Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

"Hidup Segan Mati Tak Mahu"

Assalamualaikum.

Dah taip baik punya 2 perenggan lepas tu terdelete -__-' dah takda idea nak taip pun haa

Baiklah, lupakan. Dah lama sebenarnya tak bukak blog ni. Cuba nak menaip semula tapi tak nak la mula dengan ayat tipikal seperti;

"Huaaa.....dah bersawang rupanya blog aku ni!".

Sgt tipikal la. So Malaysian HA HA HA :)

Tiada sebarang penekanan dalam entri ini. Sekadar menghidupkan semula blog yg "hidup segan tapi mati tak mahu" ini sahaja HEHEHE

OK bye

Tuesday, January 15, 2013

Teach and Learn




A good TEACHER is like a CANDLE-
it consumes itself to light the way for others

A good teacher never screams at his/her students, even if their behaviour is not adequate
A good teacher always have to find solution to make the students to be interested in study



Tuesday, January 1, 2013

another new year - 2013

Hi.

Selamat Tahun Baru - 2013. setiap kali tahun baru takda benda special yg nak dibuat, akan dibuat ataupun telah dibuat. bagi aku (keluarga) tahun baru is tahun baru SAHAJA. tak sibuk dengan azam sebab every year aku akan renew azam (matlamat/harapan) aku yg dulu. yang mana tak termakbul (tahun lepas - 2012) WAJIB direnew kembali. tak boleh list disini. kind of private. takut nanti ada yg katakan aku ni seperti menanti bulan jatuh ke riba atau berangan-angan mak jenin, whatsoever lah. apa yg pasti setiap tahun aku mahu diberikan rezeki yg berpanjangan, tubuh badan yg sihat, dipanjangkan umur, kehidupan yg bahagia (kalau boleh nak sempurna ^___^ ) dan masa depan yg sentiasa terang dan cerah buat aku dan keluarga. that's all. 

new year with loves. 
selamat tahun baru daripada kami bertiga
masa ni tengah on the way ambil abah dekat kedai Ah Seong si kawan baik (abah)


Thursday, December 20, 2012

hijau zamrud vs shocking pink versi koleksi baju kurung tahun depan

Hi!

last entri aku dah terbengang secara mengejut. maafkan saya...kali ni tak bengang dah. rasa macam nk discuss baju kurung koleksi tahun depan. buat koleksi semakkan almari lagi. lepas tu emak bising bila semua orang nak share almari dgn emak. nak gantung baju kurung semua orang. almari emak dah jadi almari semua orang. almari kita semua. normal.

baju kurung tahun 2008-2010 dah sedekah. mana yang muat still akan pakai. yang dah tak muat simpan dalam kotak buat kenangan (kot). yang tak pakai lagi, selalunya yang tak berkenan la, akan tergantung megah dalam lemari/gobok. simpan buat anak cucu rasanya. kami adik beradik tak ikut trend baju kurung sangat. so lembab. hanya selesa dengan kurung moden. tak pun kurung pahang. itu je yang selesa. peplum bagai kami tak reti. hew. maafkan saya...

hari tu ada TERBELI kain kosong. emerald green. orang cakap nak buat bendera PAS. sumpah tak! mengada-adakan cerita je semua orang tu. bila dah orang mengada-adakan cerita tak benar tu terus semua orang yang lain reject. baiklah. aku teruskan dengan niat aku (bukan nak buat bendera pas, okay) untuk buat baju kurung. daripada sembilan terus aku jadi foreveralone. no hal. aku berdiri atas kaki aku sendiri so aku akan terus melangkah dan teruskan niat aku tadi (bukan nak buat bendera pas, okay). niat aku nak tambah koleksi baju kurung tahun depan. itu je. pheww...


ini la warna bendera PAS tu. so pas eh? AAK?

inspired by Rizalman Ibrahim
iolls sangat in-love with the middle one. mungkin faktor warna. sebenarnya ketiga-tiga diatas adalah superb dan marvellous. iolls nak kurung moden with lace. so sweet. (ptuih)

kalau makcik tailor-swift tak approve design Rizalman yang kat atas tu, which is dalam kata lain beliau tak reti nak buat or tahap konfiden beliau MERAH maka aku nak suggest ke beliau design diatas. kain tu yg penting. simple yet elegant, kan? masuk bakul, angkat sendirik. baiklah -___-" cuma lace tu tak nak letak kat bahu, pakai tudung tak nampak, kan? nak letak dekat kaki baju dan hujung lengan. boleh bayangkan tak? sila bayangkan. ahh puhlisss...imaginasi.


baju kurung Modern Splash dari HijrahCouture yg FatinLiyana pakai ni super cute! tapi aku tak minat reben syomel kat belakang tu. cuma nak lengan baju yg lansing tu je. with zip, katanya! request lebih-lebih ni kang agak-agak makcik tu nak bagi high-five dak kat aku? sebelum hantar, aku nak list down perkara penting. hantar kat tailor-swift lepas tu tinggal note dalam beg. biar mak cik tu baca sensorang. lepas tu dia tak buat baju aku sebab banyak songeh sangat. lepas tu padan muka aku yang banyak songeh ni tak dak baju idaman (lah sangat)  -____-' bukan idaman sangat pun.

kalau semua pun tak boleh...macam ni boleh? soooooo RozitaCheWan HIHI ^___^

contoh lace yang aku dah tinjau kat facebook. so far aku hanya tengok dekat Si Chantek Border Lace  je. terus aku terpengaruh. dah tak google cari yang lain. terbekenan yang ni je sampai saat dan ketika ini.

antara idea yang nak bagi kat mak cik tailor-swift nanti. print dan letak dalam beg (masih dgn idea tadi) HAHA tak nak sarat dengan bunga. cukup dengan lace dan sedikit manik. banyak songeh sangat, kan? besok dia suruh aku jahit sendirik. baiklah.

Royal Blue
simple kan? cantik.

oh ya! shocking pink yg aku dok canangkan tu sebenaqnya padanan tudung. emerald green with shocking pink. so blocking! itu namaya Persetujuan Sembilan Orang. tudung siap tempah. either syria or bawal biasa. keduanya boleh diterima dan pakai ikut keselesaan. 

tunggu next year je la baju tu nak siap. entah diterima entah tidak. mungkin tailor-swift tengah busy buat baju sekolah budak. hew.

Friday, October 5, 2012

45. Hari Binatang Sedunia / World Animal Day

let's celebrate your love for animals

hari binatang sedunia jatuh pada 4 oktober setiap tahun. tahu ni pun dari Hot FM dan daripada pak ngah yg datang rumah pagi tadi. sebelum ni tak pernah ambil tahu pun tarikh-tarikh keramat macam ni sbb tak peduli pun pasal haiwan disekeliling. sibuk jaga diri sendiri maka aku tak mahu bela haiwan buat beban tambahan. takda masa nak jaga/tengok sebenarnya (busy kalah businesswoman). so far, pernah bela arnab, kucing dan yg terkini dan terbaru, kuya-kuya *rasa nak pang je dgn pelat gedik kau nih (kura-kura). kenapa bela kuya-kuya?  jawapannya, sebab MUDAH diberi makan. kalau kau skip lunch dia pun dia tak bunyi 'lapar...lapar' atau tak akan seret/bergayut di kaki kau. senang, kan?  jawapannya, YA! senangnya bela kuya-kuya! 


kuya-kuya ni tak susah pun nak bela dia (mereka). kau belikan dia rumah ala kadar, muat-muat badan dia nak membesar pun dah cukup. Alhamdulillah kata dia (kuya-kuya)kalau dia membesar/berkembang sihat kau belikan la dia banglo eh biar bersesuaian dengan saiz dia. jangan kang terbantut pulak tumbesaran kuya-kuya tu. budget tak banyak pun. agak tak mampu nak beli, kau ambil bekas/besen tak guna apak kau, kau bela la berapa ekor kuya-kuya yg kau nak dan mampu. 


ada orang cakap, "semak ah bela kuya-kuya, dah la hodoh. entah apa-apa pulak''. engkau nih kesah sgt eh kalau aku nak bela kuya-kuya pun. kalau kau jenis suka haiwann berbulu gebu serata (penuh) badan, silakan. ikut taste dan kemampuan kau nak bela. kemampuan maksud aku bukan dari segi kewangan tp dari segi masa kau nak membelek dia, nak feed dia, nak spent time dengan dia atau sebagainya. manusia yg busy dan pentingkan kerja atau pergi kerja pagi, petang balik terbongkang, kau tak sesuai la kot nak bela haiwan yg perlukan perhatian ni. contohnya macam kucing parsi ke, sugar glider ke etc


lain pulak dengan kuya-kuya aku ni. tak perlukan perhatian sangat. kan dah cakap trademark tadi, senang bela, senang jaga. aku beli dengan pasangan tapi dia tetap nak jadi FOREVER ALONE. mana boleh tolak fitrah berpasangan yer dak? aku kasi dia anak/kawan (beli sepasang) tp dia gigit! kesian! dasar tak boleh jadi good parent langsung! akhirnya mati anak-anak beliau tersebut. sobbbsss T.T yg penting kat sini, kuya-kuya senang bela. takda plak kuya-kuya aku ni berjalan serata ceruk rumah dok buat onar (sepahkan). tak mampu agaknya dia nak jalan dengan kelajuaan tak sampai 12inch/min, dah la pemalu, penakut pun YA. mn mampu nak jalan jejauh, buat letih je. yg dia tahu dan cekap, sorok je. dasar PEMALU.


kalau aku rajin (kalau), every weekend aku lepaskan dia berlari kat belakang rumah. suruh dia tengok alam. kesian pulak 24/7 duduk dalam bekas biru dia tu. bagi tengok alam la pulak. aku tak payah susah-susah nak ikat leher bawak dia jalan-jalan keliling taman pun, lepaskan kat belakang rumah ni pun dah cukup. dia sendiri yg tak cukup kaki nak ngukur tanah. nampak tak kesenangan membela kuya-kuya? apa? tak challenging langsung? ada aku kesah ke kau? takda isu challenging atau tak selagi tak membebankan aku.  walaupun tak comel, kadang-kadang kalau tengok dia boleh release tension/stress. 

kononnya macam tension sangat duduk rumah bela badan. stress!


walaupun tak handsome tapi beliau bersih dan jinak! kewkew
(5 bulan terdahulu)

nama diberi, 'no name'. Mr.H pelik dengar nama tu. aku tak explain panjang, memilih untuk diam atau kelak aku akan digelakkan dia lagi. KAHKAH habis takda idea aku letak jugak nama tu sebab nak daftar surat beranak (mengarut teruk) cecepat


selain bela kuya-kuya hidup, aku jugak bela kuya-kuya mati. nak tahu? yang itu lagi senang nak dibela dan dijaga. sepanjang hari duduk di katil. statik! good character. NICE! 
sekali angkut tiga! cakap tadi senang nak bela, kan? 

sekian saja kisah kuya-kuya aku yang senang dibela.

kat sini aku senaraikan antara haiwan-haiwan favorite yg aku geli, takut dan tak mahu LIHAT (berhampiran aku) mahupun BELA (memang takda la orang nak bela):

  • ular
  • cicak
  • biawak
  • tikus
  • katak
ular paling geli dan takut, tikus dan segala jenis haiwan yg bertubuh/berbadan seperti cicak! eeww! geli sampai ke tengkuk noks!

apa pun, wish selamat hari binatang sedunia aku tetap untuk haiwan-haiwan favorite yg diatas juga, semoga kalian tidak menjadi nightmare buat aku. satu saja pesanan aku buat kalian, sila jauhkan diri kalian daripada aku atau aku akan sumpah kalian 7 keturunan susah nak berak!

tak lupa juga ucapan selamat hari binatang buat binatang-binatang dibelakang rumah aku, diatas langit yg sedang terbang bebas, diatas bumi yg sedang berlari pantas, didalam laut yg sedang berenang gembira, diatas pokok mahupun didalam pokok, selamat hari peringatan buat kalian. semoga comel-comel dan sihat-sihat belako


kbai.
peace.no.war :)

Saturday, September 29, 2012

42. bajet 2013

bertemakan 'Memakmur Negara Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati', katanya menepati harapan dan memberi manfaat secara menyeluruh kepada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan muda.

TERUJA!
golongan muda adalah antara golongan yg paling banyak dapat benefits daripada Bajet 2013 yg Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bentangkan semalam. antaranya, Bantuan Rakyat 1Malaysia, Pakej Komunikasi Belia dan Baucar Buku 1Malaysia. aku dah takdanya nak dapat Baucar Buku lagi dah. sobbbss T.T

BAJET 2013
RM251.6b
RM201.9 billion (operation/menguruskan)
RM49.7 billion (development/pembangungan)

summary: 
*tak lengkap harap mak long* 

BR1M 2.0
  • RM500 untuk setiap ketua isi rumah bergaji RM3,000 dan ke bawah
  • RM250 seorang bagi individu bujang 21 tahun ke atas bergaji tidak lebih RM2000 *ada chance la kot. ngessngess :) 

BONUS
satu setengah bulan gaji kakitangan awam
  • setengah bulan dibayar Aidilfitri lalu
  • setengah bulan pada Disember
  • setengah bulan pada Januari
pesara terima RM500


RM100
  • bantuan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah


REBAT RM200 TELEFON PINTAR 3G
  • bagi belia 21-30 tahun bergaji RM3,000 ke bawah menerusi Pakej Komunikasi Belia *hat ni irrelevant bg aku, manjakan sgt sampai phone pun mahu rebat? entah la


PELEPASAN CUKAI
  • daripada RM4,000 kepada RM6,000 bagi pendidikan tinggi anak-anak
  • daripada RM3,000 kepada RM6,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional


PTPTN
  • diskaun 10 - 20 % bagi bayaran balik *sempat ke nak kumpul puluh ribu nak bayar lump sum tu hoiii


BAUCAR BUKU MAHASISWA
  • naik daripada RM200 kepada RM250 *dah tak dapat nak merasa baucar buku yg dah tambah RM50 nihh :'( 

PESARA KERAJAAN
  • pencen minimum yang berkhidmat 25 tahun ke atas naik kepada RM820 berbanding RM720


TENTERA
  • 125,708 pegawai dan anggota dapat insentif khas RM200 sebulan mulai 1 Januari 2013
  • 224,000 bekas tentera yang  bersara awal, berkhidmat kurang 21 tahun dan tidak berpencen dapat RM1,000


INSENTIF NELAYAN
  • elaun bantuan sara hidup RM200 sebulan, perlindungan insurans RM100,000
PM berbaju Melayu Jade Green *handsome*
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

banyak lagi sebenarnya tp ini antara bajet yang aku baca kt Utusan tadi. ngess ngess



peace.no.war :)

Tuesday, April 10, 2012

#15 who are you

You were born to be real,
not to be perfect


You are here to be you,
not to be someone else.

Thursday, March 29, 2012

#11 random

hye

minggu lepas baru je balik Kedah. memang tak cukup lah hanya dua hari je. ishh, cuti panjang belum tentu boleh balik. friend of mind said to me "kurangkanlah balik kedah. lepas ni memang dah nak stay kedah. kita dah tak jumpa lagi. spend time with us jomm,". friends, tak semudah kata-kata nah.

tadi baru je ter'influence' dengan seorang makhluk Allah yg ajak aku balik Kedah. cepat-cepat aku sedar sebelum terpengaruh dengan lebih mendalam. takut  tak dapat kawal diri. thanks but no thanks la kawan, kerja yg dok beratoq mintak siap tu berceretet. tak menang tangan tahu. kirim salam kat Kedah je la. cakap nanti nanti ada masa aku balik HAHA

currently, busy siapkan report for both research and practical. chaiiyokkk~~

mood:

  • tak rasa nak balik rumah
  • siapkan kerja tanpa tangguh
  • makan kenyang
  • tidur nyenyak
  • rindu mereka(tetiba) sobsssobsss :'(

Saturday, February 18, 2012

#1 nota ringkas awal 2012

assalamualaikum...

jari diregangkan supaya takda yg tertaipo nanti.maklum la last entry adalah bertarikhkan tahun lepas. kedengaran jauh ketinggalan. kemungkinan untuk tidak berjaya menghabiskan entry ini adalah berperatusan 50-50. alasan untuk tidak terus berblogging dan tidak berjaya melahirkan satu entry pada awal bulan lalu adalah bersebabkan MALAS. atau lebih jujur broadband tak bayar, wifi terlupa password. HEHE

untuk pengetahuan, sekarang ni saya tengah sibuk ber'praktikal' disebuah institusi kerajaan. KASTAM DIRAJA MALAYSIA bahagian Sungai Petani. lokasi yang tersangat la strategik. berhampiran rumah. tak sampai LIMA minit dah sampai. untuk pertama kali melangkah kaki masuk ke bangunan serba putih jingga ni tanggapan negatif sahaja di minda. mahu saja dijauhi tanggapan serong tersebut tapi tak boleh sebab itu saja yg senantiasa di minda. akibat daripada cemuhan dan kata-kata serong yg dilemparkan teman seperjuangan, saya jadi goyah untuk berperasaan yang baik-baik terhadap institusi ini.


ternyata tanggapan yg disangka NEGATIVE itu hanyalah TANGGAPAN semata-mata. berdiri di situ hanya sebagai sebahagian daripada perkara normal yg berlaku pada mereka yang tidak tahu duduk  perkara sebenar. dalam masa tiga hari tanggapan yang pada mulanya NEGATIVE itu kini bertukar POSITIVE apabila diri mula dapat disesuaikan dengan persekitaran dan pegawai di sana. Alhamdulillah. mohon mana-mana atau siapa-siapa yg beranggapan bahawa institusi kerajaan ini hanyalah duduk bergoyang kaki segera dikikis tanggapan anda itu. duduk goyang kakinya mereka ini hanyalah bilamana kerja tidak bergolek pada mereka (sesungguhnya memang kurang kerja pun di jabatan ni). duduk goyang kaki mereka pun nak buat macam mana tuah mereka sangkut di jabatan kerajaan. gaji tiap-tiap bulan masuk ke akaun mereka bukannya kita. kita ni apalah nasib...masih ber'praktikal' lagi. 


berjaya berkenalan dengan beberapa orang pelajar praktikum yang lain. berseronok dengan mereka. bersedih dengan mereka. LIMA orang manusia di pengurusan sudah berjaya menggamatkan bilik pengurusan & menggamit kenangan.


sekadar hiasan dinding






Saturday, August 27, 2011

my name is RAIN

pengajaran: sediakan payung SEBELUM hujan. bukannya sesudah.


Thursday, August 25, 2011

Pada Suatu Pagi Hari

maka pada suatu pagi hari
dia ingin sekali menangis sambil berjalan tunduk sepanjang lorong itu.
dia ingin pagi itu hujan turun rintik-rintik
dan lorong sepi agar dia bisa berjalan sendiri saja
sambil menangis
dan tak ada orang yg bertanya kenapa.


dia tidak ingin menjerit-jerit
berteriak-teriak
mengamuk memecah cermin,
membakar tempat tidur.
dia hanya ingin menangis lirih saja
sambil berjalan sendiri dalam hujan rintik-rintik
di lorong sepi pada suatu pagi.

1973,

ah, hujannnn....rintiknya menggema rindu

Thursday, June 2, 2011

panas kuasa dua

salam

hari ni hujan tak?

hujan tak karang?

bila nak hujan ek?

persoalan ini bukannya datang dari tuan empunya belog tapi datangnya dari tuan katil sebelah. lately hujan lokek nak menitis atas bumi. lokek nak sharing together with us. setiap hari berpeluh teruk serupa marathon 1 UiTM. setiap kali peluh nak kena mandi memang panau-lah satu badan haku. kok yer pn nk hygienic sgt biar la bertempat yer dak? dengan construction dekat-dekat dengan toilet memang terhad la masa nak ke toilet. nak ambil wudhuk pun pakai baju lengkap siap tutup kepala bagai macam nak pergi kelas pun ada. apa kes nih? rasa macam diperhatikan setiap kali kaki ni melangkah masuk ke toilet pun ada. haish. macam terancam pulak. ngeng!

actually bukan dia sorang je rasa bahang, bukan aku sorang je rasa bahang panas nak gila nih, I bet everybody feel the same. biasa-lah bumi makin tua. hutan makin botak. tanah byk yg dh runtuh. macam tadak alasan lain dah. full stop. panas panas panas...semua orang bising. pergi sini orang cakap panas, pergi sana pun dok mengadu panas berpeluh basah baju busuk badan. semuanya ada. nah! bila hujan. bila dah sejuk. bila dah nyaman rasa macam tanak bangun solat Subuh pulak. bila dah susah nak pergi kelas sebab payung tak bawak tetiba komen jadi lain pulak. antaranya...

''alamak, hujan pulak. cmna nak basuh baju kalau hujan ni??"

"hujan??? cmna nak pergi kelas?payung tinggal kat kampung la."

"haish, hujan ni basah la baju kurung mahal aku nih"

"hujan ke? malas ah nak pergi kelas", tarik kain selimut satu badan sambung tidur sampai ptg

macam mana manusia ni? bila dah dapat apa yg diidamkan mulut tu ringan je nak merungut ada yang tak kena sana dan sini. tak puas hati bagai nak bertumbuk. tarik muka macam nak bermusuh. pelik. serius pelik. chup! aku tak nafikan aku pun kadang-kadang termasuk dalam kategori tu jugak, takpa la aku pun sedang menjadikan diri sendiri contoh sebab tu aku berani berkata-kata. no one is perfect. ada jugak terkurang sana sini baik aku mahupun kamu. sorry la jangan la nak claim kau tu perfect ok. nak aku ulang sekali lagi ke statement kat atas tu kasi terang lagi bersuluh? friend, no one is perfect.

back tu PANAS tadi. rasa rindu pulak nak masuk bilik kotak lagi dingin mak aku kat rumah tu, tarik selimut dan tidur sampai petang. I mean dari tengah hari sampai petang lah bukan dari malam sampai petang esoknya ok. bilik aku, kakLong & adik memang la dingin tapi ada law so haku tak suka! law abiding siblings. harap-harap nanti masa aku dah balik kakLong dah boleh consider dengan cuaca yg tak menentu ni. harap sangat. harap sangat. harap sangat kakLong baca.hahaha ^^

sangat berharap cuaca makin pulih. not too hot but glad if cold all the time. InsyaAllah. sentiasa berdoa. Amin.

Thursday, February 17, 2011

senyum sampai telinga

salam.

berehat utk beberapa hari dari menulis is like....hurmmm...something is not complete. menulis dan mencoret utk merapu dan merepek in this blog is my habit. hobikku! Hiwayati (dlm bhsa asing-Arab). berehat dari menulis di alam maya tak bermakna berehat dari melakukan kerja lain di dunia realiti. tidak sama sekali! hari yg...hurmm...panas! bosan! mengantuk (zzZZzz)! tidur mlm yg tak cukup disebabkan ber'qiyamullail' bersama sahabat adalah satu kenangan! kenangan yg mana sukar diceritakan dgn kata-kata.

Terima kasih, sahabat!

untuk tidur yang tak cukup! tidur pukul enam pagi dan tersedar semula jam10.30 pagi. sgt impressive! kononnya. hahaha.

itu cerita dah basi. cerita semalam punya. hari ni punya cerita lain sikit. cerita 'orang yg berjimat, pandai membeli'. siapa kat sini yg tak bijak membeli bila dekat tgn dh berkepuk(hiperbola) duit yer dak? alah membeli, menang memakai. dah tahu beli mesti tahu memakai. style aku adalah membeli utk kepuasan diri tapi factor kewanngan harus diamek kira! penting. lebih kurang macam kedekut nak keluar duit tp nak jgk benda tu! sgt berkehendakkan!

td aku berhabis tak sampai RM20 utk beberapa barang chumel yg menarik perhatian aku. sgt berpuas hati. tatkala si penjual mempamerkan barang-barang jualannya, ada aura yg menarik aku utk terus melekat dan dekat dengan gerai tu. ada beberapa barang yg menggoncang nafsu aku utk membeli. masa tu duit dekat tgn ada la dlm Rm20++. sayang nak guna. sayang nak habiskan. tapi nak! nak! nak sgt! nak nak pulak ada mugs kat situ! owh...as a mug collector, nafsu utk membeli mug adalah sama dengan nafsu utk membeli makanan! makanya tadi dengan tidak 'sengaja' (pangkah perkataan 'tidak') aku telah terbeli (pangkah perkataan 'ter') sebiji mug yg sgt chumel! tak terkecuali telah terbeli beberapa cute magnets. berjaya memujuk si penjual utk kurangkan price. kalau tak bagi saya cabut je. malas nak beli. hmmmm...konon je. taktik membeli. buat-buat tanak.


dengan tak rasa bersalah telah berjaya habiskan Rm20!

hahaha.

haku suka! haku puas hati!

si penjimat dah pandai membeli sekarang ni. I still remember, one of my friends had told me that,

'if you want it(badly), just buy! just ignore the price! just buy and walk away with a smile on your face',

maka dengan itu haku 'ter'senyum sampai ke telinga. kesimpulannya, haku suka dan haku beli.


3bijik magnet je yg berjaya aku grab

antara barang yg berjaya habiskan duit aku

i like most!

Sunday, February 13, 2011

kebersihan diri tanggungawab sendiri

salam.

rasanya tak senang duduk kalau tak buat kerja. rasanya tak boleh tak, kalau tak buat kerja. maka, aku on lappy dah meninjau persekitaran blog haku yg dah lama aku biar buruk rupanya. edit mana yg patut supaya kelihatan kemas dan TIDAK padat. rasanya letak benda-benda yg penting sudah memadai. sambil berblogging haku terdengar kawan sebelah bercakap dan argue pasal kebersihan diri.

mandi malas macam mana badan tak busuk?

rambut bebau angkara tak syampoo.

badan gatal sbb pakai baju semalam.


tak pun mandi tak sabun. secara betul.


kuku panjang, kotor pula tu.

dan sewaktu dengannya. byk benda yg mereka kritik. haku dengar je dari jauh tanpa sebarang komen. sambil tu pandang-pandang jugak si diri yg mengomen (comment) tu kalau-kalau apa yg diorang komen ada pada diri sendiri. sempurna. mereka bebas dari semua perkara diatas. Alhamdulillah. antara perkara yg menarik minat aku utk turut sama mengkritik (cuma di blog) ialah mengenai kuku panjang.

apa faedahnya berkuku panjang? trend? fashion? atau sekadar suka-suka. hobi di masa lapang. bagi yg bukan Islam tu terserah mereka la mahu berkuku panjang atau sebaliknya. tapi bagi kita yg Islam rasanya kita tahu apa hukum berkuku panjang. menyimpan sebatang jari kuku yg panjang dosanya sama dgn memelihara sekandang babi! MasyaAllah. itu baru satu jari. kalau kesemua jarinya berkuku panjang macam mana? bayangkanlah dosa yg perlu ditanggung.

kalau boleh jangan simpan kuku panjang walaupun sepanjang/sependek 1milimeter. walaupun utk jari kelinking. bagi orang Islam seperti kita, adalah tidak sesuai berkuku panjang atas alasan apa sekalipun. itu bukan budaya kita!

dikatakan bahawa, orang Melayu yg berkuku panjang biasanya mempunyai anak yg B**** atau degil, suka melepak etc sbb diberikan makan bahan yg kotor yg berada di kuku jari ibunya semasa menyediakan makanan. contohnya, memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepung etc. apa ilmu yg diajar pasti tidak akan boleh diterima masuk ke dlm kepala. terserah anda utk percaya atau tidak kebenaran ini.

ini BUKAN kuku haku!

contoh yg aku baca dr sebuah blog pasal tabiat berkuku panjang

"tabiat berkuku panjang inilah yg membuatkan orang melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yg bankrupt dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja Melayu dan pemilik Melayu yg berkuku panjang"
(my Terengganu; Dosaku, 2011)

ianya tidak melambangkan kesucian dan kebersihan sama sekali. ini kerana kita beristinjak menggunakan tangan. macam mana nak gunakan tangan dengan berkuku panjang?macam mana nak beristinjak dengan sempurna?

potong kuku ikut sunnah nabi.
jgn lupa potong kuku yaw!!

kuku aku pendek.yeay! tapi buat masa ni aku tak masak bg sesiapa makan pun so sesiapa pun tak B****


nota ketiak:
kuku pajang mempunyai sejenis kuman seperti yg terdapat pada najis manusia iaitu E-coli. kuman tersebut tidak akan hilang walaupun dicuci dgn sabun. oleh itu, sentiasalah berkuku pendek utk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Thursday, February 10, 2011

berdosa tahu tak

salam.

sehari bercuti umpama seminggu lamanya (hiperbola). bosan dan tak tahu kerja apa yg perlu dikerjakan selain daripada membasuh pakaian. haish...i've a bundle of laundry! tak boleh terima kenyataan. :( bukan pemalas tapi tak rajin lagi. nak membasuh kena ada mood. baru la ikhlas sket nak buat. or else membasuh dgn malas akhirnya baju tak bersih. malas punya kerja! tapi kan, semalas mana pun haku membasuh baju takde la sampai tak bersih baju tu. nahh...itu bab membasuh.

jgn buang masa terus lompat ke bab seterusnya.......




sekarang ni bab mencuri.

tahu tak apa hukumnya mencuri?

hukuman kepada si pencuri?

bukan hukum hudud. dlm negara kita, politic je suma tu, tak pernah serius nak implement. rakyat takut! hahaha. dulu masa kecik-kecik selalunya kita akan saling mengejek atau lebih tepat memesan sesama kita kalau ada yg suka mencuri, contohnya seperti...

jgn mencuri nanti Tuhan potong tgn. tgk, secara tak langsung dan tak sengajanya budak-budak pun ada apply hukum hudud masa kekecik. cuma depa ni tahu ckp je tp tak tahu apa hukum tu sebenarnya. yg kita tahu masa kekecik, kalau sp yg mencuri hukumnya potong tgn.

siapa yg nak potong tgn kita?
Tuhan.

bila nak kena potong?
masa Akhirat nanti.

wah...complete semua.

itu masa kecik. masa besar ni dok percaya lagi tak dgn statement macam tu? percaya ke tak? percaya ke tak? wajib percaya la. dari kecik kita tahu mencuri tu berdosa. takkan la kalau dah besar ni mencuri tu tak berdosa. punishment is always a punishment. kalau salah mesti kena punish tak kira kecik atau besar, muda atau tua. jgn ingat bebudak je mencuri. orang tua bangka pun ada jgk perangai buruk macam tu. bukan nak kata tapi memang nyata. kenyataan.

sebagai contoh, baru je tadi aku tgk ada sorang hamba Allah ni mencuri nasi lemak yang dijual dikiosk tanpa penjaga, depan mata aku dan 2 kawan yg lain. actually normal la menjual tanpa penjaga kt kolej uitm ni. cuma yg ikhlas dpt dipercayai. setengah tu ada jgk yg kebas mcm tu je tanpa bayaran. haish...tak baik tahu tak? mencuri tu dah la berdosa. ditambah plak dengan mencuri makanan yang kalau dimakan tu menjadi darah daging sendiri! bukan benda simple ok. fikirkanlah. sanggup mencuri nasi lemak yg costnya cuma rm1.50? tak mampu sgt ke? bukannya mahal. mcm hamba Allah tadi, beg brand baik punya. setakat nasi lemak rm1.50 tu apa yg nak diherankan sgt? dah tahu amek letak je la duit kat tempat yg disediakan. susah ke procedure tu?

aku heran dengan manusia zaman sekarang, semakin kurang yg dapat dipercayai. atau mungkin manusia sekarang memang sukar diberi kepercayaan 100%. macam mana dgn kawan yg dekat sebelah kita ni? perlu tak kita percaya dia 110%? depends. macam mana pulak dengan diri sendiri? boleh kita percaya diri sendiri? apa tanggapan dan pandangan org lain pd kita? sama mcm pandangan kita pada org lain tak? there are so many question arising from our ealier discussion. apa pun berhati-hati dlm menilai seseorang. hati-hati dlm berkawan. jgn percaya sangat tapi kalau tak percaya sgt pun susah. tepuk dada tanya selera. tak heranlah kalau ada kawan yg bersifat makan kawan. yg lebih tepat, kawan tikam belakang kawan. dunia dah kedepan, dah maju, dah moden, macam-macam benda boleh berlaku. nothing is impossible. impossible is nothing.

nota penting:

Hukuman bagi pencuri adalah dipotong tangan kanannya, iaitu sampai batas pergelangan tangan kanannya.

Dalilnya dalah firman Allah,

“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakandan sebagai seksaan dari Allah.Dan Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.”

sumber:http://pemerintahanislam.wordpress.com/2007/06/01/hukum-allah-dihina-ulama/

Tuesday, January 4, 2011

nokiah e63 vs norkia e71

...i choose u!

pembelian menggunakan wang sendiri. hasil kumpul mengumpul duit syiling selama 3tahun. duit pecah org kedah kata.

psst..pssst..iphone tetap disisi taw. :)

Saturday, January 1, 2011

welcome new year

salam.

welcome 2011! selamat dtg. selamat menyerikan hari2 yg bakal berlalu. yg bakal aku tempuhi kelak. insyaAllah. sudah masuk tahun baru! sudah bernafas baru. nafas longkang tinggal jejauh. never turn back yaww! start je 01012011 haku dh ada aktiviti. belom sempat nk celebrate dgn family dah kena bertolak balik. balik ke kampus. balik ke Shah Alam. hadoi! ni haku tak gemar! sama skali tak! tapi itu kan ibadah. aku nk pergi berjuang utk masa depan. kenapa mesti nk mengeluh? haish. subhanallah...kan dh tahun br. kenapa perangai SurayaSafie ni stil mcm ni? sama je stiap kali nak balik kampus. mengeluh dan naik peluh!

aku ada azam tahun baru! nk tambah satu. saaattuuu je! cewah...entry lepas kemain lg ckp jgn tetambah azam br slagi azam lama tertunggak. tak. tak. ini utk kebaikan aku jgk. aku berazam takkan pernah mengeluh utk setiap perkerjaan yg harus aku selesaikan. aku harap aku tak lupa azam ni bila kerja byk menimbun kelak. JGN MENGELUH! itu sj. kn td ckp nk tambah 1 je. :)

mood tak berapa nak baik. esok dah nak balik. barang dah pack. serius. sekarang rasa stress gila! im ready physically but not mentally. lemah! ok thanks bye!

anyway,


Friday, December 31, 2010

tahun baru azam lama

salam.

i guess suma org akan buat bnda yg sm. *mungkin. yakni meng-update blog utk penutup thn 2010 yg akan berlalu tak lama je lg ni. haku pn buat bnda yg sm sebagai symbolic kononnya. choi! bila dh dekat tahun br semua pakat-pakat nk list down 'azam tahun baru'. sebelum list down fikirkan sejenak, azam tahun lepas tercapai ke yg sibok-sibok nk berazam baru tu? bkn nk buat korang down atau pun dilabel sebagai 'tadak semangat tahun baru langsung minah ni'. bukan. tak. bkn apa, korang dh tick ke azam korang tahun lepas yg dh berjaya direalisasikan tu? bape byk yg dh ter-tick?berjaya ke semuanya?haha. baik korang renew je la azam tahun lepas tu. haku pn akan buat benda yg sama. tahun lepas aku berazam nk belajar rerajin sampai dpt 4flat (choi, berangan). memandangkan tak berjaya maka akan aku renew balik la azam tu sampai berjaya. insyaAllah.



aku rasa korang pn patut buat benda yg sm. renew je la. bukan kena duit pn macam korang renew lesen memandu korang tu. kalau nak berazam, buat sungguh-sungguh. bukan sebab org lain ada azam korang pn nak ikut sama ada azam. trend. hadoi!

lagi satu, jgn lupa 'doa akhir tahun' lepas asar, before maghrib dan 'doa awal tahun' lepas maghrib sebelum isyak. doa tu korang bleh la pegi google sendiri.

Thursday, December 23, 2010

gadis & cinta

salam.

takut adalah suatu perasaan. kemestian. takut utk gagal. takut utk bersendirian. takut ditinggalkan org tersayang & seangkatan dgnnya. actually perasaan takut hanya pd Allah. tp Allah juga ciptakan manusia utk berperasaan takut pd benda lain selain Allah. takut yg dimaksudkan adalah takut yg dpt memberikan kita pengajaran ataupun peringatan. contohnya takut pd kematian. takut bila melakukan kemungkaran, takut bila melakukan maksiat, takut bila mencuri & sebagainya. segala jenis takut ini perlu kerana kelak akan ada balasannya bg mereka yg hilang rasa 'takut' tersebut. tp perlu ke kita takut pd bf sendiri? i mean, takut utk bertindak bebas. semuanya ada batasan. bf kau buat
rules utk kau. nah! mula la kau bertindak ikut rules sampaikan lupa siapa teman disisi. sanggup ketepikan teman kerna bf yg %^&$#^&&, entah apa-apa. sejak tu kau dh tak bebas. cuba nak tarik perhatian bf kau tapi dia buat dekk je. hambik kau! kononnya la nak jg hati bf tp hati kau sendiri yg merana. perlu ke kita ada perasaan takut mcm tu? serupa takut ditinggalkan. tanak ditinggalkan. haisshh..gadis, kumbang bukannya seekor ok!

jgn la bertindak over, boleh tak? bf tu tak mcm mn pn. mengongkong. apa kau buat semuanya salah. semuanya nak dgr cakap bf. kadang tu terpaksa. ikut keadaan
la. semuanya nak dptkan pandangan bf. sedangkan bf tu buat endah tak endah je kt kau. yg kau tergedik sorang-sorang. syok sendiri. syok tak kena gaya. kau hanya diperlukan bila sampai masanya. contoh terbaik, bf kau dah kering kontang. poket bocor, duit jatuh berterabur entah kemana. masa ni la kau berguna. sebenarnya bukan kau yg berguna. duit kau lg berguna dr kau. aku hanya bg contoh tanpa mengaitkan sesiapa. kesian...kesian. haku kesian pd gadis serupa kau.

bleh tak bertindak
cool? dik, org lain pun berchenta bagai tapi tak serupa kau pun. aku kesian dgn kau. aku bukan along, aku cuma nk tolong. aku nak sgt nasihatkan kau. aku nak sgt bantu kau. aku bukan nak sibok hal tepi kain org lain. tapi sebagai sahabat haku rasa tercabar bila kau tak endahkan nasihat aku & akhirnya kena atas batang hidung kau sendiri benda apa yg haku nasihatkan dulu. nasihat yg kau tak endahkan dulu tu...kau ingat tak??nasihat aku umpama masuk telinga kiri, menapak sekejap kat otak kemudian terus dikeluarkan ke telinga kanan tanpa memberi hapa-hapa kesan pd kau! kesian aku. penat membebel. kau tak endahkan. sekarang kau tanggung sendiri. haku cuma nak tgk dari jauh. aku nak tgk sejauh mn kau boleh bertahan. aku nak tgk sejauh mn kau dpt berdiri. aku jgk nak tgk sejauh mn kau dpt berlari dgn bf yg kau dok sebut chenta hati tu. aku nk tgk!
.
.
.
diatas adalah luahan hati seorang teman yg aku kira sgt rapat dgn
gadis yg disebutkan diatas. haku tak kenal gadis tu. korang pun lg la tak kenal, i suppose. aku heran. gadis ni umpama bertepuk sebelah tgn. nak tinggalkan rasa syg, nk tinggalkan rasa tak boleh. knp tak boleh? knp tak boleh kalo hati kau sakit. knp tak boleh kalo kau rasa tak bahagia? jgn sbb org lain ada bf kau pun nak ikut sm ada bf. even tak bahagia, kau tetap nak status in relationship jgk. hadoi...ini bukan trend. org berchenta bila sama-sama ada chemistry. org berchenta bila sama-sama rasa apa itu cinta. bukannya bercinta sbb org lain bercinta. tahu?! jgn nk jd loser nah.

bercintalah selagi kau mampu bercinta.
bercintalah sebelum kau ditinggalkan dia
bercintalah sebelum kau meninggalkan dia
hanya mereka yg mengerti apa itu cinta sj yg mampu bertahan

amaran keras: jgn jadi seperti gadis diatas. cinta yg dibina mampu kekal sehingga kehari ini. tp syg, tiada apa yg dpt dibanggakan, tiada apa yg dpt dikongsikan, melainkan perasaan duka. dlm erti kata lain, bahtera cinta yg cuba dilayarkannya tak kemana-mana. tiada perubahan.

selingan: haku tataw pasepa aku dok wat intro pasai takut td ntah. sgt xmasyukkk. hentam sj la labu...:)

(entah kenapa jd random dok tulis pasai benda nih. apa yg tertulis tadak kaitan dgn sesiapa yg dekat dgn haku i.e kawan, keluarga)

Thursday, December 16, 2010

sifat wanita sempurna

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami atau manusia bergelar lelaki. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.


1. bersifat keanak-anakan
Dlm batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tp bukanlah sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati mahupun sengaja dibuat-buat hanya utk menarik perhatian lelaki. Lelaki hanya tertarik pada wanita yg bersikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. (???)


2. penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak akan terus mengeluarkan kata-kata yg kasar atau menuduh yg bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya tanpa bertindak melulu.


3. menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.begitu juga lelaki yg menghargai wanita adalah lelaki idaman wanita. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. menjaga penampilan
Lelaki sk wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas & menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tu menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya & memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia sk & bersyukur dgn dirinya & secara tak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki jg menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya & kesihatan tubuh badan walaupun sudah beranak-pinak. Siapa yg tak sk isteri yg masih kelihatan cantik & ramping walau dah ada anak 3??


5. pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi & boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tp dapat memberi respon & pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki jg sk dgn wanita yg sk bergurau & pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.


6. pandai bergaul & menyesuaikan diri
Wanita yg pandai bergaul & menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua & cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana sj & tak kekok samada di bandar atau di kampung.


7. menghormati diri sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan & mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan & tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan & mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tak akan merendah-rendahkan dirinya & tak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.


8. simpati & prihatin

Lelaki sk wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak & tak memilih bulu. Kebaikan yg wajar & spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah & mempesona.


Inilah sifat seorang wanita yg sempurna…adakah sifat-sifat yg disenaraikan diatas ada dlm diri anda?