Showing posts with label happy moments. Show all posts
Showing posts with label happy moments. Show all posts

Saturday, August 1, 2015

Kakak Sulung OFF-Market

Assalamualaikum.

Tak lama lagi kakak sulung kite dah nak off-market. Takda la feeling nak nangis-nangis ke apa sebab kite tahu lepas nikah nanti dia masih menghuni rumah ni bersama yang lain seperti sedia kala. Cuma, excited nak kenduri dan jumpa saudara-mara, rakan taulan tu ada la 50%. Another 50%, hilang lari kemana entah lah. Nanti kite cari.

Tempoh bertunang tak lama, 3 bulan. Bertunang, 1 Mei 2015, Nikah, 7 Ogos 2015 dan kenduri kendara, 8 Ogos 2015. Kalau kenduri ni biasalah, sibuknya makcik-makcik kite ni. Tak menang tangan nak buat kerja. Kite tolong sikit je la. Dah terbiasa dengan sikap PEMALAS ni memang macam ni la selamanya. Bukan apa, kite ada 9 orang makcik saudara nak bertungkus-lumus kat dapur tu dan seorang SUPER EMAK of course. Dapur mak kite tu dah la kecik cinonet je haa, mana muat nak tampung sembilan orang makcik dan seorang Suraya. Barang-barang bersepah sana sini lagi kena kira jugak. Terima kasih makcik-makcik saudara kite yang banyak membantu dalam menjayakan majlis kakak sulung kite ni. Muahciked!

Majlis berjalan lancar dan sempurna macam majlis orang kahwin yang lain. Cuma petang tu hujan lebat sikit. 





One Happy Father.


One Happy Mother, Niece and my Mak Tam back there. 


One BIG Family.

my fellow friends


Ada banyakkkkk lagi gambaq nak up. Sendiri tengok la dekat folder dalam laptop ni.

BTW, photographer kita ambil Arip. Harga yang berpatutan PLUS dia kawan kita since high school. Esok lusa kita kahwin pun kita bakal ambil servis dia jugak. InsyaAllah.

till then.


bye.

Wednesday, March 27, 2013

asam garam guru ganti

Hi. Assalamualaikum. 


(jaga-jaga! entry ini bersifat panjang lebar dan kelaut -- merepek 
serta ke'obsess-an' penulis menjadi guru ganti)


seronok betul bila pada mulanya diri ni hanya tahu duduk, baring, terlentang, tidur kemudian mandi, makan dan tidur semula dan kini dapat merasa peluang bekerja. sebelum ni selain melepak 24/7 dekat rumah (sebelum bekerja) aku memang tak tahu buat kerja lain. menternak lemak dan lemak dan lemak sahaja, titik!

jadi bila dah start bekerja aku tak sempat nak merasa kerja sampingan aku yang dulu yakni melepak 24/7. bayangkan, weekend juga aku berkerja. workaholic sungguh. walaupun hanya berstatus guru ganti, apa ada hal, aku akan berkhidmat sehabis daya. aku jenis yg bila suka, memang aku pulun. abah tak setuju dengan pendapat aku. "jangan penatkan badan dengan kerja lebih masa. buat kerja dalam bidang tugas kita sahaja. lain-lain jangan pulun sangat". itu kata Abah. 40% mungkin betul tapi 60% yang lain bercanggah dengan minat dan kesukaan aku. jadi aku tak boleh terima, tapi masih tak boleh nak abaikan terus sebab kadang-kadang apa yg abah cakap tu betul belaka cuma aku je yg tak boleh nak terima dengan hati terbuka. hehe. jadi aku menolak habis-habisan. perasan pendapat dia betul semua macam ni la gayanya. 

sebagai guru ganti yang berdedikasi, aku galas semua tugas yg diberikan sebaik mungkin. aku nak orang (pentadbir, guru-guru yg lain) tahu bahawa aku ni seorang yg boleh diharap. bagi tugas, aku settle. aku ni guru ganti yg pegang 7 kelas (5 kelas form1, 2 kelas form2) serta memegang title guru penasihat boling. sejiwa sangattttt! itu yg aku maksudkan bila aku suka, aku pulun. bila kena dengan jiwa aku, secara automatiknya aku TURN ON. mood baik je bila berkaitan boling (dan mood baik juga bila berkaitan matapelajaran dan lain-lain).

asam garam guru Geografi - Tingkatan Satu

berjaya kaut LIMA KELAS - 1C, 1E, 1H, 1M & 1N. kaut dalam erti kata bukan atas dasar kemahuan tetapi atas dasar dah memang bidang tugas. rupanya mencabar betul nak mengajar subjek yang kita pikir mudah dan nayy.....tak penting ni. susah nak bagi murid faham. kelas bijak mungkin a slice of cake bagi mereka. tapi kelas yg terkebelakang (1M & 1N) ni agak kasih-an. penerimaan mereka tak sama dan tak serupa dengan kelas hadapan. simpati aku disitu. sebagai guru yg berdedikasi, pulunnya aku untuk bagi depa paham sampai ke tahap kena bodek. hulur cekelat pun kemain suka depa ni. terima kasih kerana menghargai cekelat Hudsons saya ni dan terima kasih kerana berjaya faham apa yg saya ajar HIHI

asam garam guru Sains - Tingkatan Dua

syukur, diberi hanya dua kelas.....yang mencabar - 2K & 2N. grrrr! nasib aku baik sebab dapat dua kelas sahaja. kalau tiga, serta merta pingsan! subjek Sains seronok. Amali dan Nota dan Latihan berjalan seiring. yang susahnya hanya untuk buat mereka fokus dan merasakan subjek Sains tingkatan dua ni seronok dan akan lebih seronok jika mereka fokus dan faham. itu sahaja. 

asam garam guru penasihat Boling

ini paling seronok! tiba-tiba jadi macam most wanted dekat sekolah sebab setiap minggu yg ada latihan boling (setiap Jumaat), berpusu-pusu murid datang cari kita. nak bayar duit latihan. sambil tu ada jugak yg mencelah nak borang ahli padahal dah bulan MAC ni masih tak boleh nak decide awak tu nak join kelab apa. murid yg macam ni sebenarnya dah terikut-ikut, tak reti nak buat keputusan. at last, apa yg kawan join dia pun nak join. masa tu borang ahli kita dah tak fotokopi lebih untuk awak. kita dah busy nak pilih wakil daerah. jadi, awak pilih la kelab/permainan lain. catur ke, tak pun silat awang daud ke? hihi (eh! itu persatuan unit beruniform)

masa latihan dekat Amanjaya Mall, kita bawak seratus orang murid (mungkin lebih) untuk main dan berlatih.  20 lanes semua kita punya. bunyi pin jatuh tum tam tum tam GAMAT! itu baru bunyi pin yg jatuh, belum lagi kau kira suara-suara sumbang murid. lane slow/licin, kau tanya cikgu. "cikgu, kenapa lane kami slow/licin?". lane kau stuck kau tanya cikgu. pin kau susun lambat sangat kau tanya cikgu. bola kau dicuri kawan pun kau masih nak cakap dan tanya dgn cikgu. "murid, kalaulah cikgu tahu nak fix all the things, nak jugak cikgu apply kerja part time kat Pusat Boling tu untuk hujung minggu, boleh?". aku pulak yg tanya kau orang.

perkara diatas ni bukanlah rungutan. sekadar mahu berkongsi penat dan lelah aku melayan kerenah anak bangsa yg after all akan buat aku tersenyum dan rindu (sangat)


memori sekitar Aktiviti Merentas Desa
(09.03.2013)









memori sekitar Projek Keceriaan Makmal Sains SMKBSP
(12.03.2013)



-xoxo-

Monday, March 4, 2013

Maksu kuat bebel

Hi. 

Assalamualaikum.

sejak bergelar guru 2 bulan lepas, aku dah dapat satu lagi gelaran baru yang aku kira unik dan tidak teragak-agak untuk gelak dulu lepas tu baru marah. marah manja. hikss. gelaran yg dimaksudkan - Maksu. 

"Hoi! kenapa Maksu? kenapa tak Gemma Arterton ke? Lizzy ke? Song Ji Hyo ke? kenapa tak panggil saya emak terus? kenapa??"

Entah macam mana Maksu boleh dapat, oh! tersasul sudeh, macam mana aku boleh dapat gelaran ni pun aku tak pasti. gara-gara anak didik kelas 1C aku dapat title mak menakan. sedangkan aku tak pernah kahwin dengan pak sedara dia atau pak menakan dia lagi pn. Heh! apa pun gelaran (selagi tak melampau) tak menggangu prestasi pengajaran aku, aku terima dengan redha. aku anggap tu sebagai senda gurau untuk hilangkan stress. bagi aku, depa nak melawak perlu pada tempat dan masa yg sesuai. kalau dalam kelas depa berdepan dengan singa lapar (aku) ni sila la berhati-hati ketika bercakap. murid selalu ejek aku dengan mimik-mimik muka dan tangan sekali. aku ni pulak kaki berletiaq (berleter) memang depa kena lahhhh...

"kamu kalau nak bercakap tolong bercakap benda yg berilmiah je. jgn bincang topik nak makan apa rehat nanti, balik satgi nak pi mana dulu baru nak balik ke, retis korea ke, big bang ke, runningman ke, masa saya dalam kelas. oh ya! dan hanya bercakap bila perlu sahaja. faham? " aku. 

depa angguk. konon paham. padahal esok aku kena ulang cakap benda yg sama. nampak sangat angguk tipu-tipu. aku ni pulak secara automatik dah jadi kaki berletiaq. hari-hari berletiaq, tanpa jemu dan juga tanpa gagal. sapa suruh masuk telinga kiri keluar telinga kanan. tadah je la telinga tu dan dengaq je la Maksu ni berletiaq tiap-tiap hari. 

setiap hari depa suruh aku marah depa. ada je yg tak kena. ada je yg nak cabar aku. kadang tu rasa macam nk give up. nak lari keluaq kelas dan nangis bawah meja. terus tak macho, kan? HAHA bertahan dan teruskan situasi. belum sempat nak marah, depa cakap dulu...

"kamu cakap bila perlu je eh"

siap angkat jari telunjuk, muka serius. lepas tu terburai gelak. nakalnya anak muridku.  sampai hati gelakkan aku. redha !

siapa sekarang ni dia cikgu/guru atau pernah pegang title cikgu ganti, GSTT, bakal guru yg dah pernah praktikal sebelum ni aku bet hampa semua mengalami situasi yg sama. ada pun mungkin yg bernasib baik, tak pernah mengalami situasi macam aku anda dikira bertuah. bagi aku ni semua pengalaman dan pegajaran. ada pahit, ada manis. blend together, create happiness. 

selit-selit:

Hi! saya Maksu kuat berletiaq.

 1Histeria
1H
 senamrobik - setiap Isnin

WANTED!



Boling - setiap Jumaat

sekian dari saya Maksu kuat bebel.

(lepas ni nak up gambaq anak-anak buah Maksu plak eh. tunggu la hampa)

bye.

Tuesday, December 18, 2012

konvokesyen ke-77 | the finale

Hi! 

tiba-tiba dah part finale tau. takmau pening-pening, takmau tambah beban/komitmen untuk buat karangan panjang lebar satu buku. byk byk entri itu melampau. byk byk part itu lagi melampaukan. sungguh tak rajin! entri ini bakal menceritakan detik bersejarah (ptuihh) buat aku. aku harap entri ni tak akan panjang berjela dan kemudian bosan. harapan (awal)

bagi aku, sudah cukup cukup sudah dengan adanya parents and siblings disisi. mereka penguat aku. sungguh! (sebak) aku tak perlukan org lain untuk buat aku tersenyum. yes! cukup ada abah sorang dah boleh buat aku bukan saja tersenyum malah gelak terbahak-bahak. tudiaaa penangan keluarga buat aku. ya! aku ni jenis family-oriented. apa-apa saja aku akan buat dgn keluarga. jarang dgn kawan. jarang sangat. 

oleh sebab aku ni jenis yg family-oriented, aku nak semua orang mesti/wajib ada masa hari bersejarah aku tu. hari tu, semua ada kecuali Ude. aku maafkan Ude yg tak dapat join sbb ada komitmen lain. terima kasih sejuta lemonade buat abah, emak, kak long dan adik yg ada masa tu. aku gembira! cukup gembira bila dapat tgk muka depa masa keluar daripada dewan. masa nak panjat stage pun tak rasa segembira tu. so-so je. huahaha. walaupun gembira tu hanya so-so aku rasa terpanggil nak mentulis entri pasal ni utk buat bahan bacaan masa depan (kelak)

Terima Kasih:


  • abah dan kak long (wakil) yg masuk dewan. emak tak sihat maka duduk luar dan tunggu
  • kak long yg cekal dan tabah menanti majlis selesai. bukan senang nak yakinkan kak long untuk masuk dalam dewan HEHE ^^v
  • emak dan adik yg berpanas menunggu kat luar
  • adik yg jadik cameragirl masa tu. mn kak ngah pegi semua adik ikut. terima kasih sejuta kali!
  • Ude dan Mr. H yg berada dikejauhan hanya mampu wish thru SMS

cukup dengan mereka aku gembira. seratusperatus gembira! anda bagaimana? hehe


masa aku keluar dewan hari tu, depa ni la yg sambut aku (mcm ada org lain). terima kasih keluarga! nk berkumpul lepas keluar dewan tu pun dah macam drama. masa tu tak bawak fon, memanglah menyesal. terkapai-kapai dalam lautan manusia. renung semua org. renung semua manusia. sebaik ada sorang manusia tu tgh melambai ke aku.
terima kasih adik! hew.

ini jantung dan hati aku. mereka tulang belakang aku. mereka organ aku. takkan wujud tanpa mereka. terima kasih ibubapa! 
sayang banyakkkkkk sgt
Shahida Safie
ini kakak sulung, so-called unpredictable lady. masa nak datang hari tu dah buat drama berapa episod ntah. kejutan tak kejutan semua dia dah buat. end up sampai shah alam jugak.  terima kasih kakak sulung. dalam diam, aku sayang dia banyak! kenyataan. phew. 

Najihah Safie
adik kecil a.k.a super cool girl
dia ni multitasking orangnya. semua kerja dia bedal. semua kerja kita suruh dia buat memang dia akan buat. sungguh! tapi kan, beserta dengan leteran. takpa, leteran tu sekejap je. asalkan kerja aku settle, aku sanggup dengar dia berleter sehari semalam sampai dia penat. dalam tak diam, memang aku sayang dia. ehemm. so kenyataan. 

Ladies

Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian)
Bachelor of Administrative Science (Honours)
2010-2012

kawan-kawan
atas dari kiri: Bronk, Mail, Ket
bawah dari kiri: Suraya, Zue, kawan Zue

kesayangansssss (love love love)

si jantung hati
emak sayang
thanks emak!

ell oo vee eeii
emak cool je snap pic tengah hari terik. tapi abah macam seksa je nk bukak mata. semua pics abah nk pejam mata. haha



ex-merbokians vs ex-shah-alamians
kawan suka duka daripada diploma merbok sampai degree shah alam
terima kasih kawan-kawan
(kami berlainan course)
dari kiri: suhaila, anis, suraya, gi, ain

super gorgeous and awesome classmates
they rock!
mereka ganas!
kami FSPPP-ians!

terima kasih kawan-kawan
depa ni banyak bantu aku masa aku susah kat sana. susah nak cari tiket balik kampung. susah nak cari buku fotostat etc

super gorgeous zazai
ex-Merbokian
my room-mate (diploma)
my class-mate (diploma)
my advisor
my friend and foe
 terima kasih zazai




terlalu ramai yg nak diterima kasihkan. terlalu ramai. tak terkira dan tak terbilang dengan jari-jariku yg runcing ini (dua belas orang mana mungkin boleh dikira dgn jari) mak teh dan keluarga. mak uda dan keluarga etc. thank you so much! kalian daebak! terbaik antara yg terbaik. status ini layak buat kalian. nak cium sekali ke? okay. nah! Muuuaaah!

secara rasminya saya telah tamat belajaq. seghonok! 

serial number; 05122012
kbai.

Monday, December 17, 2012

konvokesyen ke-77 | part 1

Hi. 

sebelum aku melalut ke laut Mediterranean, nak tanya dulu...

"Perlu tak entri ni ada part?"

kononnya nanti akan ada part cari baju, part cari kasut, part cari tudung, part ambil jubah, part naik stage etc. tak mungkin la kot aku serajin tu untuk update setiap tindak tanduk aku. walaupun part cari tudung tu sampai ke Kelantan aku cari (macam dekat Kedah takda) tak mungkin aku nak update "kegigihan" aku tu kat sini. so, tak akan ada part mengarut tu semua.

ATAU...

kalau rajin mungkin akan ada part. tak berani nak janji dgn diri sendiri. kadang tu kalau mood rajin, mungkin aku akan up DUA entri. itu kalau rajin la. selalunya tak mampu pun nk up dua entri dalam satu hari. kekangan; 1) masa, 2) idea 3) tak rajinpasal tu kita boleh bukak cerita next time. buat masa ni fokus pada satu entri yg entah berapa kali akan masuk draft keluar masuk keluar masuk br nak publish. 

berbalik pada tajuk, konvokesyen ke-77, aku rasa tak gembira (langsung). pulak. kita cerita part sedih dulu eh. nanti baru kita selit part gembira. selalunya part happy ending ni dihujung cerita, kan? tak. tak. kita takkan bukak part happy ending untuk entri berikutnya. tunggu sat, satgi kita cerita. ok. 

kenapa sedih kan tadi? baiklah. aku hurai satu persatu agar jelas. 

pertama, kawan rapat, kawan sedih, kawan gembira tak datang dan konvo bersama. sepatutnya dia kena ada dgn aku. kena datang untuk raikan hari bersejarah dia, kami dan semua. hari ni takkan datang berulang kali. takkan ada lagi dah lepas ni (tp kalau dia sambung master, phd, mungkin la ada). bagi aku, kerja kita boleh tangguh sekejap, mintak cuti. sedaya upaya mintak cuti, I mean sampai dapat! kalau perlu bagi alasan, bagi la. tapi rasanya tak perlu kot. majikan tu mesti waras. mesti faham. belum cuba dah cakap TAK. aku pantang betul dgn org yg belum berjuang dan mengaku kalah. pantang sangat! sepantang-pantang aku pun, aku tak akan salahkan dia. mungkin ada benda yg dia tak boleh nk share dgn aku. tak boleh nak bagitau aku. okay takpa. aku waras, so  aku faham.

kedua, ude tak dapat join sekali dgn depa yg lain. ini kali kedua dia tak dapat join. masa diploma dulu aku boleh terima kalau dia tak boleh join (dia ada kelas; IKM). masa degree ni pun aku still boleh terima. abah cakap, "kalau takda ude pun, kakngah still akan naik stage jugak". itu ayat abah untuk tenangkan hati aku. betul. aku waras, so aku faham. sebenarnya aku tak la rasa down ke, nak nanges ke kalau ude tak dapat join. cuma sedih. sedih sikit je. masa kat atas stage tak sempat pn aku nk ingat ude yg tak datang tgk aku naik stage ni haa. 

ketiga, takda~~ aku sedih pasal dua benda tu je. miahaha

rasanya entri ni bakal beranak pinak menjadi 10 part kesemuanya. itu pun kalau aku rajin nak update entri sedih, gembira bagai. yang pasti itu TAK MUNGKIN. jgn risau. tak akan ada entri panjang berjela dan kelaut china selatan itu. mari teruskan.....

dua hari sebelum melangkah ke bumi shah alam, aku rasa cool gila. serius tak cuak. sebelum ni kalau nk balik shah alam atas urusan meneruskan pengajian seminggu sebelum naik bas aku dah lemau. dah cuak. dah malas. seriously takda mood nak pijak tangga bas, tangga kolej, tangga fac etc. tapi kali ni rasa WOW tak sabarnya. bukan excited nak konvo sgt pn (refer paragraph atas) tp more to excited nak settlekan tugas (beban). lepas ni beban lain plak yg aku kena pikul. ohh beban! tapi yang pasti lepas ni aku tak perlu uruskan bab pengajian dan sekaligus dan secara rasminya aku dah pun bergelar graduan. Alhamdulillah. settle satu bab, datang satu bab lagi. hidup harus diteruskan. jyeahh!

gap between ambik jubah dgn konvo adalah super panjang. a week rasanya. super boring super boring dan super boring. keadaan menjadi not so boring bila pakteh dan makteh ajak join hantar Syasya balik Kelantan (UiTM Machang). we spent about two days 1 night dekat sana. sempat shopping tudung dua helai. sambil menyelit sambil shopping tudung. terer, kan? HAHA

parents & siblings sampai shah alam a day before konvo. super happy! rasa bersyukur ada family untuk share benda gembira. aku tak perlukan orang lain selain MEREKA. ya. mereka itu jantung hati, racun dan penawar buat aku. just them! itu la buat aku gembira. that's it!

Tuesday, November 6, 2012

50. the ring

last Sunday, 

1 missed call!
1 message received!

received a call from someone I really know. keluarga terdekat. message daripada Celcom mengingatkan aku bahawa aku telah terlepas satu panggilan yg memang purposely or intentionally aku lepaskan. tiba-tiba berperasaan kurang enak bila kita bakal terima panggilan daripada orang yg jarang berbuat panggilan ke kita. rasa gementar. rasa macam "eh! apehal kak telepon saya?" bila dah terlepas satu panggilan, received another incoming call. rasa macam betul-betul "penting" je panggilan tu kalau tak beliau tak akan terus-menerus telepon ke aku. maka, aku jawab panggilan beliau dgn mukadimah, salam......

lepas 20 minit berbual dan beramah mesra (kan dah lama tak jumpa) baru aku faham niat dan tujuan kak telepon ke aku tadi (Ahad lepas) HAHA lepas tu terus faham. terus-terusan senyum sebelum sampai rumah dan sebelum sempat check email (entah masa tu email dah masuk ke belum). masa terima panggilan tadi, aku tengah drive nak balik rumah from somewhere (pelupa). bajet tak jawab phone tadi sebab tgh drive la kot. padahal dok memikior (fikir) alasan apa nak beri ke kak besok-besok kalau dia tanya kenapa tak jawab call. rupa-rupanya beliau ada "sesuatu" yg nak disampaikan ke aku. senyum sampai ke rumah. gaya dah macam dapat durian runtuh. padahal benda simple je. dah terasa macam dunia ini ana yang empunya ^___________^ caittt! 

nak senyum sampai tertidur pulak. kbai 


happy moments, PRAISE ALLAH
difficult moments, SEEK ALLAH
quiet moments, WORSHIP ALLAH
painful moments, TRUST ALLAH
every moments, THANK ALLAH

Sunday, September 30, 2012

43. konvokesyen uitm ke 77

tak sabar!

Alhamdulillah.

hampir 2 tahun membanting tulang, memerah keringat dan otak akhirnya sampai jugak masa nak merasa naik pentas buat kali ke DUA. InsyaAllah dan Alhamdulillah. result takda la hebat dan gempak mana tapi semangat tu perlu la ada, kan? bertambah semangat bila konvo kali ni  buat dekat Dewan Agong Tuanku Canselor. masa diploma dulu dekat DSB (Dewan Sri Budiman). sempit! kesian parents yg tak dapat masuk. beratur kemain panjang, end up duduk dewan asing. kesian oh macam tu. hope this time muat semuanya! 


tak sabar! 

nak jumpa kawan-kawan semula. kawan-kawan diploma/degree (Merbok) dan kawan-kawan degree BAS10-12 & BCA10-12. nak tgk, nak kaji siapa dah berisi, siapa dah kecut, siapa dah kerja dan siapa yg masih tanam anggur macam aku KAHKAH

nice je kan bila jadi sesi second last nih. bunga tepi jalan pun dah berkurang.

sesi pagi pulak. dulu petang, siap nak hujan lagi haa. tak sempat nak photo shoot dengan kawan-kawan. 


5Disember2012
counting.........

selamat berkonvo warga UiTM! 


peace.no.war :)