama yang kita akan cari ialah MAKANAN, lah. Masa kenduri ni, makanan ada dimerata-rata dan sentiasa ada dan bekalan makanan tu takkan pernah putus. HAHA ini lah keseronokan kenduri-kendara. 

The day before tu kita dah pakai inai segala mak nenek dah. Mak Tam Awi la yang jadi tukang tumbuk daun inai kita masa tu. Daun inai pulak dapat dari Kak Mah SM kat tempat kerja. Takda pun kita nak lukis-lukis inai kat tangan ke kaki ke. Kita buat yang simple sahaja. Memadai dengan penuhi syarat kahwin-berinai sahaja. Semua kawan-kawan kerja yang mana sempat datang kita jemput la ke majlis makan tengahari. Yang datang tu macam biasa la, kawan-kawan yang datang masa tunang jugak, plus Ida dan Ezzah sahaja, Depa tak boleh nak datang untuk majlis akad nikah nanti sebab masih dalam waktu bekerja, kan. Tak kisah la, janji datang jugak haritu. Syukran. Terima kasih sebab datang sambut hari bahagia kita. 

Dijangka akan berlangsung masjlis akad nikah nanti lepas Asar, so kita pun pergi make up awal sikit. Peneman kita masa tu, Saidatul Afnizan dan Syahirah. Sebaik ada depa. Sebaik depa nak teman. Kusankga nak make up ni sekejap sahaja rupanya makan masa jugak lah sampai kami terlewat ke masjid. Semua orang dah berkumpul, pengantin perempuan masih kat atas jalan raya. Masa kami sampai masjid tu, jemaah tengah sembahyang Asar. Alhamdulillah, masih tah terlewat tapi tercungap-cungap jugak la. HAHA

Masa tu, ada lapan (8) pasangan pengantin yang bakal dinikahkan Tok Kadi. Semua kena ikut turn masing-masing. Kami pasangan yang ke lima (5). Berpeluh jugak la masa nak tunggu turn kita tu. Semua berbaris ikut turutan sambil menunggu giliran dinikahkan. Memandangkan ramai pasangan, jadi Tok Kadi pun macam tak boleh nak buat pop kuiz sangat la. Tak pasal-pasal kang turn kami pukul 8 malam pulak kang. 

Alhamdulillah, Suraya binti Safie sudah sah bergelar isteri kepada Mohammad Hairi bin Hamer dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah. Masa tu mana sempat nak feeling sayu sedih sendu lagi dah. Kaki kebas sebab duduk lama sangat HAHA Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang datang masa tu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Selesai sudah satu part. Ada lagi dua part untuk esok dan lusa (kenduiri pihak perempuan dan kenduri pihak lelaki).


My First Love with My Forever Love









till we meet again.


Love,
Suraya Safie

No comments:

Post a Comment