Showing posts with label syawal. Show all posts
Showing posts with label syawal. Show all posts

Saturday, August 1, 2015

Kakak Sulung OFF-Market

Assalamualaikum.

Tak lama lagi kakak sulung kite dah nak off-market. Takda la feeling nak nangis-nangis ke apa sebab kite tahu lepas nikah nanti dia masih menghuni rumah ni bersama yang lain seperti sedia kala. Cuma, excited nak kenduri dan jumpa saudara-mara, rakan taulan tu ada la 50%. Another 50%, hilang lari kemana entah lah. Nanti kite cari.

Tempoh bertunang tak lama, 3 bulan. Bertunang, 1 Mei 2015, Nikah, 7 Ogos 2015 dan kenduri kendara, 8 Ogos 2015. Kalau kenduri ni biasalah, sibuknya makcik-makcik kite ni. Tak menang tangan nak buat kerja. Kite tolong sikit je la. Dah terbiasa dengan sikap PEMALAS ni memang macam ni la selamanya. Bukan apa, kite ada 9 orang makcik saudara nak bertungkus-lumus kat dapur tu dan seorang SUPER EMAK of course. Dapur mak kite tu dah la kecik cinonet je haa, mana muat nak tampung sembilan orang makcik dan seorang Suraya. Barang-barang bersepah sana sini lagi kena kira jugak. Terima kasih makcik-makcik saudara kite yang banyak membantu dalam menjayakan majlis kakak sulung kite ni. Muahciked!

Majlis berjalan lancar dan sempurna macam majlis orang kahwin yang lain. Cuma petang tu hujan lebat sikit. 





One Happy Father.


One Happy Mother, Niece and my Mak Tam back there. 


One BIG Family.

my fellow friends


Ada banyakkkkk lagi gambaq nak up. Sendiri tengok la dekat folder dalam laptop ni.

BTW, photographer kita ambil Arip. Harga yang berpatutan PLUS dia kawan kita since high school. Esok lusa kita kahwin pun kita bakal ambil servis dia jugak. InsyaAllah.

till then.


bye.

Tuesday, August 23, 2011

lampu pelita, lampu lip lap

salam.


pejam celik pejam celik mata ni rupanya kita dah sampai ke Ramadhan yg ke-23. cepat sugguh masa berlalu dan berlari. tinggal tak berapa hari lagi kita dah nak sambut Syawal. Alhamdulillah. sebab nak sambut Syawal, semua orang jadi busy. taknak cakap bab persiapan sambut Syawal untuk diri sendiri. dah bosan! sekarang ni persiapan nak cantik-cantikkan rumah pulak. through my observation, sekarang ni jiran haku tengah hangin mengecat rumah. words of wonder! warna warni macam TADIKA. dah pilihan mereka, biarlah kau ni SurayaSafie! semua tengah busy nak pasang lampu warna warni gantung dekat grill. tengah semangat nak pasang pelita. maklum la tak lama lagi kan Malam Tujuh Likur.


dan hari ni aku teman kekasih hati jalan-jalan pusing Sungai Petani. saja-saja pusing tanpa hala tuju? tak mungkinlah! pusingnya kami satu pekan ni berbekalkan MISI. misi mencari LAMPU LIP LAP beserta ketupat. takmau yg tadak ketupat. biasa sgt katanya. nak jgk yg ada ketupat.seboleh-bolehnya. mestilah mencari kn. dari satu supermarket ke supermarket yg seterusnya. mana2 cerok supermarket semua kami redah. PENTING sungguh misi Mr.H ni. dari Giant to SouthTesco to Longwan(bkn supermarket) to Billion dan berakhir di SP Plaza. macam takda je gayanya sampai lima tempat kau mencari. bukan takda tp ada. tp lagi....dia tak puas hati. tak COOL katanya. HAHAHA. pulang dengan tangan kosong la jawabnya. esok kita cari lagi eh pak cik.


semalam haku ada TERbeli pelita buluh. mn letak ntah abah aku nih. kena pi cari sat. tak sabar nak p nyalakan malam nih!


lampu lip lap yg ada ketupat pilihan hati Mr.H!