Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Monday, May 14, 2018

The Day has finally come

Assalamualaikum.

Seperti dalam perbincangan yang lalu, kami dah setuju dan sepakat untuk memilih 25hb Ogos 2017 sebagai hari membina "masjid" kami. Semua persiapan, Alhamdulillah, dah 99% selesai (lagi 1% tu mungkin kekurangan daripada pihak kami sekiranya ada, because as we know, no one is perfect, kan?). 

The day has finally come. Hari yang ditunggu dan dinanti akhirnya tiba. Previously, aku akan excited dan nervous bagi pihak orang lain sahaja and now dah tiba masanya untuk aku excited dan nervous untuk hari bahagia aku sendiri. Finally! Hari tu semua urusan berjalan as we (family) planned. Emak dan Abah adalah orang yang paling sibuk didunia masa tu. Memang tak sempat tengok muka depa la hari tu. Pagi-pagi bangun lepas mandi, benda pertama yang kita akan cari ialah MAKANAN, lah. Masa kenduri ni, makanan ada dimerata-rata dan sentiasa ada dan bekalan makanan tu takkan pernah putus. HAHA ini lah keseronokan kenduri-kendara. 

The day before tu kita dah pakai inai segala mak nenek dah. Mak Tam Awi la yang jadi tukang tumbuk daun inai kita masa tu. Daun inai pulak dapat dari Kak Mah SM kat tempat kerja. Takda pun kita nak lukis-lukis inai kat tangan ke kaki ke. Kita buat yang simple sahaja. Memadai dengan penuhi syarat kahwin-berinai sahaja. Semua kawan-kawan kerja yang mana sempat datang kita jemput la ke majlis makan tengahari. Yang datang tu macam biasa la, kawan-kawan yang datang masa tunang jugak, plus Ida dan Ezzah sahaja, Depa tak boleh nak datang untuk majlis akad nikah nanti sebab masih dalam waktu bekerja, kan. Tak kisah la, janji datang jugak haritu. Syukran. Terima kasih sebab datang sambut hari bahagia kita. 

Dijangka akan berlangsung masjlis akad nikah nanti lepas Asar, so kita pun pergi make up awal sikit. Peneman kita masa tu, Saidatul Afnizan dan Syahirah. Sebaik ada depa. Sebaik depa nak teman. Kusankga nak make up ni sekejap sahaja rupanya makan masa jugak lah sampai kami terlewat ke masjid. Semua orang dah berkumpul, pengantin perempuan masih kat atas jalan raya. Masa kami sampai masjid tu, jemaah tengah sembahyang Asar. Alhamdulillah, masih tah terlewat tapi tercungap-cungap jugak la. HAHA

Masa tu, ada lapan (8) pasangan pengantin yang bakal dinikahkan Tok Kadi. Semua kena ikut turn masing-masing. Kami pasangan yang ke lima (5). Berpeluh jugak la masa nak tunggu turn kita tu. Semua berbaris ikut turutan sambil menunggu giliran dinikahkan. Memandangkan ramai pasangan, jadi Tok Kadi pun macam tak boleh nak buat pop kuiz sangat la. Tak pasal-pasal kang turn kami pukul 8 malam pulak kang. 

Alhamdulillah, Suraya binti Safie sudah sah bergelar isteri kepada Mohammad Hairi bin Hamer dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah. Masa tu mana sempat nak feeling sayu sedih sendu lagi dah. Kaki kebas sebab duduk lama sangat HAHA Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang datang masa tu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Selesai sudah satu part. Ada lagi dua part untuk esok dan lusa (kenduiri pihak perempuan dan kenduri pihak lelaki).


My First Love with My Forever Love









till we meet again.


Love,
Suraya Safie

Saturday, April 1, 2017

Alhamdulillah - one step closer

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita dah ikat tali pertunangan dengan kekasih hati since forever --- 18 Mac 2017. Berkat restu keluarga, kami decide nak bertunang jugak walaupun pada asalnya aku request kahwin terus (gelojoh). Say it GELOJOH atau tak, I have my own reasons. Of course to save the budget pada awalnya. Reason kedua, aku cuma nak close family je yang ada masa tu (konon nak small & private event). Oleh sebab aku decide on my own (with Hairi je at that time without family involvement & judgement), so keputusan macam agak terburu-buru dan keanak-anakkan. 

Selepas pertemuan dua keluarga, maka tercapailah kata sepakat untuk adakan pertunangan pada tarikh tersebut. Alhamdulillah, kedua-dua keluarga bersetuju. 

Aku masih dengan pendirian asal -- tak mau bagitau sesiapa yang aku nak bertunang sebab rasa macam dah tua sangat nak feeling excited nak bertunang ni. Ada la beberapa orang rakan sekerja yang tahu (5 6 orang mungkin). Aku remind Hairi not to tell his friends jugak. Tapi, that guy awal lagi dah sebarkan berita ini keseantero dunia. To share with close friends the happiest moments in his life, mungkin HAHAHA

Here are some memorable photos.

My future MIL

My future MIL 

my highschool sweetheart
InsyaAllah future husband

Rakan sekerja. Terima kasih daun keladi datang. 

Pelamin mini ni DIY je . Pakai barang-barang masa Kak Long Bertunang dulu. Rupa pun lebih kurang sama la jugak. To save the budget, kita gunakan apa yang dah sedia ada je la eh. 

 Thank You, Mira.

Haritu decide nak mekap sendiri je konon nak simple padahal tak berseni sebenarnya HAHA Alhamdulillah ada orang tawar diri nak mekap aku. Turn out well. Ini baru dinamakan simple. Kalau aku mekap sendiri tak tau la guano jadinya.

Beberapa bulan lagi nak prepare. Semoga Allah bantu ringankan beban dan mudahkan kami untuk bina hubungan baru ni. Moga redha Allah dan redha keluarga sentiasa bersama kami. Amin. InsyaAllah.

Alhamdulillah. One step closer to hubungan halal with H. 

Tik Tok Tik Tok

Till we meet again

Love, 
Suraya Safie

Tuesday, May 28, 2013

bye little darling

Hi. Assalamualaikum.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Adik dah sambung belajar. rezeki adik bergantung pada usaha dia sendiri. Kurang usaha, rezeki pun kurang dan sebaliknya. Keputusan SPM adik tak gempak mana pun tapi sekadar cukup makan dan cukup untuk banggakan diri sendiri dan sepadan dengan usaha dia sendiri. Memadailah untuk dia. Diterima belajar di Matrikulasi Pahang. JAUH! Takda rezeki dengan UPU. Itu pun dah syukur, Alhamdulillah. Jauh mana kita pergi, dekat mana  pun kita pijak, nawaitu kena betul. Itu yang paling penting! Semoga adik dan nawaitunya betul dan sentiasa betul.

Adik anak bongsu. Jarang keluar rumah. Cuma tahu pergi sekolah, balik sekolah dan menurut kemana Mak, Abah, kakak dan abang dia pergi. Jarang sangat nak mintak keluar rumah berpoya-poya macam kakak & abang dia. HAKHAK Bagi aku susah nak lepas dia pergi jauh. Takut dia tak boleh nak berdikari. Yer la. Dengan gaya hidup dia yg sekarang ni tak nampak pun dia ni boleh berdikari. Tapi Alhamdulillah, semuanya teratur elok (baru 3hari). Semoga setahun ni berjalan cepat dan lancar! Emak & Abah dah boleh harapkan adik. Itu pun lepas kita bodek-bodek bagitau yang adik tu dah besar blablabla... Abah ni lain sikit pe'elnya. Abah ingat anak-anak Abah ni kecik lagi, perlu ditunjuk setiap perkara. Padahal dah bangka bengkek (dewasa) je semuanya. HAHA

Semoga adik sukses. Semoga adik tahu jaga diri. Semoga adik bertambah ilmu pengetahuan. Semoga adik rajin belajar. Semoga adik sentiasa dibawah lindungan Allah SWT. 

Semoga adik cepat balik (raya la kot T_T) supaya kita boleh bertumbuk lagi. kehkeh


kbai.

Monday, April 1, 2013

Little Princess

Hi. Assalamualaikum.

Too cute to resist

Amboi, alangkah bahagianya terasa kalau baby diatas adalah kepunyaan saya. Hakikatnya tak mungkin. Kahwin pun belum. Kepunyaan saya belum tahu bila tapi InsyaAllah ada la nanti kalau dah kahwin. HIHI super cute baby ni nama dia Nur Qaireen Aleesya. Anak kepada sepupu saya. Sebaya. Sama umur. Dah kahwin (of course). Dah jadi abah. Dah jangan mention apa-apa lagi. Itu rezeki dia :)

Tahniah Amir & Nabilah. 

Amir ni sepupu yang sebaya. Kami ada empat orang semuanya yang sebaya (dan sama tinggi KAHKAH) ; Amir, saya, Bukhori & Apit (mengikut turutan kelahiran). Cuma saya seorang sahaja perempuan. teheee :) Kami ni kawan sepermainan kalau balik kampung. Bila dah besar tak bertegur sapa. Mana taknya, jarang jumpa. Kekangan masa. Dewasa ni mana lagi reti nak main nyorok-nyorok atau polis-pencuri lagi dah. Kalau EXPLORACE kami hebat! HAHA~~~ Luckily, cuma Amir seorang sahaja yang dah berjaya tamatkan zaman bujang beliau tahun lepas. Jadi, lahirlah Qaireen sebagai penyeri hidup mereka. Tahniah (again).

Kenyataan:
  • Amir cucu pertama yang tamatkan zaman bujang sebelah Tommy.
  • Qaireen cucu dan cicit pertama sebelah Tommy.


Past two days, ada majlis cukur jambul dekat rumah Pak Chaq (abah Amir), walhal Qaireen takda jambul pun, rambut halusssss je. Geram tengok. Sebaik takda yg main tarik-tarik. 

Ini masa acara "belah/bukak mulut". Sunnah Nabi SAW. Ada air zam-zam, ada buah kurma. Pemanis mulut buat Little Qaireen. 

Masa untuk cukur jambul. Mak cik tu cukur rambut Qiareen kasi licin. Kata Mak cik tu, memang selalunya orang akan cukur bagi habis. MAksud Mak cik tu, botakkan terus. Sesetengah baby rambut dia akan cepat tumbuh semula, ada sesetengah ambik masa nak tumbuh lebat balik. Bergantung. Satu lagi petua/tips yang aku dengar dari emak, lidah baby yang selalu menunjuk ke lelangit bermaksud baby tu sihat. Masa tu emak bagi contoh lidah Qaireen (ke lelangit), bermakna Qaireen SIHAT! Yay!

Tengok la jari Qaireen tu...amboi panjang nauuuu. COMEL.

Tadaaa!
Qaireen setelah dilicinkan kepalanya.
Level of cuteness tetap maintain.
120%

Super "CIWI" Aunties
Kemain gembira ada new member in Tommy


Yang hero ni "Cu Bie"
Semua orang dok panggil "Bebi", anak buah 'terpaksa' la panggi Cu Bie jugak untuk
kekalkan keaslian dan kemanisan tu 
HAHA 


Ini baby lain, Alanna Kayla Imani.
Super gorgeous name.
Baby Alanna ni bambam.
Paha dia tu rasa macam nak gigit lepas tu kunyah-kunyah. (Wrong Turn).

So, adik-adik lepas ni kita akan ada baby Qaireen yg akan digomol dan dikendong dan di cium puas-puas. 

Till we meet again Little Qaireen.

bye.

April Fool

Hi. Assalamualaikum.

Selamat datang April. Teruja betul kalau bulan April nih. Tak tunggu. Tak tanda kalendar pn. Cuma teruja yang entah apa-apa sahaja. Mungkin sebab bulan kelahiran tuan tanah kot. Tak kecoh sangat dengan bulan Januari, Februari, Mac atau bulan-bulan lain. Kalau nak bergerak pantas sekalipun dialu-alukan, tapi April boleh tak bergerak perlahan sedikit sebab saya cuba nak menikmati bulan April yg panas lagi membahang ni dengan jayanya. Doakan supaya hujan turun mencurah-curah dalam bulan April ni, boleh merasa sejuk/nyaman sket. Amin Ya Rabb.

Oh, ya! Kenapa teruja sangat dengan bulan April Fool ni eh?

Pertama, sebab bulan kelahiran tuan tanah dan good friends of mine.
Kedua, sebab dah bulan April yawww....hampir ke pertengahan tahun. How time flies, nanti dah tahun 2014 pulak. Yay!
Ketiga, NONE.

Itu sahaja.


Bila dah teruja dengan April ni, ditambah pulak dengan April Fool terus terfikirkan pasal seseorang. She used to be my classmate (sksp). My schoolmate (smki). My officemate (smkbsp). etc semoga Allah panjangkan usia persahabatan kami. InsyaAllah. Dia ni tokei Durian Crepe (DC) yg berjaya. InsyaAllah nanti nak pasarkan dekat obersea pulak. Kau hado? HAHA

Beliau yang dimaksudkan ialah KHAIRUN NISHA SALIHIN. (give a big clap to her) 
*clap clap*


Dear Nica,
Happy Birthday to my very best friend
Your special day has come by again
We had so much fun last time around
A very good friend was some one I found.


Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati.
Semoga Allah SWT memberi usia dan kesihatan yang baik.
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala kesusahan dan kesulitan.

Itu semua buat kamu dan keluarga. InsyaAllah.

Semoga persahabatan kita kekal berpanjangan supaya tahun hadapan boleh saya wish ke awak lagi. HIHI :)

bye.

Monday, March 18, 2013

to Abah with love

Abah,

Happy 57th Birthday :)
17.03.2013

Thanks for your loves
Thanks for your protection,
Thanks for working hard, sacrificing & being the best Abah you can be.



p/s: kami (emak, kakak sulung, ude, adik & aya) sayang abah banyakkkkkkkk sangat!

Tuesday, January 1, 2013

another new year - 2013

Hi.

Selamat Tahun Baru - 2013. setiap kali tahun baru takda benda special yg nak dibuat, akan dibuat ataupun telah dibuat. bagi aku (keluarga) tahun baru is tahun baru SAHAJA. tak sibuk dengan azam sebab every year aku akan renew azam (matlamat/harapan) aku yg dulu. yang mana tak termakbul (tahun lepas - 2012) WAJIB direnew kembali. tak boleh list disini. kind of private. takut nanti ada yg katakan aku ni seperti menanti bulan jatuh ke riba atau berangan-angan mak jenin, whatsoever lah. apa yg pasti setiap tahun aku mahu diberikan rezeki yg berpanjangan, tubuh badan yg sihat, dipanjangkan umur, kehidupan yg bahagia (kalau boleh nak sempurna ^___^ ) dan masa depan yg sentiasa terang dan cerah buat aku dan keluarga. that's all. 

new year with loves. 
selamat tahun baru daripada kami bertiga
masa ni tengah on the way ambil abah dekat kedai Ah Seong si kawan baik (abah)


Monday, November 26, 2012

51. Skyfall 007 vs Adele


cerita yang agak panjang berderet-deret dan mendayu-dayu. mendodoi mata untuk tidur.



This is the end
Hold your breath and count to ten
Feel the earth move and then
Hear my heart burst again

For this is the end
I've drowned and dreamt this moment
So overdue I owe them
Swept away, I'm stolen

Let the sky fall
When it crumbles
We will stand tall
Face it all together

Let the sky fall
When it crumbles
We will stand tall
Face it all together
At skyfall
Sad skyfall

Skyfall is where we start
A thousand miles and poles apart
Where worlds collide and days are dark
You may have my number, you can take my name
But you'll never have my heart

Let the sky fall (let the sky fall)
When it crumbles (when it crumbles)
We will stand tall (we will stand tall)
Face it all together

Let the sky fall (let the sky fall)
When it crumbles (when it crumbles)
We will stand tall (we will stand tall)
Face it all together
At skyfall

[x2:]
(Let the sky fall
When it crumbles
We will stand tall)

Where you go I go
What you see I see
I know I'd never be me
Without the security
Of your loving arms
Keeping me from harm
Put your hand in my hand
And we'll stand

Let the sky fall (let the sky fall)
When it crumbles (when it crumbles)
We will stand tall (we will stand tall)
Face it all together

Let the sky fall (let the sky fall)
When it crumbles (when it crumbles)
We will stand tall (we will stand tall)
Face it all together
At skyfall

Let the sky fall
We will stand tall
At skyfall
Oh


Saturday, March 17, 2012

#9 darling sisters

hye. 

hujung minggu di bilik sahaja. sangat tak awesome tahu. selalunya akan di rumah mok teh akan tetapi minggu ni telefon tak berdering, takda jemputan fully sponsored by mak teh. ekeke. sponsor je nak tau, berbayar kalau perlu di fikirkan terlebih dahulu. tak mengapa. saya tak sedih walaupun (terpaksa) berhujung minggu di bilik. malah saya bangga kerana mencipta rekod mampu bertahan menyambut weekend bersama roomate(s). alahai kesian. 


bila weekend menjelma, saya rindu my super sistas. walaupun kadang kadang kakak saya tidak menyebelahi saya tapi saya tetap rindukan beliau.ekeke (muntah jingga). si adik seperti lalang. super bodek. pembodek tegar nih. muka je nampak suci dan murni tapi tak boleh harap sangat budak ni. kena pantau kalau tetiba je baik dengan kita. ada la tu yg tak kena, ada la tu yg nak dipinjam (tudung) nak pegi tuition. I can read your mind, adik. :) mereka kerap bertukar personaliti. tak terkecuali aku. kita kena berlakon mengikut situasi. kadang kadang jd pembodek, kadang kadang jadi pendengki, kadang kadang jadi ohhhhh so suweeettt. pui! 


every weekend, di rumah especially kalau kak long cuti, ada je plan dia nak ke sini dan sana. end up, tak pergi mana mana pun beralasankan beberapa perkara berikut:

  • tunggu la, lepas masak
  • petang sangat dah ni. malas la.
  • sayang pulak nak belanja duit ni
  • ishhh, takut abah marah (abah tak bagi keluar)
  • etc.


setiap alasan yg keluar dari mulut dia bila nak cancel rancangan adalah sangat menggeramkan. sangat menyentuh kalbu. mana taknya, saya dah plan baik punya nak beli itu dan ini, nak pawww dia sket, nak pergi situ dan sini.  at last, tak keluar. demmmm! emosi betul masa tu. ATAU kadang kadang saya sendiri yg spoil mood nak keluar. padan muka, dia dan saya. terlalu well plan pun akan merosakkan rancangan. keluar secara mengejut adalah yg terbaik! maksud saya, keluar tanpa perancangan. kalau ada excuse that means TAK AKAN keluar. noted. perangai berubah mengikut situasi. itu yg saya boleh 'cop' kakak sulung saya ni. unpredictable. susah nak kawal. emosi bertukar tukar sesedap hati dan perasaan tanpa mengira orang sekeliling. hamboihh, marah betul saya kalau dia macam tu. buat muka herot, malas nak layan. berperasaan seorang diri la kau kak long. 



ini kembar saya :)

adik, kak ngah & kak long 


baby sister pulak, kejap nak muntah. ekeke. seperti yg disebutkan diatas adalah seperti LALANG yg tumbuh di depan rumah. turut berubah mengikut situasi. kadang kadang berubah tak kena masa tak kena tempat. memang mintak pelempang la dia masa tu. kalau boleh nak luku pala tu, besa dia. tak padan yg paling muda, melawan. paling cool juga adalah beliau. urrrm, kadang kadang la kalau nak compare dengan kakak sulung saya tu (super perasaan la kau adik kalau baca. hihi :p ). sedang melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani dan kini berada di tingkatan LIMA.  yeah. SPM la dia tahun ni. berbekalkan buku latihan yg saya beli menggunakan baucar RM200 bekalan kerajaan, saya berharap (harap sangat) she can perform well in her SPM. semoga dipermudahkan. AminYaRabb. plus, she must put a lot of efforts in order to be the best. kalau boleh, jadi yg lebih baik antara kami berempat. please....hehe :) kami (keluarga) percaya dia mampu buat yg terbaik. 


PERINGATAN:

''hang dah perabih duit mak abah pi tuition sana sini tolonglah perform yg terbaik untuk SPM nanti, okay'',


back to the rail, kalau nak ikutkan kami tidaklah seperti isi dan kuku mahupun kacang dan kulit. kami adalah tidak bersependapat. tidak bersekepala dan tidak bersehaluan. TAPI. tapi kami masih mampu tergelak tertido dan terbenci antara satu sama lain didalam bilik yg sama. berkongsi bilik adalah isu paling besar pernah kami hadapi. nowayyy, tiga orang gadis berkumpul dalam satu bilik yg sama, berkongsi katil yg sama dan berkongsi ruang udara yg sama selama bertahun tahun.  itu lah yg dikata adik beradik. kau ingat kau anak tunggul ke hapa takmo sharing sharing. we are one big happy family who live in a small little house. terima kenyataan yg kita harus berkongsi. urrmmm?? berkongsi bilik. bila ditanya pernah kesah harus berkongsi bilik? jawapan saya; Tidak sama sekali. 

they rock my world! Syukran YaRabb kerana kurniakan mereka sebagai saudara seibu dan sebapa. Kalian, terima kasih yg tak terhingga. salah silap kalian saya maafkan. ekeke :) saya sayang kalian berjuta lemonade! peace.no war. ^^v


Tuesday, June 28, 2011

penang hill

salam.

hari ni adalah hari kekasih. wajib ada dlm seminggu. haha. sebulan tak jumpa pak cik ni. dah macam tu rupanya dia ;) hari Selasa hari cuti bersuka ria bg Mr.Hairi so aku pun ambik cuti jugak la utk berhari kekasih bersama beliau.


destinasi kali ni bertemakan "beauty of nature". sesat tak sesat-lah jgk dgn Garmin Mr.Hairi ni. nak jalan Penang pn mau guna GPS kah? haha. hala tujuan yg pasti, Bukit Bendera! yeay! teringin nak naik cable car kata beliau. hajat beliau tercapai setelah kereta kami selamat parking di kawasan yg hampir dgn pintu pagar besar. kira hampir la jugak even kena berjalan jauh SEDIKIT dlm panas. fyi, rm8 per person ok. not bad.

rupanya ada teman-teman yg menanti.

"owh, patut la teringin sangat", desis hati kecilku.




many tengs Mr.Hairi. :)

Monday, October 18, 2010

hari kekasih

hari bersama kekasih....tengs kekasih. saya suka kekasih saya!

utk meraikan hari kekasih xsemestinya perlu tunggu tanggal 14feb stiap thn. bg aku kalo hari2 bersama kekasih (bermasksud dating) merupakan hari kekasih sudah. jemu atau tidak bersama si dia itu dikira perkara lain. hahaha.