Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

asam garam guru ganti

Hi. Assalamualaikum. 


(jaga-jaga! entry ini bersifat panjang lebar dan kelaut -- merepek 
serta ke'obsess-an' penulis menjadi guru ganti)


seronok betul bila pada mulanya diri ni hanya tahu duduk, baring, terlentang, tidur kemudian mandi, makan dan tidur semula dan kini dapat merasa peluang bekerja. sebelum ni selain melepak 24/7 dekat rumah (sebelum bekerja) aku memang tak tahu buat kerja lain. menternak lemak dan lemak dan lemak sahaja, titik!

jadi bila dah start bekerja aku tak sempat nak merasa kerja sampingan aku yang dulu yakni melepak 24/7. bayangkan, weekend juga aku berkerja. workaholic sungguh. walaupun hanya berstatus guru ganti, apa ada hal, aku akan berkhidmat sehabis daya. aku jenis yg bila suka, memang aku pulun. abah tak setuju dengan pendapat aku. "jangan penatkan badan dengan kerja lebih masa. buat kerja dalam bidang tugas kita sahaja. lain-lain jangan pulun sangat". itu kata Abah. 40% mungkin betul tapi 60% yang lain bercanggah dengan minat dan kesukaan aku. jadi aku tak boleh terima, tapi masih tak boleh nak abaikan terus sebab kadang-kadang apa yg abah cakap tu betul belaka cuma aku je yg tak boleh nak terima dengan hati terbuka. hehe. jadi aku menolak habis-habisan. perasan pendapat dia betul semua macam ni la gayanya. 

sebagai guru ganti yang berdedikasi, aku galas semua tugas yg diberikan sebaik mungkin. aku nak orang (pentadbir, guru-guru yg lain) tahu bahawa aku ni seorang yg boleh diharap. bagi tugas, aku settle. aku ni guru ganti yg pegang 7 kelas (5 kelas form1, 2 kelas form2) serta memegang title guru penasihat boling. sejiwa sangattttt! itu yg aku maksudkan bila aku suka, aku pulun. bila kena dengan jiwa aku, secara automatiknya aku TURN ON. mood baik je bila berkaitan boling (dan mood baik juga bila berkaitan matapelajaran dan lain-lain).

asam garam guru Geografi - Tingkatan Satu

berjaya kaut LIMA KELAS - 1C, 1E, 1H, 1M & 1N. kaut dalam erti kata bukan atas dasar kemahuan tetapi atas dasar dah memang bidang tugas. rupanya mencabar betul nak mengajar subjek yang kita pikir mudah dan nayy.....tak penting ni. susah nak bagi murid faham. kelas bijak mungkin a slice of cake bagi mereka. tapi kelas yg terkebelakang (1M & 1N) ni agak kasih-an. penerimaan mereka tak sama dan tak serupa dengan kelas hadapan. simpati aku disitu. sebagai guru yg berdedikasi, pulunnya aku untuk bagi depa paham sampai ke tahap kena bodek. hulur cekelat pun kemain suka depa ni. terima kasih kerana menghargai cekelat Hudsons saya ni dan terima kasih kerana berjaya faham apa yg saya ajar HIHI

asam garam guru Sains - Tingkatan Dua

syukur, diberi hanya dua kelas.....yang mencabar - 2K & 2N. grrrr! nasib aku baik sebab dapat dua kelas sahaja. kalau tiga, serta merta pingsan! subjek Sains seronok. Amali dan Nota dan Latihan berjalan seiring. yang susahnya hanya untuk buat mereka fokus dan merasakan subjek Sains tingkatan dua ni seronok dan akan lebih seronok jika mereka fokus dan faham. itu sahaja. 

asam garam guru penasihat Boling

ini paling seronok! tiba-tiba jadi macam most wanted dekat sekolah sebab setiap minggu yg ada latihan boling (setiap Jumaat), berpusu-pusu murid datang cari kita. nak bayar duit latihan. sambil tu ada jugak yg mencelah nak borang ahli padahal dah bulan MAC ni masih tak boleh nak decide awak tu nak join kelab apa. murid yg macam ni sebenarnya dah terikut-ikut, tak reti nak buat keputusan. at last, apa yg kawan join dia pun nak join. masa tu borang ahli kita dah tak fotokopi lebih untuk awak. kita dah busy nak pilih wakil daerah. jadi, awak pilih la kelab/permainan lain. catur ke, tak pun silat awang daud ke? hihi (eh! itu persatuan unit beruniform)

masa latihan dekat Amanjaya Mall, kita bawak seratus orang murid (mungkin lebih) untuk main dan berlatih.  20 lanes semua kita punya. bunyi pin jatuh tum tam tum tam GAMAT! itu baru bunyi pin yg jatuh, belum lagi kau kira suara-suara sumbang murid. lane slow/licin, kau tanya cikgu. "cikgu, kenapa lane kami slow/licin?". lane kau stuck kau tanya cikgu. pin kau susun lambat sangat kau tanya cikgu. bola kau dicuri kawan pun kau masih nak cakap dan tanya dgn cikgu. "murid, kalaulah cikgu tahu nak fix all the things, nak jugak cikgu apply kerja part time kat Pusat Boling tu untuk hujung minggu, boleh?". aku pulak yg tanya kau orang.

perkara diatas ni bukanlah rungutan. sekadar mahu berkongsi penat dan lelah aku melayan kerenah anak bangsa yg after all akan buat aku tersenyum dan rindu (sangat)


memori sekitar Aktiviti Merentas Desa
(09.03.2013)









memori sekitar Projek Keceriaan Makmal Sains SMKBSP
(12.03.2013)



-xoxo-

Tuesday, March 26, 2013

Tamat Perkhidmatan

Hi. Assalamualaikum.

pejam celik kemudian pejam kembali dan celik semula rupanya Mac bakal meninggalkan kita. apabila Mac bakal meninggalkan kita itu sudah menjadi suatu petanda buat aku bahawasanya aku akan berhenti (pause) daripada berkhidmat di sekolah pertama yang memberi aku seribu satu kenangan, cabaran dan dugaan. mungkin untuk seketika ni sahaja.  InsyaAllah. aku berharap (sangat) aku akan dapat sambung lagi. aku dah mula rasa selesa, suka dan nampak gayanya aku dah boleh handle semua perkara yg berlaku disekeliling ni. contoh, perihal murid. aku dah boleh buat kering layan depa. depa tak boleh buat kering kalau tak buat homework aku. siap la! HAHA 

suatu hari, ada yang bertanya,

"sampai bila nak jadi cikgu ganti je? cari la kerja tetap."

jawapan aku mudah dan sentiasa akan memihak kepada aku. no doubt :)

"InsyaAllah. bila dah bersedia nanti akan saya cari yg tetap dan selesa. lagipun saya ada rancangan sendiri (senyum)".

Ahh...tipikalnya jawapan aku! Ahh...semua orang pun pasti akan mencebik / mengejek aku. lepas aku jawab macam tu mesti akan ada soalan yg berikutnya, "sampai bila baru nak bersedia?". ignored. negativity. taknak jawab -____-'

Syukur aku masih ada keluarga yg menyokong setiap tindak tanduk aku. bagi aku dah cukup sempurna dengan adanya sokongan keluarga. aku tak perlukan sokongan daripada orang yg mencebik dan mengejek aku. (mana ada orang mencebik/mengejek mahu menyokong, yer dak?) HIHI

setiap apa yang berlaku pada aku ada aturannya. setiap apa yang berlaku pada KAMU, juga ada aturannya. rezeki aku mungkin belum pada yang tetap lagi. masih berjinak-jinak mencari pengalaman. InsyaAllah. aku percaya pada janji Allah. Allah is a good PLANNER, you know? teruskan berdoa dan minta diberikan perkara-perkara baik. InsyaAllah. Allah suka kalau kita meminta (berdoa) pada DIA. selitkan bersama USAHA. jangan hanya tahu meminta dan malas untuk berusaha. mana ada orang berjaya tanpa usaha. 

Mari sama-sama berusaha. kamu usahakan untuk diri KAMU sendiri dan saya akan berusaha untuk diri SAYA sendiri. jangan mencebik, jangan mengejek. rezeki Allah itu luas,  mari sama-sama kita cari dan gali (jika perlu)!

*sampingan*


bye!

Monday, March 4, 2013

Maksu kuat bebel

Hi. 

Assalamualaikum.

sejak bergelar guru 2 bulan lepas, aku dah dapat satu lagi gelaran baru yang aku kira unik dan tidak teragak-agak untuk gelak dulu lepas tu baru marah. marah manja. hikss. gelaran yg dimaksudkan - Maksu. 

"Hoi! kenapa Maksu? kenapa tak Gemma Arterton ke? Lizzy ke? Song Ji Hyo ke? kenapa tak panggil saya emak terus? kenapa??"

Entah macam mana Maksu boleh dapat, oh! tersasul sudeh, macam mana aku boleh dapat gelaran ni pun aku tak pasti. gara-gara anak didik kelas 1C aku dapat title mak menakan. sedangkan aku tak pernah kahwin dengan pak sedara dia atau pak menakan dia lagi pn. Heh! apa pun gelaran (selagi tak melampau) tak menggangu prestasi pengajaran aku, aku terima dengan redha. aku anggap tu sebagai senda gurau untuk hilangkan stress. bagi aku, depa nak melawak perlu pada tempat dan masa yg sesuai. kalau dalam kelas depa berdepan dengan singa lapar (aku) ni sila la berhati-hati ketika bercakap. murid selalu ejek aku dengan mimik-mimik muka dan tangan sekali. aku ni pulak kaki berletiaq (berleter) memang depa kena lahhhh...

"kamu kalau nak bercakap tolong bercakap benda yg berilmiah je. jgn bincang topik nak makan apa rehat nanti, balik satgi nak pi mana dulu baru nak balik ke, retis korea ke, big bang ke, runningman ke, masa saya dalam kelas. oh ya! dan hanya bercakap bila perlu sahaja. faham? " aku. 

depa angguk. konon paham. padahal esok aku kena ulang cakap benda yg sama. nampak sangat angguk tipu-tipu. aku ni pulak secara automatik dah jadi kaki berletiaq. hari-hari berletiaq, tanpa jemu dan juga tanpa gagal. sapa suruh masuk telinga kiri keluar telinga kanan. tadah je la telinga tu dan dengaq je la Maksu ni berletiaq tiap-tiap hari. 

setiap hari depa suruh aku marah depa. ada je yg tak kena. ada je yg nak cabar aku. kadang tu rasa macam nk give up. nak lari keluaq kelas dan nangis bawah meja. terus tak macho, kan? HAHA bertahan dan teruskan situasi. belum sempat nak marah, depa cakap dulu...

"kamu cakap bila perlu je eh"

siap angkat jari telunjuk, muka serius. lepas tu terburai gelak. nakalnya anak muridku.  sampai hati gelakkan aku. redha !

siapa sekarang ni dia cikgu/guru atau pernah pegang title cikgu ganti, GSTT, bakal guru yg dah pernah praktikal sebelum ni aku bet hampa semua mengalami situasi yg sama. ada pun mungkin yg bernasib baik, tak pernah mengalami situasi macam aku anda dikira bertuah. bagi aku ni semua pengalaman dan pegajaran. ada pahit, ada manis. blend together, create happiness. 

selit-selit:

Hi! saya Maksu kuat berletiaq.

 1Histeria
1H
 senamrobik - setiap Isnin

WANTED!



Boling - setiap Jumaat

sekian dari saya Maksu kuat bebel.

(lepas ni nak up gambaq anak-anak buah Maksu plak eh. tunggu la hampa)

bye.

Si Poket Kosong

Hi.

Assalamualaikum.

Lihat diri sendiri. apa perubahan/peningkatan/kemajuan yang sudah kita (aku) lakukan dalam bulan Februari yang lepas? 

Tiada.

cuma buku list-to-do dan list-to-buy je yg dah makin tebal. setebal kamus Longman - Contemporary English kepunyaan tuan tanah yang dah berhabuk dekat rak tu. Hikss :) since gaji akan masuk lump sum (word of wonders) hujung bulan Mac atau akan dragged sampai dua bulan berikutnya (pingsan !), sempat la aku sleeping beauty dulu kot, kan? poket kosong, tak boleh buat apa. harap biasiswa Mak Abah je. sedih.

boleh la sediakan katil/bantal empuk dan mulakan sleeping beauty sekarang. bangun semula  31 Mac nanti.

selit-selit:

Lawak Hambar



bye.

Wednesday, January 23, 2013

melentur buluh biarlah dari rebungnya

pepatah ni harus diguna dan dipakai oleh mereka yang bergelar IBU dan BAPA (baik hari ini, sekarang atau dikemudian hari)! anak mereka adalah tanggungjawab mereka. (sudah pasti!) untuk mempunyai anak yang berkualiti which is nearly perfect or perfect (tak mustahil), ibu dan bapa harus memainkan peranan mereka. selain didikan disekolah, didikan dirumah juga penting (dah macam cikgu bahasa melayu, kan?). maka, hipotesis hari ni ialah, (semakin) baik didikan daripada ibubapa maka (semakin) baik juga lah anak itu nanti. InsyaAllah. sebab itulah buluh harus dilentur sejak dari rebung. logiknya kita gunakan pepatah ni untuk dikaitkan dengan anak dan didikan ibu bapa ialah kerana rebung (sebelum menjadi buluh) ianya masih 'lembut'. anak juga masih 'lembut' semasa mereka masih kecil. jadi logik bukan untuk menggunakan rebung dan buluh bagi menyampaikan maksud?

kerja-kerja melentur, baik rebung mahupun anak, haruslah kena pada caranya. bererti betul dan beretika. rebung itu rapuh. mudah patah jadi gunakan cara yang betul semasa melentur (mendidik). kelak bila dewasa kerja melentur adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. rebung (lembut) sudah menjadi buluh (keras). kekuatan buluh sebenarnya mengatasi kekuatan besi. jika dilentur, akan kembali pada sifat asalnya. mustahil. jadi, adalah lebih baik jika anda yang dipanggil ibu dan bapa itu melentur anak-anak daripada kecil. anak adalah imej anda. perangai dan tingkah laku anak-anak melambangkan diri anda sendiri. orang akan cakap, macam mana perangai anak, macam tu jugaklah perangai emak atau ayah dia. malunya kalau perangai anak macam tutt tutt. mesti orang akan tunding jari salahkan ibu bapa. "haa, mak bapak dia la tu tak ajar hormat orang dll..." anak yang baik contohnya hormat orang tua, beradab, pendek kata baik dari segala segi bermakna ibubapa mereka juga begitu. anak-anak cermin ibubapa. as simple as that.

Google
anak yang semasa 'rebung'nya tidak dilenturkan dengan baik kelak akan membawa masalah. maaf jika terkasar bahasa. tapi itulah kenyataan. hari ni, aku berdepan dengan masalah pelajar yg aku labelkan sebagai kurang didikan dan perhatian daripada ibubapa. tipikal lah kiranya aku menyalahkan ibubapa, aku juga manusia biasa. menyalahkan dan dipersalahkan. aku tak salahkan ibubapa 100 peratus, aku juga tak salahkan pelajar (anak) 100 peratus. kita bagi 50-50 kepada setiap satunya. kesian pada anak, kesian pada ibubapa. selagi boleh dilentur (selagi tak keras), lenturlah ! 

aku percaya, budak yang nakal, yang hyperactive, yang biadap, yang tak dengar cakap, yang buruk segalanya kalau kita handle dengan cara yang betul (mungkin) In Shaa Allah akan berhasil. keras lawannya lembut. berlembut dengan mereka, nescaya berhasil ! yang penting tu cara. budak nakal kalau dipukul, melainkan sakit takda apa lagi yang depa rasa. esok boleh buat lagi. bagi depa kalau nakal, kena pukul SAHAJA. so, esok boleh nakal lagi. kena pukul pun tak apa. tak ada yang terkesan dihati. 

bagi aku (orang lain tak perlu ikut kalau rasa cara aku ni salah) aku gunakan konsep slow talk. aku slow talk dengan depa. aku ajak bercakap (berkaitan masalah depa, kenapa malas, kenapa takmau belajar, sambil tu aku berleter jugak la HA HA HA ). so far, nampak hasil walaupun tak seberapa. budak yg dulu malas, sekarang dah duduk buat kerja walaupun aku kena guide satu per satu, kena suap sampai ke mulut setiap sorangnya. macam budak tadika. takpa lah asalkan nak belajar. hasil tak akan nampak serta merta. mana ada hari ni orang tanam pokok nyoq (kelapa), besoknya dah boleh sedut ayaq nyoq (kelapa) tu, kan? sabar la. jangan dipaksa !

sama-sama kita melentur. ini bukan kerja mudah !

sekadar berkongsi.

to bend a bamboo, start when it's still a shoot
start cultivating good values in a very early age
strike the iron while it's hot.

sekian.

Wednesday, January 16, 2013

bahasa jiwa bangsa

Hi.

dua hari sudah bergelar pendidik. Alhamdullillah. everything went well. semoga hari-hari berikut pun akan turut lancar dan baik-baik sahaja. 'all is well' gitu! 

berada di sekolah yang berbilang bangsa dan kaum pada aku agak sukar. especially dari segi komunikasi dua hala. maksud aku komunikasi dengan Indian dan Chinese students. kita rakyat Malaysia. berkongsi bahasa yang sama, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. kalau yg berbangsa Cina & India MEMANG secara seriusnya tak boleh berkongsi bahasa dengan aku selain dua bahasa yang aku cakap tadi. bahasa ibunda depa, hanya depa saja yang faham. aku nganga je kat tepi. nganga sambil senyum (bayangkan...) BAHAHA

jadi, aku telah menetapkan bahawa masa aku dalam kelas aku tak benarkan depa berkomunikasi selain daripada menggunakan Bahasa Melayu/Malaysia dan Bahasa Inggeris SAHAJA.

bila dah tetapkan macam tu mula la jadi lintang pukang. aku cakap A, depa cakap B. mula la nak naik darah. we are Malaysian hokayyy. payah komunikasi macam ni. baiklah. aku bagi contoh yer..

"cikgu, cikgu, apa buku mau guna" ini budak Chinese tanya ke aku. clever boy tapi Bahasa Melayu tak berapa nak clever sangat. kira pass je la eh.

"cikgu, mahu pakai itu buku ka?" ini pulak Indian girl. pretty girl (I can say) tapi Bahasa Melayu tak berapa nak 'pwetttyyy' macam dia HIHI

apa pun, keduanya masih boleh diguna pakai dan dapat dipertimbangkan sebab masih dalam kategori boleh faham. susunan ayat pun boleh terima la. daripada 10 aku MAMPU bagi 5 je kot.

okay, sambung...ini yang kronik sikit. jaga-jaga HEHE

"cikgu, cikgu, apa itu nama cikgu punya?" (cikgu, apa nama cikgu?) punya. punya. punya apa!? 

soalan sikit punya panjang. aku dengar pun penat. takmau jawab! 

"cikgu, Logiswaran saya nama". terketar-ketar suara dia. 

geleng kepala. hantuk kepala dekat meja 10 kali *dush dush dush*

WTF!

What the fishcake!

ini sudah melampau! daripada positif 10 aku bagi negatif SEPULUH! 

go back and practice. 

nahh...aku bagi lagi masalah yang sama. hampa komen sendiri la. paham kasi angguk, tadak paham kasi geleng. 





sekian sahaja laporan untuk hari ini.