Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

43. konvokesyen uitm ke 77

tak sabar!

Alhamdulillah.

hampir 2 tahun membanting tulang, memerah keringat dan otak akhirnya sampai jugak masa nak merasa naik pentas buat kali ke DUA. InsyaAllah dan Alhamdulillah. result takda la hebat dan gempak mana tapi semangat tu perlu la ada, kan? bertambah semangat bila konvo kali ni  buat dekat Dewan Agong Tuanku Canselor. masa diploma dulu dekat DSB (Dewan Sri Budiman). sempit! kesian parents yg tak dapat masuk. beratur kemain panjang, end up duduk dewan asing. kesian oh macam tu. hope this time muat semuanya! 


tak sabar! 

nak jumpa kawan-kawan semula. kawan-kawan diploma/degree (Merbok) dan kawan-kawan degree BAS10-12 & BCA10-12. nak tgk, nak kaji siapa dah berisi, siapa dah kecut, siapa dah kerja dan siapa yg masih tanam anggur macam aku KAHKAH

nice je kan bila jadi sesi second last nih. bunga tepi jalan pun dah berkurang.

sesi pagi pulak. dulu petang, siap nak hujan lagi haa. tak sempat nak photo shoot dengan kawan-kawan. 


5Disember2012
counting.........

selamat berkonvo warga UiTM! 


peace.no.war :) 

Saturday, January 22, 2011

riadah petang

salam.

hari yg indah seharusnya diisi dgn aktiviti yg berfaedah. actually, hari ni tak la seindah mana pn. macam hampeh. macam bosan. tapi perlukan perisian supaya tak la terlalu damn. nak teruskan aktiviti petang dgn marathon tidur rasanya mmg out of list. sekarang ni tidur bukanlah keutamaan sgt pun. tidur sebelah malam baru rasa kenikmatan tidur. baru sedar Allah ni Maha Bijaksana. ciptakan siang utk bekerja/beriadah dan malamnya pula utk rehatkan badan dan minda. jgn bertindak sebaliknya. anda cuba menzalimi diri sendiri sekiranya bersengkang mata sampai ke pagi, menghadap laptop. berfacebook, berblogging etc tak kira masa. peruntukkan masa utk aktiviti serupa itu adalah lebih baik. jgn gunakan masa macam org yg tataw nak uruskan masa. tak reti time management. ishh...macam bercakap depan cermin..itu dulu. sekarang lain. manusia tak pernah berhenti melakukan perubahan. begitu juga kita. begitu juga aku.

dah melalut masuk bab tazkirah pulak. sebenarnya aku nk highlight kat sini bahawasanya baru semalam aku dan kawan menjejakkan kaki di taman tasik kt Shah Alam nuh. aktiviti yg sesuai dilakukan kat situ of course la berjongging, berlari setempat dan seangkatan dgnnya. i mean, aktiviti riadah yg menyehatkan tubuh badan. badan kita ni nak pakai lama so kena la jg jgk sekali sekala. tapi....tujuan aku kesana cumalah menemani sahabat yg merasakn dirinya sudah tidak seperti dulu, kecil molek segak bergaya. sekarang, besar sikit dari dulu. tadak hal-lah kalau bab teman meneman ni. apa gunanya kawan yer dak? aku berbesar hati teman dia kesana. dlm masa yg sm aku support jgk niat dia nk jaga badan. sp tak sayang badan mak cik oii...

wat masa ni aku maintain. boleh la nak bernafas lega sekejap. tapi AWAS! jgn terlalu suka. jgn terlalu lega. bukannya org berjogging tu utk kurus. bukannya org berjogging tu mampu kurus dengan hanya berjogging. jgn nak conservative sgt la. jogging tu cuma 1/10 drpd kaedah menguruskan badan. selebihnya kena amalkan jgk. nak kurus bukan mudah. jgn guna jalan pintas. setengah org yg terlalu obses utk kurus sampai sanggup buat apa sj. guna cara yg baik tu tak apa. jgn guna cara yg salah! bahaya! contohnya, perut lapar, makan. tp bila fikirkan berat yg dh menganjak ke angka 60+++ dia cuba alternative jolokkan jari dlm kerongkong. haish...apa faedah buat macam tu? desperate sgt ke?apa tadak cara lain selain cara kotor macam tu?

jgn pilih jalan yg hitam. jgn pilih jalan yg salah.

jia++suraya


Saturday, January 15, 2011

sehari bersama teman

salam.

hari ini adalah hari cuti yakni bersamaan dgn 15January2011, Sabtu! cuti bermaksud heaven! 'bgn lewat', cuci baju, kemas bilik, mandi lambat dan seangkatan dgnnya. bila menjelang pagi, lain pulak jadinya. i mean vice versa. tak jadi bgn lewat, tak jadi cuci baju, tak jadi kemas bilik etc. rancangan semalam memang totally berubah 100%. tak semua yg kita rancangkan hari ni akan terlaksana seperti mana yg telah kita rancangkan semalam (tetiba). alasan je semua tu.

alasan utk hari ni - 'temani sahabat mengangkut barangan di rumah kakaknya'. location ---> Kajang. seronok memandu hari ni sbb cuti! dan kereta hari ni mmg super dupper banyak gila. dh la banyak pastu gila pulak kn. manusia yg berjalan kaki mmg ramai la. macam semut hurung makanan. time ni la diorang nk soping, nk merayau 1 'bandau', nk ngorat aweks aweks. haish...br aku tau ramai mn penduduk SHAH ALAM ni.

hari ni mkn free. tak tarik duit lagi dari purse. tak tarik lg utk boh minyak sbb minyak maseh FULL. tol pulak di sponsor oleh co pilot. mmg terbaek lah kn. ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. aku tak berjaya pertahankan duit dlm purse aku tu bila mana kaki kanan aku ni gatal pi pijak kedai comel kat kaki5 pekan Kajang tu. nafsu membeli di tahap maksima. time tu benda tak penting pn aku kaut masuk bakul. boros! mentang-mentanglah di taja oleh PTPTN bukan biasiswa. hahaha. duit tu bkn boleh dok diam dlm purse. dlm bank tu masih gagah gagah suruh dia dok diam-diam. kasi hilang kad ATM tu br taw. menangis sepuluh hari sepuluh malam aku dibuatnya. walaupun duit dalam tu tak banyak mn pn kalo nk dibandingkan dgn hari pertama PT masuk tp masih mampu beli moto sebijik ok dgn duit dlm bank haku tuh (hiperbola tahap melampau). semester ni kena jimat sikit. sebenarnya tiap-tiap semester kena berjimat tapi tak pernah berjimat pn. licin supa tu jgk account aku hujung sem.

"Suraya...Suraya...",
kata mak didalam hatinya.

tajuk kat atas tu mmg TAK-BOLEH-BLAH. sehari bersama teman konon. berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan dah aku bersama diorang. tak heran pn kalau aku habiskan masa sehari ke, seminggu ke etc dgn diorang. tadak yg ganjil. tadak yg special. tapi buat masa ni temanlah yg terbaek. dioranglah madu, dioranglah racun. dioranglah penyakit, dioranglah penawar. ini BUKAN hiperbola ok. statement terbaik utk hari ni. patutnya tajuk entry "Terima Kasih Sahabat", tp mcm poyo pulak. mcm karangan darjah6. malu nk buat heading. kahkah

teman tapi mesra

Wednesday, November 3, 2010

kawan-lah!


salam.

ini adalah selingan.

harap maklum. gap EMPAT hari ok! (ko pk 4ari tu lm ke mak cik??) so dikesempatan ini aku cuba nk mengupdatekan blog aku yg sedia xupdated ni. oleh sebb bizi final exam maka aku tolak tepi dulu activity updating blog nih. tp aku stil blogwalking dan menjadi stalker pd blog2 yg berjaya menarik minat aku utk bc blog diorang. diorang mmg terbaek! weehhoo...aku ada 2 papers final to go. wah...paper kali ni paper core yg bapak taf la gua ckp sama lu...xtido mlm bc notes. xtido mlm bc buku. xtido mlm nk cari jwpn utk past years. aku pon tak confirm samada aku ada past year atau tak. tgk! aku mmg nmpk terbaek disitu! apa satu pon aku xboleh nk confirm, aku rasa ni mesti gara2 aku terhantuk kt bucu dek kerna melawak tak kena tempat dgn Azi ri tu...nasib aku xhilang ingatan. aku bersyukur!aku sekarang berpesta muda mudi bersama teman maya aku di facebook...haip! mr.HairiHamer tau ni kang mati aku. hahaha:)

sekarang aku bukan sj dh mula rindukan mak abah & adik beradik(family first ok!) dan kemudian MrHairi dan sekarang aku dh mula rindu kawan2 yg penah menceriakan hidup aku suatu masa dulu...mereka mmg asset sampingan aku. tanpa kawan aku mati. betul ke cmtu?

MrHairi salu ckp kat aku ; haa...kawan lg penting yer dak??

aku tak komen pape.....weee...:) aku rasa dia perlu tahu as aku pn tahu yg dia jgk sedang menjalankan perhubungan dengan manusia bernama 'teman'. haip! sentitip betul isu ni...xboleh dihuraikan disini kerana kesentitifannya. harap pihak juri paham. :)

aku dah terlari tajuk....aku nk perkenalkan kawan2 aku actually (chait! kwn pn nk bgtaw ke??) peduli ah. ada aku kesah kalo org xsuka? ada aku kesah ko nk ckp apa? ada aku kesah? walopon ada segelintir pnh nk kutuk or ckp2 blakang bahawa aku ni tiada perubahan dlm bersahabat...meaning, aku stil berkawan dgn org yg sama since I'm in diploma tp diorang tataw bahawa aku ada semangat setia kawan tahu! haaiishh...marah sungguh mak ngah nih....hohoho.....aku sengaja nk expose kwn2 aku biar at least once diorang pny gambar penah terpampang kt belog aku.

kawan2 penyeri hidup sepanjang berjauhan dari keluarga terchenta dan MrHairi syg..:)
antara yg bertakhta di jantung aku sekarang nih....pictures ni tak ikut priority sama sekali. yg mn dtg dulu xbermakna aku kasih lebih pada dia...to be fair aku pick randomly.



mari kita tgk siapa yg kena.....................

















she is hurul ain...binti apa ai fail! i lupa nk save dlm kpla...maap yer hurul ain. dia ada kereta. kereta wira hitam. ada org cakap hitam itu menawan. rain lah! kereta dia yg salu bawak aku dan kawan2 ke mana2 sj. mekdi, kedai wat nasi lembab, hotel quality(sk!), pkns+alamsentral tu dh pasti la. hurul ain...aku bertuah sbb kau antara yg berjaya mengaut hati aku utk berkawan dgn kau! (ayat pening) trimas sahabat! hurul ain ni lemah lembut gemalai. ciri2 ibu dah terpancar kt muka tu. semoga bahagia dgn amar! aku sentiasa doakan. kenuri kt nogori nti jgn lupa jemput aku! aku taw dah tak lama je lg korang nih...:) aku sanggup turun padang masak nasi kawah weyh! hahaha. semangat!









next....







yg ni azirah aziz also known as ziza hariza. i like! dia...dia...dia...dan diaa....dia adalah kawan dan teman aku sejak diploma part one two three four five dan six! hambik kau! tiga tahun. dpt kenal luar dalam. jiwa raga ku serah kan utk dikau...macam pujangga. acah je! jiwa raga aku hanya utk yg satu...:) AllahSWT itu sudah pasti! berbalik pd gambar diatas, dia teman rapat aku selepas MrHairi! aku syg dia ketat2! walopon terkadang hati ni terguris dek dia. dimaafkan. sedangkan lidah kan tergigit ni kan pulak bersahabat...aku tataw masuk ke tak perumpamaan ni ngan apa yg aku cb nk sampai kan. bantai je la walopon bm aku dulu A1! (nah...riak!) hahaha...tgk...terpesong. aku nk cita sal dia la. dia ni dok kt kulim. penah la bwk rombongan p rumah dia...hahaha. tipu! rombongan tu tak la. aku suka mak dia yg super sporting! sayang mak cik! harap ingt sy lg...tb2 dh terkeluar tajuk sgt....dh la....





next....







ini nurul ain amanda. nah nama glamourous gila. first of all, aku suka gambar nih! nurul...aku suka! eh eh aku lupa ni nurul ke ain ntah..hahaha...marah aku cepat nurul! aku ada short term memory. tp xbermakna aku lupa siapa kawan aku yg penah ponteng kelas ganti law sama2...nah. kau, hurul ain, aku dan jia! komplot! alasan nk mkn la kunun....cis...xboleh belah...nurul ain...aku suka kau sebagai sahabat gila2 aku! ko memenuhi ciri2 sahabat yg aku cr. hahahah...aku letak criteria ok nk cr sahabat. hampeh! oleh sbb aku lupa aku pnggil ko ain atau nurul jd aku pnggil ko amanda je la. yg tadak kaitan tu...hahaha...amanda ni nice! semangat kawan dan sgt supportive. sgt kental bila dilanda masalah. masalah peribadi atau pun bkn peribadi di urus secara berhemat seperti pemanduan berhemat ketika pulang ke kampung halaman. tak ada kena mengena! amanda seorang gadis yg super ceria! ditambah dgn kawan2 yg super happening dan ceria seperti aku dan kawan2 yg lain aku, situasi sekeliling hingar bingar! tetambah kalo bersembang bab yg mampu dihurai oleh semua pihak. heheh...amanda...i lap u!




ini noor zahira sobarudin a.k.a jia. katanya ayahnya pembuat rumah manakala emaknya pula bekerja membina kuih. ini kata2 dia ok. aku hanya copy dan paste. plagarism! uitm saman kang...hahaha. zahira ni pn org lama la dlm hidup aku sepanjang kt uitm merbok dulu. dia antara org yg menceriakan aku masa kt dalam bilik f2-01-22 dulu selain azira aziz. zahira gf zahrul. dia mmg pengkuat marah! sgt penjelous orgnya! xmo cerita masalah rumah tangga org kt sni. zahira from ayer hitam, alor star! pelajar pintar! aku salute dia! oh my idol~~~~kakak yang sgt bertanggungjawab. zahira, buleh tak sy nak jadik adek awak? owh ki'a....selain sgt bertanggungjawab muka tu xpenah lekang dr senyuman. aku tau la senyuman tu sedekah tp.....hehehe...xpa la...terima kasih kerana xpenah jemu sedekah kt aku. jia sgt berfikiran seporting. susah nk cari org cam dia nih... selain tu sifat sampingan dia...jeng...jeng...jeng...ko buat khianat kt aku yer??tnggu aku sumpah kau! (kata2 jia) sgt pendendam di situ....aku berdoa semoga aku dijauhkan dari kalangan org2 yg akan jia benci dan berdendam.



ini pulak husaini othman a.k.a ani. nama xglemer langsung. hahaha...dia tau ni mesti dia marah...kahkahkah. mintak maap ani...ini hanyalah gurauan semata-mata. no harm dear. dia ni org sungai petani tanah air terchenta ku. yg terchenta tu sungai petani ok. bukan ani! ex-merbokians as well. otaknya sgt gila2. lawak kasaq tp aku tabah terima sbb tak biasa. lama-lama dh buleh terima. masa tu ko kena balik la dgn aku wahai ani....hahaha. mulut bising. mulut pedaih. straight forward je kenyataan dia tu. hadoi. ini aku lemah. no komen....:)





at last







najwa januri nama diberi. anak ustaz yg interview org masa zakat. sygnya aku xkenal siapa ustaz ni sbb aku xtercalon utk memohon zakat (bantuan tambahan). org panggil dia awe. awe nirumate jia dan ani. aku ni kenal dia serpih-serpih je masa kt merok dulu. mula rapat kt sini la(shah alam). perangai mang bangang gila-gila ah. asik nk ketawa je dgn dia. terima kasih awe sbb ada effort nk tegangkan kulit muka aku ni walopon ko xmenzahirkan niat ko tu. aku selalu bantai katil dia bila dia angkat punggung balik umah. maklum la umah dekat so every weekend dia cb la nk menjeleskan aku dgn balik umah. cis!








nah....ni la dia antara sahabat yg aku yayang sangat! terima kasih sahabat! tanpa korang aku keseorangan. tanpa korang aku tak kan tersenyum. tanpa korang jugak aku tak kan dapat gelak macam aku gelak sekarang! (didunia realiti) :)








Tuesday, August 17, 2010

sodiqoti (sahabat saya)


my friend won't bite me if i bite her

ni la dia my friend tu. nama diberi azirah abd aziz. nama timang-timangan di kampung halaman, azi.
status: kepunyaan seorang jejaka

dia bagus! sgt bagus bg sy. utk anda sy xberapa pasti. sikap dan tingkah laku dia yg ala-ala gangster manja manji buatkan sy senang trima dia sbgai sahabat. almost 3years berkawan. wahh...sgt kenal budi pekerti masing2. dan sampai sekarang sy sayang dia. wahh lg...jiwang keparat betoi. yup. anda boleh cakap apa sj. no restrictions. hak anda utk berkata apa2 sj. tp yg pasti sy gumbira ada dia. dia jgk gumbira ada sy. itu pasti! dan kami bahagia. statement panassss gitu. zaasss. apa salahnya sebagai sahabat kita sayang menyayangi antara satu sama lain. kalo boifren boleh knpa sahabat baik xboleh? apa beza mereka? agak konfius disitu. bg sy, mereka sama sj. nah kau. kalo boipren haku bc statement ni mampus haku! hahaha.

Thursday, May 27, 2010

tag lagi

weehuuu...dropped by kt blog haziq td pastu tb2 terpandang my name...SUE...haa...cubaan mengumpat ke apa haziq nih..hehehe...jgn tersalah pandang yer mata hati...rupanya anda di tagged wahai surayasafie

23 perkara yg mungkin korang x tahu!!!
(a) Tulis 23 perkara rawak (random) tentang diri anda (tak kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker cita-cita ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)
(b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)
(c) Kalau tak ikut peraturan, keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni xdapat dikecapi :)


1. rajin bila tak disuruh, malas bila diarah. cth: kemas umah/dapur (bengang ah cmni, biar wat scara rela meh :)

2. pelajar uitm kedah kos dip public admin 2007-2010 yg sgt setia dgn klas A dr part 1-part6...hidup DPA klas A!!

3. suka adventure. cth: masuk utan berkelah, tlg p.njang kt bendang (adventure kot tgh ari terik & berlawan ngn pacat ke lintah), xlama lg nk try kayak arus deras kt sedim plak! yahoo...

4. berangan nk jd teacher tp kos xsehaluan lgsung nk ke ciri2 jd cikgu!

5. sensitip trok...feeling abes kot. mencurah2 air mata ke ladang gandum kalo terhiris terguris TERsimpati ngn seseorang tak kira lelaki mahupun perempuan...nmpak je aku ni poyo tp dlm hati da taman jubli kot!

6. sgt boros! pantang ada duet dlm purse mesti abes stiap kali kuar. dats y la amek duit sket2 je ltk dlm purse...bior!

7. anak ke-2 drpd 4 adik bradik

8. anak kpd seorang pencen navy & suri rumah berjaya

9. xpenah tinggal kt hostel. br tiga tahun berdikari kt hostel Mahsuri tu pon tiap minggu terbang ke rumah...sgt DEPENDENT! yer sgt suraya! cb utk mengatasi.

10. sgt tringin nk ada umh & tinggal sorg2 (home alone)...nk tahu apa prasaan duduk umah sorg2 tanpa bantuan pihak ke-3

11. sk membaca! feveret--->>novel cintan cintun & say no to action! dh beratus novel bc tp kalo bc blik mesti rasa cm xpenah bc je cita nih...(hilang ingatan apa)

12. sk skip klas pg...bkn pmalas tp....kelemahan meh bgn awl2 pagi...asl subuh je dumm ke katil trus...hehehe

13. sk tgk cita hantu seram bagai especially from Thai...adoii...bleh terkencing tkt beb...b4 ni xpenah la smpai terkencing..hehehe

14. sk memasak tp xla smpai tahap pro...bg perut kenyang tu bleh la

15. sk mengemas umah...tp tadak plak cita2 nk jadi cleaner kecik2 dulu...

16. kaki tido siang. (bkn kaki aku yg dok tido. aku laaa..). mlm plak jd burung hantu (jelmaan ke apa nih?...hahah)

17. addicted ngan blogwalking, facebooking & gaming...sari xon9 bleh biol owhh...

18. malas nk berfikir kalo rasa benda tu xpenting..hhaaa...mcm jwb tag ni la...smpai 23..tp skang aku br mampu wat 18. aku pon tataw nk state apa lg dh...adoii aiii

19. sk bercakap byk! feveret ah...bkn kepoh ok...tp syg xpernah jd wakil kolej or wakil kos dlm debate..hahaha

20. ada bespren hg havoc supa zaizax, azirah, mira, zetty...they coloured my life

21. saiz kaki 6 or 7...sp2yg nk derma kasut tu oryte ah. dh bg saiz kaki siap nih

22. gelojoh...opppss...gelojoh apa nih...sgt gelojoh dlm wat decision. terkadang menyesal dgn keputusan yg dibuat tanpa berfikir panjang...kelemahan nih...harus dikikis abes!

23. menjalinkan hubungan sesama manusia dgn seorang kaum adam hampir 6 thn lmnya (challenges mang byk. sabar je la)...many tengs Mr.Hairi...harapan tinggi agar tadak badai, ombak, gelora dlm mengharungi bahtera yg dilayar stelah sekian lama...amin ya Tuhan.

so aku nk transfer tugs selesaikan tag meng'tagged ni pd......
angah mira
wawaney
aerzee
nisha
maCy

*********************

complete!
alhamdulillah aku berjaya selesaikan tag ni dlm masa 35 minute (lama betoi) seperti kenyataan di no. 18 la kn
hehehe:)

Thursday, May 20, 2010

sahabat

hmmm...frankly speak' sy xphm dgn dia...dia merujuk kpd sahabat...knpa kau berubah?adakah kerana peredaran ms yg merubah kau menjadi seorang sahabat yg sukar di mengerti seperti dulu? adakah kau bermasalah? jika ya ceritakan pd ku. aku sedia mendengarnya ya sahabat. apa gunanya bersahabat kalo xberkongsi suka & duka yg dirasai. jika aku yg merubah dirimu katakan pd ku apa kesalahanku. dgn berdiam diri tak kan meyelesaikan segketa kiranya ada...jika aku bersalah maafkan aku. manusia xpernah lari dr melakukan kesalahan begitu jg aku...

yer yer...bkn nk beremosi tp tb2 tringatkan dia yg dh lama xberhubung & mengutus khabar berita. adakah dia sehat disana? adakah dia gumbira menjalani hidupnya disana? apa yg berlaku disana? sumanya bermain difikiran tentang sini & sana...sahabat umpama keluarga. ya...sy pernah melakukan khilaf skaligus kehilangan sahabat! tak guna kiranya sy menyesal sbb sumanya berlaku suatu ms dahulu...tp...ya...sy mengaku. sy menyesal! mungkin kata org sahabat bleh dicari bila2 & dimana2 sj tp xmungkin sm seperti "dia" dulu...dr itu sy mula belajar utk menghargai manusia yg bernama sahabat!


"selemah-lemah manusia ialah org yg tak boleh mencari sahabat & org yg lebih lemah dr itu ialah org yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"....Saidina Ali

friendship isn't how u forget but how u forgive
not how u listen but how u understand
not how u see but how u feel
not how u let go but how u hold on

*peace*
:)

picnic

wehooo....saya berpicnic...together wif my ex-schoolmate yg gila2 sakai...walopun xseramai mn tp kami gumbira!! today i still feel tired even though semalam i xwat pape tym picnic tu...owh...I got up early yesterday morning semata2 nk masak utk my friends u know...wow...bagus tak sy?? BBQ sudah pasti!! tengs utk mr.arab yg bertungkus lumus sediakan bahan2 makanan n ikan pari yg besar gedabak semalam! orgnya xseberapa tp makanan mengalahkan utk 10 org...location agak best tp kaki i xkuat utk berjalan sejauh itu. lain kali i nk suggest diorang mndi kt tempat2 cetek kt depan tu sudah! diorang ni perenang negara...hahaha..phm2 la...xbyk pictures taken cuz mereka ni pemalu...xnk org tgk gaya santai meraka yg huduh...kata mereka la...hehehe...:)

Thursday, April 29, 2010

kawan bukan lawan

pssst...pssst...zai...muvies again!!! sengaja nk perangat si zaizax nih...katanya dia xsempat nk marathon muvies...i pon heran. msnya banyak how come xsempat cik zaizax...pegi la kuar hang out dgn ur fren kt sn...xkn dok umh makan je??? hehehe...on9 keje wajib la kan?i taw yg tu...alang alang dh tersebut nm gadis di atas tb2 trasa n nk bercerita sal dia la plak...mintak restu yer zaizax...skali skala harus promote kawan jgk yer dak??hehehe

zaizax
kwn i sejak part one! merangkap roomate sejati sehingga part3 kot bila mana dia pindah sebilik ngn kwn SEJATInya...MEME(hahaha...gelak zai)..pic dibawah sebagai bukti kami sebilik dulu. KUKUH! seperti mn kukuh tersemat di hati i bila mn ni la first time our pic had been taken. muka poyo tak terkata la kn...maseh mentah & muda remaja...suci gitu...hehehe...

anda kenal yg mn 1 cik zaizax?? yer yg paling kanan tu la dia...tersengih gumbira

back to zai. i sk dia(bkn mengampu ok) seyesly i mmg sk kn dia sbagai sahabat i...sporting abes!
bab makanan mmg A++...maksud i dia sk bawak blik mkanan tyme kt hostel dlu...mmg rajin masak ah dia nih...calon isteri solehah ni kwn2 oi...sp tak mau angkat kaki??hahaha...zaizax ank bongsu dr 6 adeq bradik (kalo xslap..hee) dan salu dianggap kakak (kakmerah yg cakap). kesian dia...jd kakak walopon xberadeq...mugkin faktor fizikal yg buatkan org disekitar berfikiran begitu...dia matang. dia tinggi berbanding kakak2nya yg lain....jadi dianggap kakak la yer...hehehe...skang berjuang meyelesaikan research project bersama 3sahabat lain...mia, mikin & haikal...meme?? owh...dia ada kt sebelah haikal...terlindung...hehehe....back to zai. penggemar biskut! cuma makan biskut berkhasiat je ok...i offer biskut cream dia xmo...sampai ati...huhuhu...dia xmakan ikan kecuali ikan kembung(unique). senang je nk bela dia nih...bg makan biskut pon dh ok...yer dak zai?hehehe(joking)...wat ms ni nk bercerita yg ni je dlu pasal kawan kita nih...kang cita lebih2 dia marah...hehehe:)
hope our friendship last forever....amin...:)