Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Monday, December 14, 2015

Rakan Sebaya

Hi,

Sekarang ni tengah busy attend kenduri kahwin sana sini. Paling WIN sekali ialah kenduri rakan sebaya. So far, lebih dari 6 kenduri rakan sebaya dah pergi tahun ni.

:)

okbai. T_T

Saturday, August 1, 2015

Kakak Sulung OFF-Market

Assalamualaikum.

Tak lama lagi kakak sulung kite dah nak off-market. Takda la feeling nak nangis-nangis ke apa sebab kite tahu lepas nikah nanti dia masih menghuni rumah ni bersama yang lain seperti sedia kala. Cuma, excited nak kenduri dan jumpa saudara-mara, rakan taulan tu ada la 50%. Another 50%, hilang lari kemana entah lah. Nanti kite cari.

Tempoh bertunang tak lama, 3 bulan. Bertunang, 1 Mei 2015, Nikah, 7 Ogos 2015 dan kenduri kendara, 8 Ogos 2015. Kalau kenduri ni biasalah, sibuknya makcik-makcik kite ni. Tak menang tangan nak buat kerja. Kite tolong sikit je la. Dah terbiasa dengan sikap PEMALAS ni memang macam ni la selamanya. Bukan apa, kite ada 9 orang makcik saudara nak bertungkus-lumus kat dapur tu dan seorang SUPER EMAK of course. Dapur mak kite tu dah la kecik cinonet je haa, mana muat nak tampung sembilan orang makcik dan seorang Suraya. Barang-barang bersepah sana sini lagi kena kira jugak. Terima kasih makcik-makcik saudara kite yang banyak membantu dalam menjayakan majlis kakak sulung kite ni. Muahciked!

Majlis berjalan lancar dan sempurna macam majlis orang kahwin yang lain. Cuma petang tu hujan lebat sikit. 





One Happy Father.


One Happy Mother, Niece and my Mak Tam back there. 


One BIG Family.

my fellow friends


Ada banyakkkkk lagi gambaq nak up. Sendiri tengok la dekat folder dalam laptop ni.

BTW, photographer kita ambil Arip. Harga yang berpatutan PLUS dia kawan kita since high school. Esok lusa kita kahwin pun kita bakal ambil servis dia jugak. InsyaAllah.

till then.


bye.

Monday, April 1, 2013

Little Princess

Hi. Assalamualaikum.

Too cute to resist

Amboi, alangkah bahagianya terasa kalau baby diatas adalah kepunyaan saya. Hakikatnya tak mungkin. Kahwin pun belum. Kepunyaan saya belum tahu bila tapi InsyaAllah ada la nanti kalau dah kahwin. HIHI super cute baby ni nama dia Nur Qaireen Aleesya. Anak kepada sepupu saya. Sebaya. Sama umur. Dah kahwin (of course). Dah jadi abah. Dah jangan mention apa-apa lagi. Itu rezeki dia :)

Tahniah Amir & Nabilah. 

Amir ni sepupu yang sebaya. Kami ada empat orang semuanya yang sebaya (dan sama tinggi KAHKAH) ; Amir, saya, Bukhori & Apit (mengikut turutan kelahiran). Cuma saya seorang sahaja perempuan. teheee :) Kami ni kawan sepermainan kalau balik kampung. Bila dah besar tak bertegur sapa. Mana taknya, jarang jumpa. Kekangan masa. Dewasa ni mana lagi reti nak main nyorok-nyorok atau polis-pencuri lagi dah. Kalau EXPLORACE kami hebat! HAHA~~~ Luckily, cuma Amir seorang sahaja yang dah berjaya tamatkan zaman bujang beliau tahun lepas. Jadi, lahirlah Qaireen sebagai penyeri hidup mereka. Tahniah (again).

Kenyataan:
  • Amir cucu pertama yang tamatkan zaman bujang sebelah Tommy.
  • Qaireen cucu dan cicit pertama sebelah Tommy.


Past two days, ada majlis cukur jambul dekat rumah Pak Chaq (abah Amir), walhal Qaireen takda jambul pun, rambut halusssss je. Geram tengok. Sebaik takda yg main tarik-tarik. 

Ini masa acara "belah/bukak mulut". Sunnah Nabi SAW. Ada air zam-zam, ada buah kurma. Pemanis mulut buat Little Qaireen. 

Masa untuk cukur jambul. Mak cik tu cukur rambut Qiareen kasi licin. Kata Mak cik tu, memang selalunya orang akan cukur bagi habis. MAksud Mak cik tu, botakkan terus. Sesetengah baby rambut dia akan cepat tumbuh semula, ada sesetengah ambik masa nak tumbuh lebat balik. Bergantung. Satu lagi petua/tips yang aku dengar dari emak, lidah baby yang selalu menunjuk ke lelangit bermaksud baby tu sihat. Masa tu emak bagi contoh lidah Qaireen (ke lelangit), bermakna Qaireen SIHAT! Yay!

Tengok la jari Qaireen tu...amboi panjang nauuuu. COMEL.

Tadaaa!
Qaireen setelah dilicinkan kepalanya.
Level of cuteness tetap maintain.
120%

Super "CIWI" Aunties
Kemain gembira ada new member in Tommy


Yang hero ni "Cu Bie"
Semua orang dok panggil "Bebi", anak buah 'terpaksa' la panggi Cu Bie jugak untuk
kekalkan keaslian dan kemanisan tu 
HAHA 


Ini baby lain, Alanna Kayla Imani.
Super gorgeous name.
Baby Alanna ni bambam.
Paha dia tu rasa macam nak gigit lepas tu kunyah-kunyah. (Wrong Turn).

So, adik-adik lepas ni kita akan ada baby Qaireen yg akan digomol dan dikendong dan di cium puas-puas. 

Till we meet again Little Qaireen.

bye.

Monday, December 13, 2010

wedding

salam.

hari ni terasa mcm nak makan nasi kenduri-lah! dgn secara tiba-tiba terjeling kad jemputan warna keemasan bertarikh 13 dec 2010 kt atas meja sebelah tv. weyh...walimatul-urus ni. wajib kita penuhi! actually hari ni wedding kakak ainul, Kak Wa. tempat kejadian, Bukit selambau. lokasi yg agak challenging. kenapa ckp mcm tu? tanya si driver-lah! jalan yg kurang memuaskan membuatkan si driver melatah masuk ke lopak-lopak yg kelihatan dgn mata kasar sebenarnya tapi sukar dielakkan. memandu dgn keadaan begini memerlukan kesabaran yg tinggi. mcm2 badai yg di tempuhi tp si driver masih bertahan. serius wa tabik sama lu la driver! hujan disini sana. ikut awan yg kandung air. mana ada awan hitam maka disitu-lah adanya hujan. hujan sekejap. cerah sekejap. begitu-lah kuasa Yang Maha Esa. kita sebagai umat-Nya wajib terima segala ketentuan.

hey!

dugaan & cabaran hanya selingan. on the other side, kami gumbira tahu! lama tak jumpa kawan lama. chit-chat-chit-chat sampai lupa daratan. no wonder-lah si driver terjun lopak. selamat sampai lokasi tapi hujan masih membasahi Bukit Selambau. payung kan ada. tapi payung meragam-lah! tuan bukak payung je yg tahu mcm mn perasaan first time buka payung yg beliau gunakan. ha-ha-ha. boleh baca SINI dan SINI juga.

wedding tersebut sgt happening! dgn DJ yg meriuhkan lg suasana yg sedia riuh rendah & tak kurang hebatnya hujan yg turun mencurah-curah. makan nasi panas-panas time macam ni memang heaven-lah! jumpa kawan, lupa surrounding! hey! kawan masa SPM tau, mana boleh lepas peluang bertukar cerita & bertanya khabar!

selebihnya belek yg ni.....


si pembuka payung & si driver



anak tuan kenduri


-the end-

Saturday, October 16, 2010

kenduri kesyukuran

haaip...sampai je sungai petani bergegas pegi umah pak ngah pulak.tujuan asal xdiketahui...bila abah bercerita panjang lebar dlm kereta baru aku paham. kenduri doa selamat rupanya...tok aku mahu ke makkah! alhamdulillah...sampai jgk seru dia nk ke sana. aku sentiasa doakan yg terbaik buat tok aku...semoga dia sentiasa sehat dan dipanjangkan umur. amin ya Rabb...




mia maisara




Sunday, June 6, 2010

kenduri kendara

nasi minyak+ayam masak merah+daging masak hitam+acar timun nenas+ulam-ulaman+ayaq sirap+ayaq oren

=

batuk+sakit tekak
:(

Saturday, May 1, 2010

lagha

sehari telah dibazirkan dgn melepak tgk tv kt umah...cerita??cita tamil kt tv2...agk bes la tp bla dtg bab nyanyi2 ni tlinga aku failed! xbleh ngadap benda nih...hahaha...hancus! bkn atas dasar minat aku tonton cita ni tp terpaksa! kakak aku ni mang fanatik ngn cita tamil...mlm2 layan astro tgk cita tamil smpai ke pagi...ada jgk manusia cm kakak aku tu...aku harap boipren dia bkn la dtg dr kalangan mereka2 ni...mintak simpang ya Tuhan....amin...(hehehe) :)


around 12.30 y mom plak...sengaja nk guna masa aku utk teman dia g kunduri kt umah sedara aku kt taman sebelah...oleh sebab aku ni anak mithali dan antara yg menjadi kesayangan maka tanpa protes ku turuti permintaan dan ajakan mummy aku td..ya mummy...mari.......:)) bersiap ala kadaq bersesuaian dgn tema ku gagahi langkahku ke kereta...tb2...ada suara manusia yg ku kenali terjerit2 nk ikut sm! my sis! satu hal masa aku terbuang dgn tunggu minah ni bersiap...dahi dh berpeluh2 nih...pantang tok nenek aku menunggu org! aku xsuka!!



selesai bab kenduri...dlm otak skang nih nk tuju ke bilik dan study saja tppp.....sekali lg aku diajak menjadi teman merangkap driver kakak aku ke mall. nk cari kasut katanya! bab berjalan makan angin dan berfoya2 mmg mnjadi kegemaran aku sejak azali maka tnpa segan silu aku xmenolak ajakan kakak aku td...smbil tersengeh gumbira, sekali lg aku bersiap ala kadar bersesuai dgn event(berfoya-foya)...hahaha...senja br reti nk balik(my mom yg ckp)...kami senyum tak bersalah dan lari masuk umah...nasib my dad xbg ceramah...tq daddy! hehehe:)

lagha lagha...hari sabtu aku dah terbuang tanpa study! adoi...Tuhan tolong la jgn bg aku malas! aku xmo masa aku terbuang...my mom ckp kena pandai urus masa tp aku ni mang pndai urus masa pon! pndai sgt urus masa nk kuar berjalan dan berfoya...lagi 1 nk berdating..hahaha...itu memang cekap!