Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

#30 Penghujung yg digandakan

Assalamualaikum.

Hai everybody. Pejam celik pejam celik, hari ni dah menginjak ke 23 Ramadhan 1433H bermakna dah 23 hari kita, umat Islam, mengerjakan ibadah puasa. Alhamdulillah. Ini bermakna Ramadhan kian tiba ke penghujungnya. Kita masih diberi peluang oleh kekasih abadi untuk merasa sekali lagi malam terakhir Ramadhan. Syukur. Alhamdulillah. Rebutlah pahala di sepuluh malam terakhir ni sesungguhnya pahalanya berlipat kali ganda. Subhanallah. Di salah satu malam-malam terakhir ni kalau kita giat beribadah insyaAllah pahalanya digandakan selama 1000 bulan sama seperti ibadah yg kita lakukan. Allah itu sifatnya Maha Pemurah, mudah je Allah nk bg kita pahala. Terpulang pd tuan empunya diri/badan samada nak lakukan atau tidak. Tepuk dada tanya diri sendiri. 

Antara ibadah-ibadah yg boleh kita lakukan selama 10 malam terakhir ialah qiamulail, solat fardhu jgn tinggal, berbuka (sudah pasti), solat terawih, baca Al-Quran, berdoa, zikir, istigfar, muhasabah diri etc.

Selamat menjalani hari-hari terkahir. Berdoa semoga dapat bertemu Ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah. Amin.

Thursday, July 26, 2012

#28 Ramadhan Kareem

Assalamualaikum

Duduk tak duduk, diam tak diam, Ramadhan datang lagi dan dah 5 hari pun umat Islam berpuasa. Alhamdulillah. Kali ni aku berjaya sambut Ramadhan di rumah. Tahu tak? Perasaan sambut Ramadhan dengan dikelilingi keluarga tercinta sangat sukar digambarkan. Gembira tak terkata. Tak terperi kenikmatannya. Mana taknya, sebelum ni first day puasa selalunya di perantauan. Even di Merbok pun terasa PERANTAUAN sgt. HAHA

Semoga perisian Ramadhan kita diterima Allah. Perisian yg dimaksudkan ialah ibadah dan amal kebaikan. Jangan sia-siakan bulan dimana Allah SWT membuka kesemua pintu SyurgaNYA. Semoga kita menjadi salah seorang penghuninya kelak. InsyaAllah. Amin.


HAVE A BLESSED RAMADHAN FRIENDS!


Sunday, August 28, 2011

senyum simpul kasih pengerat silaturahim

tak berapa jam lagi kita dah nak raya. yahoo! TAK SABAR. TAK SABAR. semua ahli keluarga dah terasa bahangnya. termasuklah saya sendiri. tak sampai sehari lagi jugak kita bakal tinggalkan Ramadhan. sobsobsob T__T. will miss you Ramadhan.


sekarang ni rumah saya dah penuh dengan saudara mara. maksud saya keluarga Mak Teh saya. ya! walaupun hanya sekeluarga sahaja, mereka meramaikan keluarga kami dan itu semestinya mengGUMBIRAKAN! suasana berbuka pasti meriah. dah tentu!


usai membuka daun palas untuk dijadikan ketupat; menu UTAMA di pagi Aidilfitri kami teruskan aktiviti bersimpul kasih dimalam harinya bertujuan mengeratkan silaturahim. semua turun dapur. emak-emak dengan aktiviti membalut mereka dan kami dengan aktiviti membalut kami. phewww! selesai jam 11p.m dan semestinya itu waktu tidur yg afdal bg kakak sulung saya! HAHA. kumpul tenaga untuk aktiviti esok harinya. mungkin yg lebih mencabar siapa tahu. tunggu esok je la.


presenting........


our simpul kasih yg bertalam. phewww. (tgn lap dahi yg tak berpeluh)


Saturday, August 27, 2011

my day

sejak kebelakangan ni masa saya penuh dan padat dengan perisian & aktiviti yg cukup berfaedah dan poket seluar saya separa penuh dengan mata wang Ringgit Malaysia. muka senyum sampai telinga. contonya, masa lapang saya menjahit(part time job), mengemas(dah jadi rutin. ECEHCEH) etc. can't mention here, kang dikatakan RIAK mendadak pulak. when I start sewing things saya rs mcm keEMAK-emakan. kan?kan? bila saya kepochi sket pasal gosip orang yg LEBIH dewasa dari saya, saya rasa mcm ewwwww untuk diri sendiri. selebihnya saya rasa macamhidup saya seperti SURIRUMAH yg TIDAK BERSUAMI. (bukanlah seperti janda mahupun balu). :)


lately, bila tgk sekeliling dan orang disebelah, saya rasa macam saya ni terlalu obsess nk completekan sesuatu kerja in 1 day tanpa hiraukan tahap kebolehtahanan saya untuk sehari-harian. contohnya, mengecat rumah semalam. kalau berkesempatan dan diberi lebihan masa selama 2jam sblm masa berbuka saya rasa tahap keberjayaan saya untuk settle kan semua dinding in 1 day adalah ditahap yg memberansangkan. tapi keobsesan saya itu taklah berjaya dan saya mula berasa bitter sbb abah tak bg continue dimalam harinya. TERLALU obsess sampaikan hari malam dan siang pun tak hirau. maybe abah rasa aku dah penat mengecat sepanjang hari. fyi, actually I am not!


kebolehan menjahit datangnya dari supermommy. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi dan mana tumpahnya bakat supermom kalau tak ke superchild. super nonsense! HAHA. from the three of us of course lah saya yg paling menyerlah(ok fine, tak boleh blah) walaupun kadang-kadang muka super innocent tak kena tempat. bakat kemenonjolan ni datangnya drpd my superdad yg super AWESOME! LOVE him much!


CRAP! lupakan yg lain. for the whole day saya sambung mengecat sisa-sisa dinding yg ditinggalan UDE. mood rajin tiba-tiba datang bergolek tanpa diundang dan tak sanggup rasanya nak let go mcm tu je mood yg canteekk dtg tepat pd masanya. sementara ada kelapangan ni apalah salahnya kira saya berbakti pada teratak usang saya ni, kan? maka dengan rasminya hari ini adalah HARI COMOT SURAYASAFIE! hari-hari pun comot tapi hari ni LEBIH comot lagi. HAHA.


mengecat taklah challenging sgt. saya suka, saya suka! TAK MEMENATKAN langsung especially bila kita tgk hasil kerja kita sangat cemerlang! saya amateur, abah professional and of course when he came back from work, he started to critic my work bla bla bla sampailah proses mengemas barang-barang mengecat. HAHA. saya ok je dengan kritikan membina and for sure lepas ni haku tak akan sukarela nak cat lagi!


hari saya bukan dan tak akan berhenti disitu saja tanpa aktiviti yg lain. saya mesti cari kerja malam nih! dasar tak boleh duduk senyap tengok tv dan online saja. HAHA. so i decided to take out my baju raya from lemari buruk mintak dibeli ganti, usha lengan baju yg tak-boleh-tgk-rasa-nak-marah tu dan petang tadi dah selinap keluar rumah dengan supermommy pegi beli beads untuk baiki lengan baju yg tak-boleh-tgk-rasa-nak-marah tu so malam ni nak jahit lengan baju tak-boleh-tgk-rasa-nak-marah tu kasi cun sket. tak hendak sarat sangat dengan beads, simple dah memadai. nak tempah kat kedai rasanya kang baju tu dilempar keluar kedai pulak. tak sanggup. mana ada tailor yg berani hamek baju nak-nak bila dah end of ramadhan ni cek oiii! takpa. kebolehan yg super minimal ni akan ku gunakan semaksimum yg mampu. if ALLAH will. dan tadi...tadi tu dah siap pun lengan baju menjadi tak berapa nak cun tapi dah boleh-tgk-rasa-nak-senyum pulak jadinya.saya dah tak marah dah. HEHE. ALhamdulillah. tak sia-sia tangan ni bekerja siang dan malam. sayang tangan ni(secara tiba-tiba). sekarang dah boleh tidur. katil dah panggil ajak baring. okbai!


p/s: baju raya dah siap teriron! ya. ya. semangat raya nih.

Thursday, August 25, 2011

kisah kad raya

jenuh menunggu. puas ku tunggu masih tak kunjung tiba. hati pun memujuk dan berkata, ''tak apa-apalah''. masuk rumah balik dan sambung keja. puii! dok berangan nak dapat kad raya?? jangan harap lah kau.


tradisi kad raya dah lama kita tinggalkan kat belakang. tak bermakna kad raya jauh ketinggalan ataupun kolot. cumanya kita semakin melupakan tradisi. faktor penyebab?? semuanya dah dihujung jari. jangan salahkan teknologi yg dah memodenkan kita. tanpa teknologi, kita tak akan ke mana-mana.


dulu masa guna kad raya nak sampaikan mesej panjang lebar tak cukup space SERONOK je nak pilih design kad raya. gambar kartun, ketupat, pelita etc. dah siap plan yg kartun untuk kawan-kawan, yg gambar pelita ketupat tu untuk mak ayah pakcik makcik. tapi sekarang ni kad raya dah digantikan dengan sms dan feeling dpt mesej dan kad raya jauh berbeza. walaupun sms tu sm je bawak mesej untuk ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI tapi perasaan terima ucapan tu tetap TAK SAMA dan tak akan pernah sama. sobsobsob


konsep kad raya tak pernah pupus cuma telah dimodenkan, jangan risau. siapa-siapa yg ada lebihan masa, wang dan tenaga masih boleh praktis tradisi hantar menghantar KAD RAYA ni. apa-apa pun RAYA tetap raya. tetap meriah walaupun tak dapat KAD RAYA.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR

Tuesday, August 23, 2011

lampu pelita, lampu lip lap

salam.


pejam celik pejam celik mata ni rupanya kita dah sampai ke Ramadhan yg ke-23. cepat sugguh masa berlalu dan berlari. tinggal tak berapa hari lagi kita dah nak sambut Syawal. Alhamdulillah. sebab nak sambut Syawal, semua orang jadi busy. taknak cakap bab persiapan sambut Syawal untuk diri sendiri. dah bosan! sekarang ni persiapan nak cantik-cantikkan rumah pulak. through my observation, sekarang ni jiran haku tengah hangin mengecat rumah. words of wonder! warna warni macam TADIKA. dah pilihan mereka, biarlah kau ni SurayaSafie! semua tengah busy nak pasang lampu warna warni gantung dekat grill. tengah semangat nak pasang pelita. maklum la tak lama lagi kan Malam Tujuh Likur.


dan hari ni aku teman kekasih hati jalan-jalan pusing Sungai Petani. saja-saja pusing tanpa hala tuju? tak mungkinlah! pusingnya kami satu pekan ni berbekalkan MISI. misi mencari LAMPU LIP LAP beserta ketupat. takmau yg tadak ketupat. biasa sgt katanya. nak jgk yg ada ketupat.seboleh-bolehnya. mestilah mencari kn. dari satu supermarket ke supermarket yg seterusnya. mana2 cerok supermarket semua kami redah. PENTING sungguh misi Mr.H ni. dari Giant to SouthTesco to Longwan(bkn supermarket) to Billion dan berakhir di SP Plaza. macam takda je gayanya sampai lima tempat kau mencari. bukan takda tp ada. tp lagi....dia tak puas hati. tak COOL katanya. HAHAHA. pulang dengan tangan kosong la jawabnya. esok kita cari lagi eh pak cik.


semalam haku ada TERbeli pelita buluh. mn letak ntah abah aku nih. kena pi cari sat. tak sabar nak p nyalakan malam nih!


lampu lip lap yg ada ketupat pilihan hati Mr.H!

Monday, August 22, 2011

perkara wajib buat dan ada

salam.


tak sabar rasanya nak sambut Syawal. tak sabar nak jumpa family besar. tak sabar nak pakai baju raya spuloh pasang yg dah siap ter'iron' kat dalam lemari tu. tapi......sebelum semua umat Islam sambut 1 Syawal, ada banyak perkara wajib yg mesti dilakukan. pertama, puasa sebulan bagi yg mampu. perempuan adalah terkecuali kerana sering mendapat A.B.C (Allah Bagi Cuti). satu kelebihan untuk kaum seperti kami. HAHA (gelak tak tau malu). untuk cukup sebulan tu mcm impossible tapi ada jgk yg tiba-tiba tercukup puasa sebulannya. kira bertuah la dia. TAHNIAH! kedua ialah zakat. satu kepala rm7. enam kepala bersamaan dengan rm42. perkara ni urusan orang tua kita tu pun bagi kita yg masih dibawah tangungngan mak dan ayah la. kau yg dah bersuami dan beristeri serta anak jangan nak harap ayah kau tanggung lagi. sila tanggung diri sendiri dan keluarga ok.

lain-lain perkara yang harus dititik beratkan adalah:

servis kereta
untuk mereka yg pulang beraya dikampung, nak travel jauh dari Shah Alam ke Sungai Petani wajib servis kereta terlebh dahulu. mau tak mau mesti kena buat. make sure semuanya dalam keadaan baik supaya kelak dipertengahan jalan takda yg tersangkut. itu kita tak mau ok. pastikan semuanya lancar dan selamat. tukar segala jenis minyak yg harus ditukar, ganti segala jenis benda yg harus diganti dan tak bermaksud kau kena ganti kereta baru setiap kali kau nak balik beraya di kampung. itu MELAMPAU namanya! yang penting pandu cermat, jiwa selamat.


tukar duit & make sure design sampul duit raya adalah yg ter'latest' sekali
benda ni aku nak kasi highlight betul2 lah kasi semua mak cik dan pak cik serta abah dan kakak aku perasan. ini peranan yg wajib mereka buat. eceh. macam meminta-minta pulak kau SurayaSafie. takda la, status aku MASIH LAYAK utk terima duit raya sebab aku student nah. tak bergaji dan tak digaji ok. sekarang ni semua orang mesti busy dok tukar duit raya. aku confirm duit seringgit paling banyak, lima ringgit sedikit dan sepulh ringgit jarang. HAHA. takpa lepas raya kita masukkan balik duit seringgit tu dalam bank. tu pun kalau duit raya kau limaratus dan semuanya duit kertas seringgit. boleh? aku cabar. haha. masa dapat duit raya dari mak sedara, benda pertama yg aku nak tgk ialah sampul duit raya tu. bertukar-tukar untuk setiap tahun. cantik. menarik.


baju raya satu bakul

ini perkara waiib. semua wajib ada tak kira lelaki mahupun wanita. walaupun kita tgk lelaki ni TAK KALUT sgt pasal baju raya nak baru atau apa saja persiapan raya yg baru, mesti mak atau isteri depa yg tolong kalutkan untuk depa. tak payah risau langsung. untuk suami dan anak lelaki, sepasang baju melayu dah memadai. mak dan anak-anak perempuan mesti mau lebih. bila kumpul semua baju depa boleh dapat satu bakul ok! punya ghairah nak beraya. umah kak timah nak pakai baju kebaya kaler oren, umak tok pah nak pakai baju kurung moden kaler pink, umak tok wan nak pakai jubah labuci kt pinggang kaler purple etc. raya kan seminggu, dlm seminggu setiap hari mau baju raya baru. bertukar-tukar. hadoiii!


kuih raya
kuih raya ni dah macam tradisi. mesti kena ada setiap kali raya. kalau takda bukan raya namanya. at least kalau malas nk kotor oven kau boleh beli dekat bazar Jam Besar tu. macam-macam pilihan kau ada. tinggal pilih dan bayar je. kuih tu sedap atau tak sedap tak berapa nak jamin. kalau bernasib baik, kuih tu mungkin sedap. ikut tuah badan kau la eh. kalau rajin sikit boleh la kau uli dua tiga besen tepung buat kuih sepuluh balang. kuih wajib dan famous amos mestilah almond london, shortbread, semprit, tart dan seangkatan dengannya. make sure pagi raya balang kuih tersusun baek punya atas meja nah.


semua yg diatas adalah perkara wajib yg sering kita buat dan ada sebelum sambut Syawal. semua orang akan buat benda tu. so nampak macam wajib la kan? tak buat rasa macam ada yg tak kena pulak. tak gitu?


Selamat Berpuasa
Selamat Hari Raya Aidilfitri (in advance)

Sunday, August 21, 2011

iftar



salam.

sehari suntuk sudah kita berpuasa dan bila tiba masanya untuk berbuka semua orang rasa mcm nak lompat2 seronok yer dak? mana taknya penat kot puasa sehari dan mak saya selalu cakap,


"siapa yg puasanya tanpa niat mesti LETIH sepanjang hari"


dan saya rasa kata-kata mak itu relevan untuk mengingatkan mereka yg selalu terlupa utk niat dan akibatnya letih sepanjang hari. walaupun kita dah niat puasa untuk sebulan apalah salahnya kalau kita niat untuk hari2 seterusnya, kan?


dalam sebulan berpuasa tak lengkap rasanya kalau kita tak iftar dgn family diluar dari kediaman kita. I mean order di kedai yg semudah ABC tu la. belek2 menu dan pilih kesukaan hati. bila dh plan nak iftar kat luar together makanya supermommy boleh berehat dari blend cabai, masak nasik dan bancuh air utk keluarganya. for sure supermommy akan senyum sampai ke telinga, kan? kan?


dan kalau iftar kat luar, tak complete rasanya sbb takda adik lelaki saya yg sorang tu. kesian dia. terpaksa berbuka dgn kawan. rasanya dia lagi seronok kot. misi hari tu tercapai bila semua orang dapat beli barang yg dihajati. maklum la nak raya, semuanya nak yg baru. hari tu masa shopping ada abah skali. maksud saya abah sebagai penasihat dan pemerhati terlatih. dia tahu mana yg sesuai untuk anak dia. yg pasti pilihan saya bukanlah kegemaran abah. haishh...tak suka!


lepas je shopping dan kemudiannya iftar di tepi laut diseberang pulau sana kami pergi melawat tailor kami yg satu di Balik Pulau. jenguk2 baju raya ke-2 kami kalau-kalau dah dipotong atau belum. ternyata BELUM! sedih seketika. bukan hapa, takut tak sempat siap. sobsobs...:'( semoga sempat siap sebelum malam raya nah mak ndak.


berita gumbira, td mak ndak ada kol ckp baju dah SIAP! rasa macam nak start enjin kereta dan meniti jambatan pulau pinang SEKARANG jgk.


2ketoi minah senget yg gumbira kaki depa dapat kasut baru
^____^

minah tanpa kasut baru
COOL je
muka herot tak sedih


mak macam nak marah makanan tak mai lagi
cool lah mak awai lagi kot
HAHA

abah si tukang belanja mesti mau relax
HAHA


barang keperluan diri untuk raya semuanya dah complete. mahunya tak kn? benda tu yg settled dulu sebelum benda lain. semangat nih. sekarang cuma tinggal kuih raya je lagi yg belum fikir yg mana nak diisi dalam balang. belum buat pun lagi, br nak cari & pilih kuih kegemaran mana yg nak di bakar dlm oven tu. tak sabar nak tunggu mak teh balik dan sama-sama kerjakan tepung dan acuan. TAK SABAR tahu!

Thursday, August 18, 2011

random 3

salam Ramadhan ke-18.

phewww...dh dekat 3minggu kita berpuasa dan bahang raya makin menjadi-jadi. jalan raya sesak dengan kereta sana sini. tak bermaksud hari tak raya kereta pun tak banyak tapi bulan ni macam banyak SEMACAM! bazar dikiri kanan jalan lagi mensempitkan laluan kenderaan aku untuk bergerak smooth. nak keluar pun rasa macam mentakutkan dan memalaskan. better stay at home dan settlekan kerja yg tertangguh dan menggunung. bila tengok pun pening. boleh siap ke kerja haku nih? insyaAllah.


bab kerja tolak tepi sat sbb rasanya dah seminggu off fb, blogging and twittering so rasa macam tak complete hidup ni tanpa ONLINE ONLINE dan ONLINE lagi. bukak la kejap utk hilangkan rasa tertekan yg menekan jiwa dan sanubari aku ni. tengok icons pn jadi la drpd stress tak menentu. haha.


berbakikan beberapa hari lagi untuk berpuasa rasa macam fun! sebab nak RAYA! orang dok sibuk dengan baju raya dan kuih raya dan langsir raya dan tudung raya dan segalanya pasal raya. semuanya nak yang baru-baru belaka. tak terkecuali aku dan anda. tak gitu? tahun ni macam relax je sbb baju raya dan siap sebelum puasa so tak la gelabah nak cari tukang jahit or tukang jahit tak sempat jahit ke. everything settled before puasa. few things yang tak sempat beli tu rasanya simpan dulu pun takpa sebab tak kesah sangat kalau takda.


masa bergerak terlalu pantas, kata aku. sebabnya, aku rasa jiwa aku dah dekat shah alam dan tiba-tiba terasa UiTM sentiasa dihati dan pada firasat aku ini bermaksud TIDAK BAIK. aku nak cuti lagi 2bulan! even tak bergaji dan terkadang boring menjadi-jadi dekat rumah bagi aku itu tak mengapa so long as family sentiasa dihadapan mata. kau mimpi je lah SurayaSafie, tak mungkin terjadi.


ok tak pa nak pi bermimpi sat. sobssobs T_T

Monday, August 8, 2011

busy Ramadhan

salam.

lately saya busy menjahit sewing is not my passion actually tp disebabkan saya kekeringan duit untuk beli new shoes saya jadikan ianya kegemaran. new hobby. terpaksa! untuk selalu berangan duit dihulur oleh sang bapa dan kakak terchenta adalah seperti loser dan mustahil! kau tercangak dekat rumah sebulan dah nak masuk dua bulan dengan tak buat pape, tak cari kerja tetiba kau gesel dekat haku nak duit. amboih...KEJAM aihhh! tak la. sepertinya saya segan dan malu untuk meminta-minta. eceh.


berbekalkan kemampuan yg BUKAN luar biasa dan cuma biasa-biasa sahaja maka saya cuba mengasah dan ketengahkannya dalam bentuk perniagaan. kemampuan dan bakat yg dimaksudkan ialah kemampuan menjahit. bukan jahit baju kebaya atau kurung moden tapi adalah sebaliknya. sejenis makhluk yg digunakan untuk meletakkan tisu atau handphone. corak adalah atas pilihan anda sendiri. kecil dan comel cirinya. yer ke? perasan sat. hahaha. SERIUS comel lah!


mak mendukung cita-citaku yang sementara ini. kata mak...


"dari duduk saja kat rumah baik buat kerja"


mak maksudkan kerja yg sedang aku jalankan ni la. tak payah bgn pagi rushing nak bersiap pakai segak-segak dan memandu untuk ke tempat kerja. just bangun ikut suka masa bila, basuh muka dan gosok gigi, pegang jarum dan jahit few things dan berehat bila-bila kau suka. nah! mudah bukan? tapi pulangan tak lah selumayan bagai officer. biasa-biasa saja. tapi kalau nak beli dua atau tiga barang kegemaran mungkin lepas. :)


oleh sebab menjahit dah jadi part time job haku buat masa ni maka tangan ni adalah sentiasa lenguh. pheeww...kerja tak kira masa. lagi 2minit nak azan berbuka pun tangan ni masih aktif menjahit. sebelum pukul dua pagi pun still menjahit apa cerita?? kata passion tadi, kan? tak gitu? rabun teruk plak aku kang.


sebaiknya masa yang ada ni aku isikan dengan kerja yg berfaedah. aku tak nak buang masa duduk depan lappy dan renung screen sampai pening kepala dan tak boleh nak tidur malam lagi. aku SERIK tahu?!


buat masa ni aku gumbira dengan kerja aku sekarang. harap gumbira sampai bila-bila. sampai semua list dan senarai nama customers aku potong dengan pen merah. tak sabar nak habiskan!

kain yg dah siap dipotong & mintak dijahit. ohnooo!

aku tak suka warna merah tu
sbb aku tak rasa ianya cantik tp bdk tu sk -_-"


ini model sambilan
upah susu sebotol pun jadi lah



p/s: sedang create new things. harap menjadi. amin.

Wednesday, August 3, 2011

ragam Ramadhan

salam.

dah masuk hari ketiga umat Islam megerjakan ibadah puasa dan alhamdulillah aku masih boleh meneruskan puasa seperti biasa. letih berpuasa adalah perkara biasa. jgn dok buat letih sgt boleh dak?? dah 22tahun (tolak 5tahun) dah aku berpuasa dan nikmat berpuasa ni masih sama. dahaga? ohh yesss! semestinya. kalau kita belek betul2 memang macam2 ragam yg kita boleh tgk dekat manusia yg berpuasa ni. ada saja yg diorang nk buat sementara menunggu masa berbuka. antaranya:


tidur
ni macam dah jadi rutin harian orang macam aku yg tengah menganggur takda keja dan duduk saja dekat rumah. tapi tidur aku masih dibawah kawalan my supermommy. gila kau bgn lewat bulan2 posa ni. disuruhnya aku buka posa tu kalau byk sgt tidur. of kos I like. haha.tp never happened lah. makruh woii tidur byk sgt. kasi lebih ibadah sikit bulan posa ni. pi surau ke, meniaga kat bazar ke. meniaga??macam senang kau pikir. jangan pulak tidur dari sesudah imsak sampai ke petang, azan dah nk bunyi br kau tersedar. sepak laju2 karang baru tau!


tengok rancangan masakan kat tv
ni tabiat yg mn my supermommy likes so much! semanjak puasa 3hari ni macam-macam rancangan masakan dah aku tengok kt television tu dari tv1 sampai la ke tv9 pastu sambung kt astro pulak. non-stop. 'ketuk-ketuk Ramadhan' kt tv1 is 1 of her favorite. tak kesah la kalau mengadap benda ni seharian sampai ke petang dan sampai ke waktu nak masak pun dia sanggup dan tak bosan. emak-emak lah katakan. jangan sampai tak masak sudah.

post gambar makanan kat tumblr or blog
ni satu cobaan buat mereka yg post gambar makanan yg mn dah pun berjaya menggugat ibadah puasa kita. semanjak puasa ni, apa2 saja makanan yg terlekat dihati disemadikan dekat laman sosial masing2. aku mungkin takkan terkecuali (suatu hari nanti). tengok je pn. tak kan batal puasa pulak kan? tak salah ok. silakan. aku seronok tgk. haha

tengok jam setiap 10 minit(contohnya)
persis kanak-kanak yg br cb nak puasa. dok counting lg bp jam nak bukak posa. aku, masa kecik-kecik dulu pn macam ni. korang? pun sama kan? "mak, lagi bp jam kita boleh makan?" haish, tak sabarr sungguh. jgn kata bdk kecik la, bdk besar do the same things jgk. especially mereka yg kat office tu, banyak macam mana pn kerja, mata tetap nak pandang jam. "dok kira time nak clock out hehe lambat sungguh rasa", said one of my aunt yg tak sabar nak balik rumah. nak masak byk kot hari ni. tak pn nak jumpa bantal dulu?nak cari ilham lauk apa yg nak masak hari ni. haha


bazar Ramadhan

kesukaan bg mereka yg bekerja nak menyinggah masak kat bazar Ramadhan dulu sebelum balik rumah. nak masak kat rumah rasa macam tak sempat pulak. tak larat pun ada. baik masak kat bazar Ramadhan je la ehh. bazar Ramadhan ni macam syurga makanan tahu?! nak-nak yg macam kat Taman Ria dekat rumah aku tu. gila kau pilih makanan. semuanya menarik. semuanya tertarik. beli karang ada ja yg tak habis. membazir pulak. bkn ke amalan manusia? syaitan dah takda ganti manusia la pulak.


kata orang, lain manusia lain ragamnya. rambut sama hitam tp perangai lain-lain ok.

selamat berpuasa!

selamat berbuka!

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

salam.

Alhamdulillah syukur kehadrat Yang Esa kerana sekali lagi kita berkesempatan menjalani bulan penuh keberkatan ini yakni Ramadhan Al Mubarak. sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yg sangat dinantikan oleh setiap umat Islam dan dalam bulan ini juga terdapat satu malam yg lebih baik daripada seribu malam iaitu Malam Lailatulqadar. orang yg hatinya penuh dgn rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah yg layak untuk bertemu dengan malam luar biasa tersebut. InsyaAllah.


semangat untuk sambut Ramadhan dah lama terasa bila orang sekeliling sibok menggantikan puasa mereka yg ketinggalan masa Ramadhan lepas. kakak, adik, mak dan mak cik jiran tertangga semuanya sibok menggantikan puasa. aku??jgn tanya la. sebelum Syawal habis lagi aku dah ready nak jumpa Ramadhan seterusnya. haha.


aku rasa bulan Ramadhan ni bulan penuh excitement. great excitement. sebab apa? sebab dalam bulan ni semua benda jadi seronok. contoh, dapat berbuka puasa reramai dengan family besar, dengan kengkawan, dengan bf/gf dan dengan kawan-kawan lama yg dah ditinggalkan sejak 10thn lalu(masih dalam perancangan). sebelum ni pernah je buat semua tu kan? tak perlu tunggu Ramadhan pun boleh buat yer dak? tp sengaja nak tunggu Ramadhan jugak! bukan ke Ramadhan ni bulan penuh keberkatan? tak kira apa jua aktiviti dan events yg bakal berlaku nanti dan dengan siapa kita lakukannya adalah dibawah keberkatan Allah S.W.T. insyaAllah.


first day sahur was like...hmmmm...good. nasi tambah untuk hari pertama bersahur. energy mau kasi lebih sikit untuk first day puasa ni. cabaran hari pertama adalah biasa-biasa untuk aku. eceh. tapi aku rasa nanti petang aku akan mula terasa penangan first day puasa sebab aku akan sama-sama turun dapur dengan mak untuk prepare juadah berbuka. homaigod! semoga iman aku tak tercabar dengan air dalam peti sejukkk.haha.


aku dah mula terasa bahang di meja makan. gelas diatur, pinggan disusun, nasi disenduk dan semua pakat tunggu depan meja dengan muka masing-masing tengok orang disebelah. telinga dipasang untuk dengar 'bang' dari surau berhampiran. excited sungguh masa tu. lepas je dengar 'bang', apa yg ada atas meja tu semua dibaham. haha. bila perut dah sengkak dengan makanan mula la nak buat drama tak mau pi surau untuk tarawih. tak larat la, letih la, malas la semuanya dimulut masa tu.


Alhamdulillah aku dapat sambut Ramadhan (sebulan Ramadhan) kali dengan semua family. selalunya aku kt kolej untuk first day puasa. serius sedih masa tu. sahur dengan susu dan kurma saja. sadis sungguh. tapi kali ni kalau aku request ayam masak merah untuk sahur pun bakal aku dapat sebab semuanya tak mustahil bila di rumah. yeaayy!


Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa dan Bertarawih untuk semua Umat Islam!


happy blessed Ramadhan!



bye

Sunday, September 5, 2010

iftar dgn keluarga

salam 1Malaysia...

hari ni bersamaan dgn 5 Sept 2010 dh melonjak ke hari yg ke-26 umat Islam menahan diri dari lapar dan dahaga sekaligus meningkatkan ibadah2 sunat yg lain. Alhamdulillah...sebagai anak perantau kununnya...ni la first time iftar dgn family utk tahun ni. wah...aku super gumbira tahu tak!? macam2 juadah terhidang mintak disantap...macam2 beverages lg tau. sampaikan mak aku nk pitam pn aku xperasan. punya khusyuk mengadap makanan depan mata. lgpn dh lama aku xberbuka dgn diorang. kecohnya kakak dan adik aku mmg tataw nk rate la. punya kecoh dan xkering gusi sampaikan waktu berbuka pn xperasan. tgk, berapa ralitnya kami..isshh3...mak aku cukup xsuka keadaan cmni. dh tua2 semua perangai mcm budak2. main2 dan xserius katanya. mn abah aku? hmmm abah dan adik laki aku ni taw apa? taw mkn ja depa. haiissh! mkn tu mkn jgk...solat maghrib jgn lupa...:)