Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

#26 Outing (Ice Age 4 & TF)

Hye.


No words could describe. Let the pictures tell the story of the day.




with friends : Nisah, Izzatin, Ain, Shila, Me (Suraya), Una & Fifie

Saturday, April 7, 2012

#13 many thanks :)

a gift reflects thousand meaning
even though the tiny one

nampak tak bear ni kelam kabut org nak snap pic dia sampai tak sempat nak betulkan ribbon :)

Tuesday, April 3, 2012

#12 another week

hye. 

semenjak cuti EMPAT hari, sekolah TIGA hari ni rasa macam makin lama makin penat dan bukannya makin lama makin relax. untuk siapa siapa yg beranggapan bahawasanya budak BAS (Bachelor in Administrative Science) adalah relax dan lenggang kangkung kelas tak cukup seminggu adalah SALAH pandangan mata kasar anda itu sebenarnya. phewww. kenyataan. kami adalah busy. kami adalah tidak cukup masa. kami adalah kami. anak bangsa yg berjuang di menara gading demi segulung ijazah. kita mungkin serupa. atau kita mungkin punya niat yg sama. 


okay, mungkin akan berulang satu, dua, tiga atau seratus kali mungkin perkataan ini "kelas tiga hari SAHAJA". jadi, janganlah tidak keruan. ini adalah penangan masih tidak percaya cuti EMPAT hari tapi masih sibuk. berjaya atasi perangai ponteng kelas kalau bukan elektif Global Affairs. harus ambil cuti sendiri akibat pening dengan course outline yg masih kucar kacir. tak faham sebenarnya. tak suka komunis. tak suka sejarah dalam negara apatah lagi luar negara. semua tu mengkusutkan fikiran. 


sekali lagi, cuti EMPAT hari dimanfaatkan sehari di bilik, sehari di PTAR, dua hari lagi di rumah ibu saudara. tersusun sempurna jadual tu, bukan?sehari di bilik adalah masa untuk diri sendiri. masa ni lah nak cuci pakaian, nak susun pakaian dalam alamari. sentiasa merombak susun atur pakaian dalam almari. sudah menjadi tabiat. masa ni jugak nak sapu sampah sarap dalam bilik dan buang sampah sampah yg terkumpul selama seminggu. semuanya diselesaikan dalam masa satu hari. mungkin kalau ada masa lebih akan bukak lappy dan tengok gambar keluarga. tengok movies. tengok blogshop dan blogwalking sana sini. itu baru sehari. kemain lagi tadi cakap takda masa sekarang boleh pulak kau tengok movies. eh, movies pun tersenarai dalam senarai perlu buat aku, tahu? HEHE


sehari lagi masa cuti akan di habiskan di PTAR (Perpustakaan Tuanku Abdul Rahman). bukanlah menghabiskan sehari suntuk di sana. cumanya cari buku buat rujukan dan berdiskusi bersama partner. dekat PTAR, rasanya lebih fokus. lebih energetic. lebih semangat untuk belajar dan belajar. sentiasa dikelilingi aura positif. Alhamdulillah. no wonder lah ramai teman seperjuangan gemar ke sana (PTAR). untuk sesiapa yang rasa malas nak siapkan assignment dan sentiasa postpone je bolehlah rajinkan diri kesana. di sana aura positifnya melimpah ruah. sila percaya. untuk orang macam aku yg jarang menapak ke sana adalah seperti jakun dan sentiasa tersenyum tengok orang dalam PTAR tekun mentelaah. (sila tengok diri sendiri cepat). oleh sebab PTAR adalah jauh beribu batu maka sentiasa terbatallah niat aku untuk ke sana. niat dah ada tapi bila fikirkan malas memang tak menjadi. pertama sekali harus kikis malas dalam diri. bukan malas sebab apa-apa. hanya malas nak seterika baju dan kenakan tudung dan menapak ke sana. memakan masa. baik study dalam bilik. baik buat assignment atas katil (maksud aku buat kerja atas katil bukan tidur okay). nahhh...inilah penangan MALAS. semua pun tak boleh.

purapura baca. jakun buku banyak. 

tekun kononnya esok nak present

ain Amanda

partners in crime

selebihnya dua hari cuti itu di habiskan di rumah ibu saudara kandungku. ececeh. disana ada teman baru. baru pulang dari Kelantan. masih menjalinkan hubungan dengan teman lama, si ADIK. masih juga tolong ibu saudaraku kelim karipap 99 bijik! seronok! every weekend di rumah beliau. rasa macam dekat rumah sendiri. boleh kurangkan rasa rindu pada keluarga di SungaiPetani. wuwuwu :'(


harus beransur. teman seperjuangan sudah halu halu (called) untuk final touch assignment yg bakal di persembahkan besok. 




#kbai

Thursday, July 14, 2011

memilih


Ala kulli hal:

"kita perlu cerewet dalam memilih sahabat kerana sahabat itu menjadi inspirasi perangai kita"

Thursday, May 26, 2011

fast moving

salam.

dah berjanji dgn sahabat nak curi masa dan keluar tenangkan otak. mcm pressure sgt-lah intersesi ni kan? actually tak pun. kawan-kawan ni tercabar sebenarnya tengok kawan-kawan lain keluar ngan boyfriend masing-masing pegi sini pegi sana seronok-seronok. kami yg boyfriend jauh ni la yg tercabar dek dugaan. nak jugak keluar dgn boyfriend tapi boyfriend jauh. huhu. utk mengubat hati yg lara lagi terluka ni maka keluarlah kami si single sementara boyfriend jauh ni bersama-sama.

maka bergerak-lah kami berempat menaiki Viva Elite JJM **** ke Jusco Bukit Raja yg sekecet dekat tu. tujuan nak grab tiket wayang jam 5.45ptg je. tadak fokus lain lagi dah. agak ketinggalan zaman tengok cerita ni. orang lain dah layan movies lain tapi kami baru gerak pegi layan movie ni. tak apa-apalah selagi cita rasa kami tak menganggu orang sekeliling. yg penting kami berempat gelak tak kacau orang lain. kami sengeh bukan dekat orang lain. kami ngumpat pun bukan pasal orang lain. huh?

2jam setengah kami kat dalam tu mang ketar lelutut ni habislah memandangkan aircond baru kan?baru renovate la katakan. lepas je movie terus santap dekat Putera Ayu, Padang Jawa. terbaik kata Syera. murah pulak tu. boleh la nak pegi lagi lepas ni kalau terasa nak makan Tomyam ala Thai lagi.



Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson (the Rock) memang terbaik sekali. bukan sekali sekala tp berkali kala. haha. i love action. i love horror. i love thriller (with fingers cover the eyes). i love watching movies. tapi dengan boyfriend lagi seronot. tett! haha. dengan kawan pun seronot jugak lol.


ini syera (in black).
ini ika (in white)
ini kawan kawan-kawan saya.
mereka kaki makan.
mulut pun makan.
hahaha

ini Syara.
pemilik Viva Elite JJM****
terima kasih

ini ika lagi

ini tuan tanah
mesti mau ada

tuan tanah dengan sahabat
bye.

Wednesday, May 25, 2011

pasar rabu

salam.

hari untuk intersesi berlalu smooth je. tadak halangan mahupun dugaan memandangkan ada dua subjects je. menapak ke fac jam 8.00 pagi, belajar economy, belajar quality management, pukul 12.30 tgh hari balik bilik. sebulan macam tu la nanti dok ulang alik bagi haus tapak kasut, ilmu penuh di dada, perut kenyang senang hati. mcm honeymoon pn ada. balik je bilik terus tarik kain selimut tutup badan. bermakna sedang berhibernasi-lah tu. hahaha. serius seronok. macam saje je dtg buat intersesi ni. mak haku baca ni mahu di tarik telinga aku 360 darjah.

makan masa (intersesi) ni macam kena catu pun ada. sebenarnya tak pun. disebabkan malas nak menapak 100 tapak kaki pergi balik Dataran Cendekia (dc) so pemakanan di kawal seratus peratus oleh diri sendiri. selain mencatu makanan sendiri, masih mengharapkan makanan delivery dari Cik Zaly. tapi minggu ni Cik Zaly pulak nak catu makanan kami. haha. tak pon! kereta dia rosak, makanya susah untuk dia berulang alik kemari menghantar makanan. poor Cik Zaly. semoga kereta cepat sembuh dan dapat kembali bertugas membawa lunch box kami warga Melati.

hari ni teringin nak makan yg sedap-sedap sikit so berhajat nak menapak ke Pasar Rabu dekat flat PKNS depan UiTM ni. hasrat tercapai bila dapat consensus from friends yg turut sama punyai hasrat seperti haku. teringin jugak korang ek. haha. pergi naik bas, balik naik kaki sendiri. haish...nasi ayam percik selamat masuk perut lepas solat Isyak td. Alhamdulillah. penat pusing Pasar Rabu dua tiga kali memang sayang la kalau tak beli nasik ayam percik dia. dia tu sp? ramai je yg meniaga kt situ tapi yg dia jgk yg berjaya tawan hati kecik haku ni utk beli. rasa punya rasa,not bad lah. dia tu bukan siapa-siapa. pak cik stall lah. dia tak kenai haku, haku lagi lah tak kenai dia.

ni Tuan Tanah
so, wajib ada la untuk tatapan sendiri

ini pulak rakyat jelata ^^
dua orang sahabat Pantai Timur

pau terbaik Pasar Rabu!

berhajat nak berjalan kaki lagi pegi Pasar Rabu kalau kaki ni mampu nak berjalan sejauh 3kilometer kehadapan. InsyaAllah. dimana ada kemahuan disitu ada jalan. tanak berjanji pada diri sendiri nanti ada konflik dgn diri sendiri pulak kalau niat tak tercapai.

Wednesday, March 30, 2011

dugaan Allah S.W.T

salam.

semalam punya semalam, yakni bersamaan dgn 28hb March 2011 suatu musibah telah melanda diriku. aku, sebagai insan kerdil yg punyai kelemahan telah tergopoh gapah menerima cobaan dariNya. aku percaya, dugaan datang dari Allah utk menguji kita (aku) sebagai hambanya. sesungguhnya dugaan yg datang itu terlalu kecik jika nak dibandingkan dgn dugaan yg orang lain rasa. haku je yg terover 'menikmati' dugaan tu sebenarnya. tapi kalau aku transfer sakit aku ni dekat kau sikit, mahu kau terima? mahu kau kongsi sama-sama sakit yg aku rasa ni? orang hanya boleh bercakap, motivate aku utk kurangkan rasa sakit tp korang tak rasa apa yg aku rasa. aku rasa sakit, perit tahu tak! anyhow, aku sangat berterima kasih pada kawan-kawan yg banyak support aku sejak aku balik dari Pusat Kesihatan (PK) UiTM sampai la sekarang. kalian memang terbaik!


tengs Hairi Hamer, Zahira, Hurul, Azirah, Mia, Syira, Nida, Azwa, Syara, Lia, Ayu, Zaizax, Noroziyati, Wani Comey, Ain, Suhaila, Seha, Mira, Zuriani, Wan dan ramai lagi. utk list down semua mungkin makan masa. kalau aku tak list down nama diorng kat sini tak bermakna diorang tak concern pasal aku. pape pun, terima kasih pada yg memahami dan sentiasa menjenguk dan menanyakan berita. terima kasih pada Mak Teh dan Syahirah yg datang menjenguk masa memula aku terbaring atas katil sambil nangeh2 manja menahan sakit. juga pada Mak dan Abah yg sentiasa bertutur positif pada aku melalui telefon. walaupun hanya melalui telefon aku rasa sangat dekat dengan diorang ms tu! tak perlu datang jejauh hanya semata-mata nak menjenguk aku yg sakitnya tak seberap ni. niat kalian utk turun ke Shah Alam sangat menusuk kalbu. T_T syukran!


sebenarnya apa dah jadi pada aku? apa dugaan yg dah aku terima? takkan aku lupa moment tu sampai bila-bila. aku dah pahat tarikh 28March2011 dalam kotak ingatan aku supaya kelak aku akan lebih berhati-hati dengan penggunaan air panas. air panas? apa kena mengena dengan air panas?? yer, aku terkena simbahan air panas atas kecuaian aku sendiri. aku redha dengan dugaan(rasa sakit) ni sebab aku memang cuai! maka dgn itu, aku fobia SETAHUN dengan air panas!!! harap2 tak la sampai setahun lamanya sbb aku ni peminat hot nescafe. tak kan tetiba aku nak bancuh nescafe 3in1 tu dgn air sejuk pulak? mn nikmat weyh...waaa...T_T


atas kecuaian aku sendiri, badan aku yg terseksa. yer! tak salah lagi air panas yg terkena ke badan haku! menggelupur macam cacing kepanasan haku masa tu. sakitnya hanya Allah sahaja yg tahu. hanya aku yg merasa. aku sangat berterima kasih dan terhutang budi pada roomate aku Noor Zahira Sobarudin dan teman sepejuangan, Hurul Ain, yg berada di kelas (ethics) ketika itu yg sanggup hantarkan aku ke PK. terima kasih dari hujung rambut ke hujung kaki! tak lupa jgk pada kak Ina dan Cik Zaly yg dah tolong bawakkan aku ke klinik (klinik Soraya) utk cuci blister yg ada pada luka di badan dan pinggang aku dan tanggung kos rawatan aku semalam. aku sangat bersyukur punya teman-teman dan orang yg sgt prihatin pasal aku.


hari ni aku lebih sedar bahawa betapa bergunanya kawan-kawan masa kita berada dalam kesusahan. adanya kawan dapat membantu meringankan beban kita. walaupun diorang tak dapat kongsi sakit dengan aku tapi diorang byk motivate aku utk bersabar dan sentiasa bersabar walaupun sakitnya hanya aku sorang yg tanggung. terima kasih, kawan!