Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

asam garam guru ganti

Hi. Assalamualaikum. 


(jaga-jaga! entry ini bersifat panjang lebar dan kelaut -- merepek 
serta ke'obsess-an' penulis menjadi guru ganti)


seronok betul bila pada mulanya diri ni hanya tahu duduk, baring, terlentang, tidur kemudian mandi, makan dan tidur semula dan kini dapat merasa peluang bekerja. sebelum ni selain melepak 24/7 dekat rumah (sebelum bekerja) aku memang tak tahu buat kerja lain. menternak lemak dan lemak dan lemak sahaja, titik!

jadi bila dah start bekerja aku tak sempat nak merasa kerja sampingan aku yang dulu yakni melepak 24/7. bayangkan, weekend juga aku berkerja. workaholic sungguh. walaupun hanya berstatus guru ganti, apa ada hal, aku akan berkhidmat sehabis daya. aku jenis yg bila suka, memang aku pulun. abah tak setuju dengan pendapat aku. "jangan penatkan badan dengan kerja lebih masa. buat kerja dalam bidang tugas kita sahaja. lain-lain jangan pulun sangat". itu kata Abah. 40% mungkin betul tapi 60% yang lain bercanggah dengan minat dan kesukaan aku. jadi aku tak boleh terima, tapi masih tak boleh nak abaikan terus sebab kadang-kadang apa yg abah cakap tu betul belaka cuma aku je yg tak boleh nak terima dengan hati terbuka. hehe. jadi aku menolak habis-habisan. perasan pendapat dia betul semua macam ni la gayanya. 

sebagai guru ganti yang berdedikasi, aku galas semua tugas yg diberikan sebaik mungkin. aku nak orang (pentadbir, guru-guru yg lain) tahu bahawa aku ni seorang yg boleh diharap. bagi tugas, aku settle. aku ni guru ganti yg pegang 7 kelas (5 kelas form1, 2 kelas form2) serta memegang title guru penasihat boling. sejiwa sangattttt! itu yg aku maksudkan bila aku suka, aku pulun. bila kena dengan jiwa aku, secara automatiknya aku TURN ON. mood baik je bila berkaitan boling (dan mood baik juga bila berkaitan matapelajaran dan lain-lain).

asam garam guru Geografi - Tingkatan Satu

berjaya kaut LIMA KELAS - 1C, 1E, 1H, 1M & 1N. kaut dalam erti kata bukan atas dasar kemahuan tetapi atas dasar dah memang bidang tugas. rupanya mencabar betul nak mengajar subjek yang kita pikir mudah dan nayy.....tak penting ni. susah nak bagi murid faham. kelas bijak mungkin a slice of cake bagi mereka. tapi kelas yg terkebelakang (1M & 1N) ni agak kasih-an. penerimaan mereka tak sama dan tak serupa dengan kelas hadapan. simpati aku disitu. sebagai guru yg berdedikasi, pulunnya aku untuk bagi depa paham sampai ke tahap kena bodek. hulur cekelat pun kemain suka depa ni. terima kasih kerana menghargai cekelat Hudsons saya ni dan terima kasih kerana berjaya faham apa yg saya ajar HIHI

asam garam guru Sains - Tingkatan Dua

syukur, diberi hanya dua kelas.....yang mencabar - 2K & 2N. grrrr! nasib aku baik sebab dapat dua kelas sahaja. kalau tiga, serta merta pingsan! subjek Sains seronok. Amali dan Nota dan Latihan berjalan seiring. yang susahnya hanya untuk buat mereka fokus dan merasakan subjek Sains tingkatan dua ni seronok dan akan lebih seronok jika mereka fokus dan faham. itu sahaja. 

asam garam guru penasihat Boling

ini paling seronok! tiba-tiba jadi macam most wanted dekat sekolah sebab setiap minggu yg ada latihan boling (setiap Jumaat), berpusu-pusu murid datang cari kita. nak bayar duit latihan. sambil tu ada jugak yg mencelah nak borang ahli padahal dah bulan MAC ni masih tak boleh nak decide awak tu nak join kelab apa. murid yg macam ni sebenarnya dah terikut-ikut, tak reti nak buat keputusan. at last, apa yg kawan join dia pun nak join. masa tu borang ahli kita dah tak fotokopi lebih untuk awak. kita dah busy nak pilih wakil daerah. jadi, awak pilih la kelab/permainan lain. catur ke, tak pun silat awang daud ke? hihi (eh! itu persatuan unit beruniform)

masa latihan dekat Amanjaya Mall, kita bawak seratus orang murid (mungkin lebih) untuk main dan berlatih.  20 lanes semua kita punya. bunyi pin jatuh tum tam tum tam GAMAT! itu baru bunyi pin yg jatuh, belum lagi kau kira suara-suara sumbang murid. lane slow/licin, kau tanya cikgu. "cikgu, kenapa lane kami slow/licin?". lane kau stuck kau tanya cikgu. pin kau susun lambat sangat kau tanya cikgu. bola kau dicuri kawan pun kau masih nak cakap dan tanya dgn cikgu. "murid, kalaulah cikgu tahu nak fix all the things, nak jugak cikgu apply kerja part time kat Pusat Boling tu untuk hujung minggu, boleh?". aku pulak yg tanya kau orang.

perkara diatas ni bukanlah rungutan. sekadar mahu berkongsi penat dan lelah aku melayan kerenah anak bangsa yg after all akan buat aku tersenyum dan rindu (sangat)


memori sekitar Aktiviti Merentas Desa
(09.03.2013)









memori sekitar Projek Keceriaan Makmal Sains SMKBSP
(12.03.2013)



-xoxo-

Sunday, January 27, 2013

First Time . . .

Hi.

Went to Doc Ridzam's clinic.

Letih. Kebas. Penat. Bosan. Oh, tidak! ini bukan simptom-simptom sakit. Ini kesan akibat EMPAT jam menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Hanya untuk membuang (mencabut) sebatang gigi geraham. Alahai ! ~ ~

Bila nama dipanggil (giliran dah tiba), terasa mahu melompat bintang sepuluh kali. 1, 2, 3....

Tolak pintu. Masuk bilik sejuk. Nampak tiga buah (biji) kerusi berteknologi tinggi. Canggih. Jakun sebentar. Sebenarnya tak pernah datang cabut gigi. Tak pernah jumpa doktor gigi. Ya! TAK PERNAH. Jangan la terkejut. Last jumpa doktor gigi masa sekolah dulu. Punya penakut dengan doktor gigi. Tak tau la kalau doktor gigi tu ada kuasa super saiya untuk menukar gigi jadi besi/biskut ke apa yang takut sangat dengan mereka.

Bincang. Nervous je tengok muka doktor yang beriya tanya soalan. Iya lahhh! Dia doktor, aku ni pesakit. Memang aku la yang patut nervous dan bukannya dia! Kalau ikut tahap ke'nevous'an aku ni, doktor tanya nak buat apa? Nak je aku jawab SCALING. Tersasar daripada niat sebenar. Tengok alat-alat canggih atas tray, atas rak, pengsan!~~ Teruskan niat mencabut gigi yang sudah menjadi serpihan. 

Kena inject ubat kebas dua tempat. Doktor layan pesakit lain sementara ubat kebas aku ni betul-betul buat mulut, lidah dan pipi aku kebas.

"Awak tunggu sat nah. Saya tengok Pak Cik ni dulu"

"Okayyy"

Tengok muka nurse, aku cuak (lagi). Nurse cakap sesuatu ke doktor.

Doktor datang tanya, "Awak okay?"

"Tak. Saya nak pengsan!"

HAHA

Acah!

30 minit, muka kebas, mulut kebas, lidah kebas. Rasa cacat sekejap bila tak dapat nak telan air liur secara normal. Terkebil-kebil. Sigh~~ Agak mencabar doktor nak cabut gigi geraham aku yang kukuh ni. Sekejap kekiri, sekejap kekanan. Akhirnya berjaya. Alhamdulillah. Ubat kebas macam tak berfungsi sebab aku rasa SAKIT jugak!

Lepas ni boleh pi scaling pulak. Macam syiok je duduk atas kerusi canggih tu. Ahaksss~~

Monday, July 11, 2011

random 2

salam.

hey hey hey

bertambah-tambah hari bosan. tak kira dimana berada sentiasa bosan. makan bosan. tgk tv pun dah bosan! apa kena dgn aku nih?? semakin hari semakin tak betah berada dirumah. sebelum ni rasa macam nak lompat-lompat untuk balik rumah. tapi sekarang....hurrmmm...

sekarang ni tgh musim buah-buahan tempatan. berlambak buah terjual dekat pasar malam rumah aku ni. berlonggok-longgok durian mencari pembeli. sorry. im not interested at all. dekat dusun abah berlambak tak termakan. kali ni buah tak menjadi dengan baik seperti sebelumnya kata mak. tu pun dah cukup buat kami untuk sengkak perut habiss makan buah saja. depan rumah ada pokok rambutan. pun tak larat nak makan. bukan makan pokok, makan buahnya la. tak larat nak kait. tak larat nak kopek untuk budak kecik 2 orang nih. tinggal tunggu nak batuk je. sekarang ni dapur rumah aku penuh dengan guni buah je. haishh. SEMAK!

semalam kakak aku cuba try test buat cheese cake! words of wonder. excited dia bersama si kecik wafda. the taste was not bad. menjilat jari gua ckp sama lu olang. first trial mesti ada cacat celanya. cheese layer yg kurang thick, topping blueberry yg super thick! manisss! I'll give 3 over 5. next time mesti PERFECT ok!

overall, bosan mengatasi segalanya even though macam-macam benda dah haku buat hari ni. not good! :(

ini masa pegi dusun hari Sabtu hari tu.

tengah jenguk buah yg rasa-rasa mcm nak gugur tak


ok! dah jumpa 1!


sempat lagi mancing!

okbai~!

Sunday, October 10, 2010

101010

i remember years ago. someone told me i should take caution when it comes to love. i did. but. when all is done. there is nothing to say. better be silent. :(

Thursday, August 19, 2010

jeles taw

currently im in mak teh's house. the nearest one and only. so aku akan selalu dtg melawat dan TERkadang trasa mnyusahkan dia. since dia pn xcakap pape so,i can't make any assumption yg mengatakan i ni penyusah mahupun menyusahkan. why i said so??

jawapan: kerana mak teh sniri yg akan selalu kol aku tnya whether nk balik umah dia atau sebaliknya. dan aku sebagai anak sedara yg ada budi bahasa(kononnya) dgn segan xkan menolak pelawaan itu kerana utk menjaga hati setiap pihak. baik kn anak sedara mcm aku ni?(utk yg xsetuju sila abaikan).

seberapa kerapnya aku balik ke umah mak teh adalah seperti mn kerapnya aku balik ke umah aku masa aku study kt merbok dulu. utk org yg kenal aku especially mr.Hairi dan sahabat baik aku, azirah abd aziz dan noor zahira sobarudin serta zai, maka mereka akan dpt mengagak seberapa kerapnya kepulangan aku ke rumahku syurgaku. but now, aku cuma menumpang kt umah org. rumah aku jauh nun disana. sedih. ok. stop here crita pasal umah.

tujuan asal aku ialah utk bercerita how jealous i am pd seorang manusia ni. tp sebelum tu, utk memanjangkan entry ni aku rasa nk crita dulu pasal angan2 aku masa kecik2 dulu. masa kecik dulu aku berangan nk ikut abah pegi belayar(my dad was a navy yaww). yer la. merata dia pegi tinggalkan kami 1 family. dan aku pun nk jgk merasa pegi jln jauh2 dan experience belayar atas kapal mcm abah dan kwn2 abah. tangkap gambar sana sini. dan yg paling aku jeles bila dalam gambar tu aku tgk mulut abah kuar asap bila dia ckp. bdk kecik pn paham kt certain tmpt je bleh berlaku situasi cmtu. pengaruh cita hollywood suma nih(kata mak aku). mungkin krn maseh kecil aku keluarkan 1 statement pd abah. lebih kurang cmni......

"abah, next time kalo nk pegi belayar bawak aya sekali yer. aya nk cb buat snowman jgk mcm dlm gmbr tu. aya xmau dok dgn mak."

something like dat la agaknya yg aku ckp kt abah

.
.
.
abah cuma senyum
.
.
.
i meant it! dia ingt aku main2 ke??
.
.
.

dan sekarang aku masih simpan angan2 masa kecik aku tu

dan hari ni aku antar mak cik aku yg bakal berangkat ke tempat yg 'bila cakap bleh kuar asap' tu. taw tak betapa jelesnya aku bila dpt taw dia nk pegi 'sana'??? mungkin blom ada rezeki aku lg kot. kalau yer pon aku kna kumpul duit la. tu pun kalo rasa nk merealisasikan angan2 aku tu. insyaAllah.


p/s: berkobar2 study akaun tp tersangkut2. sebab ni la aku malas nk blaja online.
att: kpd lecturer akaun, sila tukar mode pengajaran anda kalau rasa tanak jmpa muka yg sm utk sem depan. harap maklum yer madam.

Wednesday, August 11, 2010

puasa anak kecil

memandangkan sekarang dh pun secara rasminya umat Islam mula menjalankan amal ibadat dgn berpuasa di bulan Ramadhan secara xlangsung perkara2 mudarat as such yg berkaitan dgn umpat mengumpat, tipu menipu harus dijauhkan sama sekali. ini penting! peliharalah anggota anda dr perkara diatas. hari baik bulan baik apa la salahnya kalo kita berbuat baik. jauhi perkara mungkar. xsemestinya dtg je bln Ramadhan kena buat baik, bulan berikut dan sebelumnya pn harus la berpelakuan baik jgk...xsusah pn cuma anda sj yg meng'complicated'kan keadaan. ok. bkn ini tujuan aku bercorat coret utk kali ni. actually dtgnya bln Ramadhan kali ni aku bersyukur sgt. sgt bersyukur! (ok.ulang lg)...sbb...skali lg aku dipertemukan dgn bulan yg penuh barakah ni...amin Ya rabbal alamin. anda bagaimana??

stiap kali dtg bln Ramadhan aku akan sentiasa flash back kenangan masa mula2 men'cuba' utk berpuasa. at the age of 7 aku dh mula menjinakkan diri dgn berpuasa. didikan awal yg ku kira sgt berguna! kanak2 harus didedahkan dgn sebegitu caranya. contoh, berpuasa. solat etc. pengalaman berpuasa masa muda2 dulu sgt comel. kusangka diri dpt bertahan tp sayang...tergoda ditengahari. biasa la. nama pn bdk kecik. berpuasa separuh hari dh ptt berbangga. at least mencuba. yer dak? sesi persekolahan dipagi hari xmenggangu gugat sikit pn ibadah puasa yg dijalankan. sgt impressive! tp.....sesi sekolah fardhu ain dipetang hari mula trasa keletihannya. maunya tidak, berbasikal dari rumah dgn jarak ku anggar kira2 4kilometer. jauh bg kanak2 seperti aku.

here are the temptation! masa ni la aku digoda dan tergoda. tau sbb apa? mai sini aku bagtaw. aku kanak2 yer dak? kawan2 aku jg kanak2. kami berbeza. apa besa kami? apa? sm? tadak besa? tett...slh! beza antara kami ialah aku kanak2 yg berpuasa dan dia serta mereka yg lain ialah kanak2 yg TIDAK berpuasa. mereka dibekalkan air sirap ais. berpeluh2 botol air mereka. wap2 sejuk dingin terasa. meleleh air liur org yg berpuasa nih. nak2 lg santapan ptg mereka tersedia dlm Tupperware masing2. ada yg berbekalkan nasi goreng, roti telur, roti 3kupang etc. sumanya hasil masakan dan bekalan dr ibu terchenta. dan aku? sayangnya aku tidak disediakan perkara sebegitu. oleh sbb aku masih kecil dan kurang keimanan aku pikir maka mudah bg syaitan utk menghasut dan aku pn terhasut. balik rumah kecoh la cakap pasal aku terbatal puasa....nasib aku baik sbb xkena marah. baguih mak bapak aku ni. tp next time buat lg kena tibai la gamaknya...hehehe. ada byk lg pengalaman berpuasa aku masa kecik2 dulu. curi2 minum air sejuk dlm peti ais, bawak masuk kek coklat dlm tupperware dan menjalankan operasi dlm bilik dan byk lg. tak tercerita rasanya. anda bagaimana??

masa berlalu pantas...dari kecil molek hingga sekarang dh pon dewasa. pengalaman dan kenangan berpuasa sgt fun! berkongsi gumbira dgn kawan2 antara yg paling aku ingat! tambah2 bila dpt baju baru, kasut baru etc. sampai sekarang masih berkongsi benda yg sama cuma kawan2 sj yg berbeza..br sehari berpuasa tp rasanya raya macam dh dekat. weee:))

p/s: selamat berpuasa seperti mana berpuasanya orang2 yg beriman terdahulu kita. semoga kita mendapat rahmat, kurniaNya dan pengampunan diatas dosa2 yg telah kita lakukan samada sengaja atau tidak sengaja~~~~


....nk mkn ni la berbuka nanti....