Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

First Time . . .

Hi.

Went to Doc Ridzam's clinic.

Letih. Kebas. Penat. Bosan. Oh, tidak! ini bukan simptom-simptom sakit. Ini kesan akibat EMPAT jam menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Hanya untuk membuang (mencabut) sebatang gigi geraham. Alahai ! ~ ~

Bila nama dipanggil (giliran dah tiba), terasa mahu melompat bintang sepuluh kali. 1, 2, 3....

Tolak pintu. Masuk bilik sejuk. Nampak tiga buah (biji) kerusi berteknologi tinggi. Canggih. Jakun sebentar. Sebenarnya tak pernah datang cabut gigi. Tak pernah jumpa doktor gigi. Ya! TAK PERNAH. Jangan la terkejut. Last jumpa doktor gigi masa sekolah dulu. Punya penakut dengan doktor gigi. Tak tau la kalau doktor gigi tu ada kuasa super saiya untuk menukar gigi jadi besi/biskut ke apa yang takut sangat dengan mereka.

Bincang. Nervous je tengok muka doktor yang beriya tanya soalan. Iya lahhh! Dia doktor, aku ni pesakit. Memang aku la yang patut nervous dan bukannya dia! Kalau ikut tahap ke'nevous'an aku ni, doktor tanya nak buat apa? Nak je aku jawab SCALING. Tersasar daripada niat sebenar. Tengok alat-alat canggih atas tray, atas rak, pengsan!~~ Teruskan niat mencabut gigi yang sudah menjadi serpihan. 

Kena inject ubat kebas dua tempat. Doktor layan pesakit lain sementara ubat kebas aku ni betul-betul buat mulut, lidah dan pipi aku kebas.

"Awak tunggu sat nah. Saya tengok Pak Cik ni dulu"

"Okayyy"

Tengok muka nurse, aku cuak (lagi). Nurse cakap sesuatu ke doktor.

Doktor datang tanya, "Awak okay?"

"Tak. Saya nak pengsan!"

HAHA

Acah!

30 minit, muka kebas, mulut kebas, lidah kebas. Rasa cacat sekejap bila tak dapat nak telan air liur secara normal. Terkebil-kebil. Sigh~~ Agak mencabar doktor nak cabut gigi geraham aku yang kukuh ni. Sekejap kekiri, sekejap kekanan. Akhirnya berjaya. Alhamdulillah. Ubat kebas macam tak berfungsi sebab aku rasa SAKIT jugak!

Lepas ni boleh pi scaling pulak. Macam syiok je duduk atas kerusi canggih tu. Ahaksss~~

Friday, October 12, 2012

47. Rutin SS

masih tidak bekerja. sad. ramai yang bertanya (busybody), kenapa tak kerja lagi? kalau aku boleh jawab, mind your own business. memang kena la sebijik kat muka orang tu. macam la selama aku duduk rumah ni aku guna duit dia. aku tak (akan) kisah kalau KAU tanya SEKALI DUA. ini tak, setiap kali kau jumpa aku kau tanya. apa takda soalan lain ke untuk aku? cuba la tanya, duduk rumah buat apa? (sejuk sikit hati nak jawab), bila nak kawen ke? KAHKAH ini tak, datang-datang nak serbu soalan yg paling aku tak gemar tu. kalau datang bawak good news takpa gak. bagi aku kerja kosong ke, okay gak. hurrmm. setiap hari hadap muka orang macam ni memang aku tembak kepala dia dengan pistol tadak peluru (kasi dia cuak sikit).


selama masih tak bekerja ni, aku ada rutin harian yang (agak) tak sihat bagi semua orang tapi sihat bagi aku. tak sihat sebab sehari-harian memang aku tidur lena makan cukup tanpa stress kerja (assignments, date line, peer pressure, homeworks etc) kadang tu terlebih cukup sampaikan rasa, "Ehh, dah la tu tidur, bangun makan la pulak. lepas tu tengok tv sampai rabun". okay? sounds like tak sihat dan negatif sahaja, kan? memang. hidup takda challenges ni memang korang rasa tak sihat je, kan? sekali lagi aku ingatkan, mind your own business. aku tak stress, kenapa korang pulak yg nak stress? especially orang yang ada dekat sekeliling aku ni. korang stress kerja, lagi stress tengok aku tidur lena makan cukup, kan? KAHKAH sick people mmg macam tu agaknya. 

pedulikan orang yang macam tu, let's focus on my ROUTINE job (lah sangat)

my daily routine that I never miss out LANGSUNG! :

1. tidur lewat malam. online sampai lebam, baca beberapa favorite blogs, petua itu ini, tak pun layan online movies sambil rasa tekanan tunggu loading. STRESS! 

2. bangun lewat keesokan harinya. selalunya around 9.00 am (takda la lewat pun, kan?). emak yang akan ketuk pintu bilik dan kejutkan. kalau abah ada (weekends), memang dia la yg akan kejutkan kami tiga beradik. ketuk pintu bilik macam nak roboh tu memang dah trademark beliau. STRESS! 

3. makan sampai kenyang.  makan untuk hidup dan hidup untuk makan. nikmat! kedua-dua statements takda kesalahan. saling berhubung kait. logik sikit! masakan dari air tangan ibu adalah yg terbaik seantero dunia. walaupun emak kau gorengkan telur untuk kau, kau rasa air tangan dia hebat sangat! (padahal malas nak goreng sendiri, kan? baik mengaku)

4. jagakan mom's little princess (lah sangat). yes, I am the sitter! yang paling garang, paling baik, paling cool, paling comel dan paling menyampahkan. kalau those kids rasa aku ni menyampahkan, sila take note yg depa tu lagi menyampahkan daripada aku. setiap hari mintak duit dari aku (nak beli ais krim) macam aku ni bank depa. agak sikit aku ni kerja pun tak. hari-hari buat aku STRESS! walaupun menyampah sekalipun. aku TETAP sayang depa! muuahh! xoxo

5. pemandu KBD 5688 a.k.a the driver. cukuplah dengan entry INI untuk buat korang tahu yg aku ni seorang driver upahan. si driver cuti seminggu sbb little princess cuti sempena PMR. harus lah aku rasa gembira. nak-nak pulak lesen dah expired! double gembira, ingatkan boleh rest sekejap, tak mahu renew lesen seminggu (extend cuti jadi driver) tiba-tiba ada seseorang yg tolong ingatkan 'renew lesen sebelum Jumaat, ya;. baiklah! (-__-)' STRESS kembali~~

6. menjahit. wahh. macam makcik-makcik dah ni. kain-kain perca kat rumah ni mmg jadi selimut la kalau aku rajin. KAHKAH selagi rajin dan semahunya, aku akan buat kerja KH ni. masa lapang aku tak pernah terbuang macam tu je kalau aku rajin belek kerja KH ni. takda la berseni sangat tapi boleh la nampak rupanya kalau di tanya, "ini apa?" jawab "burung", "ini apa?"  jawab "penguin" KAHKAH tapi kerja rumit macam ni kena sabar. banyak bersabar baru berhasil. kalau nak orang jawab dengan betul soalan "ini apa" kita tadi, sabar lah masa menjahit dan memotong kain. kalau orang tak boleh jawab (teka salah sbb buruk sangat seninya) memang STRESS! kain tolak tepi, baik tengok tv. Loser



ada few more routines lagi tapi baik aku tak payah senaraikan sbb tak boleh la nak reveal semua nanti korang cakap, "Wahhh, memang betul-betul tak sihat lah rutin perempuan ni" KAHKAH selebihnya aku simpan, okay?


so, boleh korang kira berapa banyak perkataan stress dah terkeluar dalam entry aku tadi? siapa cakap rutin harian aku tak stress tadi? cakap semula kasi aku dengar. 


sehingga rajin menulis lagi (nanti)

kbai.
peace.no.war :)

Saturday, September 29, 2012

42. bajet 2013

bertemakan 'Memakmur Negara Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati', katanya menepati harapan dan memberi manfaat secara menyeluruh kepada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda.

TERUJA!
golongan muda adalah antara golongan yg paling banyak dapat benefits daripada Bajet 2013 yg Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bentangkan semalam. antaranya, Bantuan Rakyat 1Malaysia, Pakej Komunikasi Belia dan Baucar Buku 1Malaysia. aku dah takdanya nak dapat Baucar Buku lagi dah. sobbbss T.T

BAJET 2013
RM251.6b
RM201.9 billion (operation/menguruskan)
RM49.7 billion (development/pembangungan)

summary: 
*tak lengkap harap mak long* 

BR1M 2.0
  • RM500 untuk setiap ketua isi rumah bergaji RM3,000 dan ke bawah
  • RM250 seorang bagi individu bujang 21 tahun ke atas bergaji tidak lebih RM2000 *ada chance la kot. ngessngess :) 

BONUS
satu setengah bulan gaji kakitangan awam
  • setengah bulan dibayar Aidilfitri lalu
  • setengah bulan pada Disember
  • setengah bulan pada Januari
pesara terima RM500


RM100
  • bantuan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah


REBAT RM200 TELEFON PINTAR 3G
  • bagi belia 21-30 tahun bergaji RM3,000 ke bawah menerusi Pakej Komunikasi Belia *hat ni irrelevant bg aku, manjakan sgt sampai phone pun mahu rebat? entah la


PELEPASAN CUKAI
  • daripada RM4,000 kepada RM6,000 bagi pendidikan tinggi anak-anak
  • daripada RM3,000 kepada RM6,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional


PTPTN
  • diskaun 10 - 20 % bagi bayaran balik *sempat ke nak kumpul puluh ribu nak bayar lump sum tu hoiii


BAUCAR BUKU MAHASISWA
  • naik daripada RM200 kepada RM250 *dah tak dapat nak merasa baucar buku yg dah tambah RM50 nihh :'( 

PESARA KERAJAAN
  • pencen minimum yang berkhidmat 25 tahun ke atas naik kepada RM820 berbanding RM720


TENTERA
  • 125,708 pegawai dan anggota dapat insentif khas RM200 sebulan mulai 1 Januari 2013
  • 224,000 bekas tentera yang  bersara awal, berkhidmat kurang 21 tahun dan tidak berpencen dapat RM1,000


INSENTIF NELAYAN
  • elaun bantuan sara hidup RM200 sebulan, perlindungan insurans RM100,000
PM berbaju Melayu Jade Green *handsome*
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

banyak lagi sebenarnya tp ini antara bajet yang aku baca kt Utusan tadi. ngess ngess



peace.no.war :)

Friday, September 28, 2012

41. aku seorang DRIVER

ramai orang cakap, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. takda siapa yg nak tolak tuah (rezeki) tapi masih ada (malah ramai) yg suka mencari musuh dan berbuat musuh (tak mahu hurai cerita bermusuh, takda kaitan). pelik la manusia nih. hurrm. 

so far, rezeki nak boros duit sendiri belum muncul depan mata T.T belum terima apa-apa call dan belum terima apa-apa surat. InsyaAllah, rezeki Allah itu banyak cabangnya. mungkin rezeki aku lambat seratus tapak daripada kawan-kawan yg lain. takpa, aku sanggup tunggu. tunggu bawah bumbung (dalam rumah) takda la mudarat apa pun. tapi kan, penantian itu suatu penyeksaan. sobbs.

selain berkhidmat untuk emak terchenta, aku jugak berkhidmat untuk adikku musuhku. terkadang, berkhidmat untuk kakakku JUGA musuhku. currently saya offer perkhidmatan DRIVER, hantar dan ambil dari sekolah/opis. yer! memang aku ni banyak profession. takda job spec/des, semua aku bedal. kerja ni tak perlukan resume. asalkan kan kau ada lesen D plus pengalaman setahun dua serta merta kau diambil bekerja. siapa nak bekerja dengan emak aku, sila la bawak lesen D. kalau masih P emak aku tak mahu.

kadang aku rasa macam GPS pun ada. masukkan lokasi, gerak ke destinasi.

I love driving. sebab tu aku amek kerja nih KAHKAH

ini gelpren yg selalu ulang alik dari Shah Alam ke Kedah 
together we drive
das driving
KAHKAH

aku tak pernah letih drive kesana sini. malah seronok. pernah drive dr SP ke KL dengan girlfriends. dia tidur, aku drive. sampai je destinasi, dia sambung tidur, aku tengok tv. takda plak aku makan ubat cergas ke hapa masa tu tapi semulajadi gamaknya. lain plak jadinya kalau aku jd co pilot. jangan suruh aku jadi co pilot, memang aku TIDUR sebelah kau! 

kesimpulannya, bila kaki aku aktif tekan pedal aku hilang deria mengantuk. vice versa. bila kaki aku mula bersila (dalam kereta) mula la kena sampuk hantu tidur. bahaya nihh. berjangkit. 

nama: Suraya Safie
umur: 2+3 tahun
pengalaman memandu: 5 tahun


so lepas ni siapa-siapa yg perlukan perkhidmatan memandu dari aku boleh la contact mak aku kat fb KAHKAH (macam ada). aku tak ngajor kat driving school tau. tak minat *perlu ke?



peace.no.war :)

Thursday, September 20, 2012

40. Once upon a time; Lumut

salam 1Malaysia

since cuti panjang, as for me memang forever cuti la kan, KakLong ada walimatulurus Kak Zue di negeri Darul Ridzuan. Abah takkan sesekali benarkan kakak sulung ni pergi sendirian. pada abah, lebih baik dia hantar. mungkin tak jimat tapi insyaAllah selamat! sebenarnya, ada udang disebalik batu. niat abah nak makan angin jugak, kami tumpang dua-dua belah kaki OK!  yabedabedu. takkan nak tinggal pulak. plus, little princess ikut sama buat nyempit kereta. together we enjoyed the joyful moments!. 

almost 12 tahun tinggalkan Darul Ridzuan. dalam masa 12 tahun tu ada jugak jengah ke situ beberapa kali (can be counted). kawan-kawan masa sekolah rendah dulu memang tak ingat dah. ada la dua tiga kerat yg masih kamcing. contact through facebook kadang tu. kebanyakkannya dah pindah bila parents dah pencen. ada yg pindah dekat-dekat area Manjung tu je. ada jugak yg pindah jauh ke negeri kelahiran parents masing-masing. macam family kami, parents orang Jelapang Padi, bila pencen memang terus pindah ke negeri asal. tanpa berlengah! HEHE

contoh orang yg tak pindah jauh lepas pencen---> Kak Zue. pindah area Billion, pasaraya selalu lawat, tu jugak. rumah senang je nak cari. jumpa Billion, jumpa Court Mammoth , nahh! itu dia rumah dia. kenduri macam biasa. terbaik! Kak Zue maintain kecik. comel je.

jalan ke Lumut tak banyak berubah sbb aku masih boleh ingat buildings yg ada sekitar jalan. aku masih boleh cam! kira memori 12 tahun dahulu masih boleh dipakai la. hikks :) cuma sekarang bangunan dah bercambah, banyak tak terkira. jalan tetap sama! 

Kak zue yg forever kecil molek
sister yg forever sengeh :)
the kids with kurung
at Teluk Batik
forever siblings! 
kanak-kanak memang tak tahan nak berbaju kurung sepanjang hari. panas. rimas. 
kakak kepada kanak-kanak jugak tak menahan panasnya. 
sekarang memang panas sentiasa. 
sentiasa panas.
sampaikan malam pun terasa panasnya. membahang siap.
mana lah tahan nak berbaju kurung sepanjang hari, kan? 



aku rasa sekarang aku dah hitam menawan. sobbs :'( hari tu kak long pun ada cakap macam tu ke aku. padahal aku stay rumah je. takda plak kuar membajak sawah tgh2 hari buta. hurmm.btw, dekat kawasan ni angin sepoi-sepoi bahasa kemain lagi. plus, redup. seronok! suka! 

Wafda the moody.
takda mood je dia sepanjang hari.
mungkin demam.


Marina Island
the main entrance 
masa ni kena lapor diri. kad pengenalan digantikan dengan kad pelawat. sebolehnya abah nak jugak masuk dalam tgk tempat mencari rezeki dia dulu. tempat membesar kami adik beradik. syukur sbb abang guard tu kasi masuk bila tengok Najihah. bahaha! *tipu tipu*


masa kami pindah dulu, Najihah umur 6 tahun tak silap, besar/tinggi tong gas je. tengok la sekarang dah tinggi melayut. hmmm. how time flies. kan? masa kami pindah dulu (lagi), Marina Island tak wujud lagi. banyak benda kurang dekat pekan Lumut sana. sekarang jeti nak ke Pangkor dah terbentang luas depan mata. ada entrance sambut tourists lagi. nampak la dah maju sikit (sebenarnya banyak) dari dulu-dulu. 

rumah kedua kami
B8-204



loading peluru
Forever parents
till jannah!









sebelum balik, sempat jumpa pengantin for the second time. pengantin photo shoot dekat area yg sama. kehkeh. kebetulan, kan? kakak aku dapat penampar sulung daripada pengantin. amik berkat sikit.


abah memang tak plan (tak pernah) nak bermalam kat sana. maka, hari tu jugak kami bertolak balik negeri Jelapang Padi untuk teruskan kehidupan sehari-harian kami yg super AWESOME. 

kbai.


serial number; 15092012
peace.no.war :)

Sunday, September 16, 2012

38. tak reti teng-teng

salam daripada the nanny

currently aku berstatus nanny. masih demam nanny. silih berganti dengan emak. tapi, emak tetap ketua nanny. ketua yg terbaik seantero taman perumahan. hikss. kanak-kanak ribena dah tiga hari menetap dirumah since emak-abah diorang ke Sabah, bukan honeymoon. buat masa ni kondisi rumah masih positif. baik baik belaka. takda cacat cela. takda punggah-punggah barang. semuanya teratur since dah ada dua orang nanny tambahan (berguna bila masa kecederaan). dua orang kanak-kanak, empat orang nanny. superb! 


kanak-kanak tak suka terperap dalam rumah 24/7. sama seperti orang dewasa, mereka mahu bebas. bebas nak lari sana sini, bebas nak buat apa sahaja. tp keselamatan tu lebih penting. aku tak reti nak bawak diorang keluar main dekat luar sesaja tanpa pengawasan emak/abah. aku yg muda/dewasa ini pun masih bisa diculik. KAHKAH apatah lagi diorang yg kanak-kanak. weyhh orang Indon/Vietnam dah conquer kawasan taman aku ni kot. perlu lebih berhati-hati. so, kanak-kanak hanya akan boleh keluar bila ada emak atau abah sebagai pemerhati. at least dari jauh pun tak apa. 


tadi abah ajar diorang main TENG-TENG. excited nak main sbb tak pernah main sebelum nih. aku tak sabarnya nak ajar kanak-kanak ni main. tak sabar menaham marah weyhhhh! sbb diorang tak faham! yang aku ni tahu marah je. kalau pegang profession pengasuh ni kena ada tahap kesabaran yg tinggi. bukan mudah nak deal dengan kanak-kanak zaman moden sekarang ni. HAHA kanak-kanak ni memang semuanya tak tahu, tak tahu main, tak tahu itu, tak tahu ini, sbb diorang tak pernah cuba sekali. tak teror sbb tak practice selalu. kids sekarang mana tahu permainan tradisional. emak ayah yg moden tak ajar. maka, selamaya tak tahu. diorang lebih pro permainan moden. diorang dikelilingi ipad, ipod, ps, xbox bagai. aku dulu membesar dengan permainan tradisional. galah panjang, teng-teng, congkak, batu seremban(sambut) etc semua aku pro! anak kampung weyh mn tak teror. ecehh.


Hasha & Wafda yang masih kekok...

yang serabut itu sentiasa mereka :)

abah drew line untuk diorang main, tp sorang pun tak reti nak main ikut line. main pakai hentam keromo je. masing-masing kan bijak. HEHE




sekian sahaja permainan tengteng daripada Hasha & Wafda.
next time nak ajar main batu seremban(sambut) pulak (kot)


p/s: Salam 1Malaysia! Saya anak Malaysia! 



peace.no.war :)

Tuesday, May 22, 2012

#21 Kembara Rimba 2012

05052012

salam 1 FSPP yaww

entry tergendala entry tergendala gara-gara busy melampau. seriously amat sibuk dan semakin sibuk. kau fikir dengan hanya carry 3 subjek untuk final KAMI harus free dan free dan free lagi? mana mungkin. ongoing projects beratur mintak settle. buat masa ni baru je hantar report Practical Training yg mengkusutkan fikiran KAMI semua selama ianya belum dihantar.


ahhh.please, jgn cakap lagi pasal kerja boleh? let's have some fun out there. bosan la ulang alik naik tangga pergi fac je. hujung minggu kita riadah sikit, boleh?


past few weeks, on 5th May, kitorang ada joined program anjuran BACAS (kelab/persatuan course; Admin Science) so called KEMBARA RIMBA. dalam masa yg sama my kazen kawen on that day. rasa terkilan tak dapat balik, suppose boleh je nak balik sbb weekend tapi disebabkan dah berjanji awal dengan team-mates so tak boleh la nak hampakan diorang. program Kembara Rimba berlangsung di Bukit Cerakah, Shah Alam. ramai students yg involved especially part6 (final year) students like us. cuba nak merakamkan memori terakhir sebelum menamatkan program ijazah barangkali.ecehh! 


satu kumpulan harus mempunyai ENAM orang ahli. aku, Azirah, Zal Zaini, Ket, Brounk dan Ismail. nama kumpulan tanak lagi buruk tauuu, "ZOMBARAKSA". don't no why & how this name came into their mind. perhaps Ismail satisfied sebab dia yg namakan kumpulan ni setelah berhempas pulas membanting tulang dan memerah otak untuk came out with this super weird name. zombaraksa pun zombaraksa la kawan. selagi ianya tak menjatuhkan maruah kumpulan kita, it is allow to use this kind of name.kehkeh.


program ni diadaptasi daripada game explorace dan berkait rapat dengan kempen 'go green' that is why diorang pilih Bukit Cerakah as the venue. I can say, hutan hujan tropika di Shah Alam. tengok je baju peserta sudah la, hijau tumbuhan tauuu! HEHE penyertaan sangat memberangsangkan. I was being told that committee cuma mahukan 21 teams. surprised me & you, about 30 plus teams yg mohon. tp cuma layak untuk 27 teams je hari tu. kesian yg tak dapat join, perhaps next sem la korang join eh.  untuk team kami, ZOMBARAKSA, sebulat suara pilih Brounk sebagai leader memandangkan dia ni super cergas orangnya.  oleh sebab Brounk jgk la kami jadi first group yg dilepaskan. weeehooo. semangat sangat masa tu. semangat kumpulan! Go Go Zombaraksa. sebut zombaraksa sekali sekala mcm nak tersebut raksasa! Buruknya nama tuuuuu. 


lebih kurang 9 checkpoints yg ada di sekitar kawasan Bukit Cerakah. tell you what, Bukit Cerakah adalah super huge dan luas kawasannya mampu buat aku yg tak semput ni jadi semput. sekejap berlari, sekejap berjalan. memang tak akan berlari sepanjang masa, bukit here & there. masa tu baru tahu menyesal si Ismail sebab tak buat latihan kecergasan beberapa hari kebelakang. HAHA tak guna menyesal masa dalam pertandingan, kawan. 

atas; Suraya, Zal Zaini & Ket
bawah; Azirah, Brounk & Ismail


kat atas ni la game paling mencabar kesabaran kami semua. bayangkan ada ENAM jenis rempah dan bahan makanan yg perlu kami asingkan. setiap satu bahan tu saiznya punya la buat orang nak marah. SAGU pun ada, tahu!? halba campur, barli etc. makan masa 45minit saja dekat sini. 


ini kumpulan Function. juara Kembara Rimba. bersaing dengan diorang sampai sanggup main sorok-sorok takut diorang trace laluan kami. jahatnyaa. adat bertanding la tu suma. at last korang (Function) jugak yg menang kan. tak puas hati tak puas hati :)


ini dekat checkpoint haiwan. ada dua jenis haiwan yg join Kembara Rimba ni, pertama; Landak. kedua; Kuda. bertuahnya kami dapat landak si haiwan rabun ni. harus feed landak ni dgn ubi kayu if I'm not mistaken. besar tau semua landak-landak dekat sini. takut je masa mula-mula nak masuk cage ni dan satu lagi baunya Tuhan saja yg tahu. brrrp x_x

BFF; Azirah Abd Aziz

crews & participants. semuanya adalah kengkawan jugak tp takda unsur bias eh.
kami student final year yawww!


Team-mates; ZOMBARAKSA!
dari kiri; ikut nama kat baju


buruk benor perangai ketua kami ni haa. kepala dah macam abah toyol.geli.



kalah menang adat permainan. sampai sekarang Ismail tak boleh terima kenyataan yg kami kalah di tangan Function. no.8 out of 27 teams, kira boleh la tu. kita hanya nak fun-fun tapi target juara tetap tersemat di hati. apakan daya kalah dengan ujian IQ. kahkah. juri tak kira jawapan yg tick dekat tepi je. sadisss!



dari kiri; Ruqaiyah, Nida & Azwa






hidup ZOMBARAKSA! jersi express, made in Up-town sek24! malam tu beli, malam tu jgk cop nama. only cost RM15 per person! dari jauh rival dah nampak mana kami pegi. tokleh nak lari. that's how Function trace kami. HAHA


ini adalah memori final year. rakan sekelas (lecture). memori Part Six batch 2010-2012 tersemat sejak 5 May 2012. kami gembira betul hari ni. dapat lupakan practical report, research report & questionnaire, kelas tutor Madam Zurin (service) :)

Tuesday, May 1, 2012

#19 konvoi jelajah Perlis Indera Kayangan

salam perantauan.

salam Mei! 

April sudah pun berakhir dan berlalu pergi meninggalkan kita di sini. tp jangan risau dahulu, April tetap akan kembali semula pada tahun hadapan. gonna miss you darling April! sebelum April berakhir, aku sempat rakamkan kenangan (ecehh). kenangan terindah bak kata kumpulan Samsons. untuk setiap bulan rakamkan kenangan yg mampu buat korang rasa hidup korang takdalah seboring mana dan sentiasa merasakan diri korang mampu untuk gembira (setiap bulan). this is highly recommended kerana dirimu begitu berharga!




tanggal 28April2012, aku dapat rasa pengalaman baru walaupun pada mulanya untuk dapatkan kebenaran Waris adalah amat sukar dan sangat getir. selesai bab kebenaran waris (setelah bergaduh tumbuk dengan abah) dengan bersyarat, bawa bersama Najihah Safie. okay fine, ikut jugak lah budak tu. Mr.H janji nak ambil kami awal kemain takut terlewat katanya (takut kena tinggal :p ) dan esoknya memang awal betul dia datang, around 7.50 pagi. selesai solat, seterika baju mana yg patut, bersiap sedia dan gagal breakfast. semua salah Mr.H! (semuanya nak salahkan orang! ) itu pun sempat jugak grab sekeping roti, air teh awal lagi dah teguk (tercekik ). lokasi berkumpul, Caltex Taman Ria. tepat jam 8.10 pagi kami dah terpacak dekat sana. tengok kiri kanan takda kereta berkenaan, masa tu Mr.H dah cuak, takut dia paling lambat. mustahil. mustahil. yg pergi ni semuanya Melayu, tahu tak janji Melayu macam mana?? ahaa..tepuk dada, tanya selera masing-masing. mari breakfast Kayu Nasi Kandar dulu.




kali pertama join aktiviti macam ni rasa FUN. rasa kehendak untuk memiliki kereta sendiri membuak-buak. maksud aku, ada kereta sebijik, join kumpulan-kumpulan halal dan setiap hujung minggu anda bakal mengukir kenangan. dengan aktiviti macam ni dapat, pertama; mengeratkan silaturrahim, kedua; mingle around (as for me dapat kawan baru), ketiga; pengalaman yg sukar dipadam dan seterusnya. seperti tajuk entry yg tertera di atas, Yes! aku join ni; Gabungan Kelab Kereta K-Car Northern Region, konvoi dan jelajah Perlis seharian bersama Mr.H dan Najihah Safie (satu kereta). juga, kredit kepada Kancil Kelisa Kelab (2KC), Community of Northern K-Car (CONK), Kedah Viva Crews (KVC), Kedah Kancil Club (KKC), Daimitsu Team, Keicarmania Perlis & Kelisa 7 Community. they rock my day! 




walaupun aku tak berkereta (miskinnya), aku support semangat mereka. bagi mereka, aktiviti ini suatu kejayaan yang patut dibanggakan. Tahniah kesemua 45 biji kereta yg telah menjayakan aktiviti ini!  :)

KCU 5014
Marshall Car
I heart you!
hentian Gurun (hentian pertama). aku tak hingat berapa stesen kami berhenti tapi yang pasti, kerap sangat berhenti dan berbincang! yang sesat pun ada. hairan dan pelik, kau ikut kerata mana?? 

Mini; Viva Forever :)

Kekasih Hati berbaju Merah
Mr.H
hentian Tasik Timah Tasoh, Perlis. setelah puas membeli belah di Padang Besar. walaupun padang itu besar, aku tak beli apa-apa untuk dijadikan buah tangan. takda benda yg berjaya tarik perhatian aku kala itu, yg ada pun asam kering buat makan dalam kereta. Mr.H jangan taktau, beli beras wangi blablabla, pesanan ibu tersayang. HEHE

Forever me and Najihah Safie

Perlis Indera Kayangan

Kawan baru. super sporting yaww


Welcome







KVC

Cop sijil kelahiran

Sisters ^^

Tahniah Marshall H!