Thursday, December 20, 2012

hijau zamrud vs shocking pink versi koleksi baju kurung tahun depan

Hi!

last entri aku dah terbengang secara mengejut. maafkan saya...kali ni tak bengang dah. rasa macam nk discuss baju kurung koleksi tahun depan. buat koleksi semakkan almari lagi. lepas tu emak bising bila semua orang nak share almari dgn emak. nak gantung baju kurung semua orang. almari emak dah jadi almari semua orang. almari kita semua. normal.

baju kurung tahun 2008-2010 dah sedekah. mana yang muat still akan pakai. yang dah tak muat simpan dalam kotak buat kenangan (kot). yang tak pakai lagi, selalunya yang tak berkenan la, akan tergantung megah dalam lemari/gobok. simpan buat anak cucu rasanya. kami adik beradik tak ikut trend baju kurung sangat. so lembab. hanya selesa dengan kurung moden. tak pun kurung pahang. itu je yang selesa. peplum bagai kami tak reti. hew. maafkan saya...

hari tu ada TERBELI kain kosong. emerald green. orang cakap nak buat bendera PAS. sumpah tak! mengada-adakan cerita je semua orang tu. bila dah orang mengada-adakan cerita tak benar tu terus semua orang yang lain reject. baiklah. aku teruskan dengan niat aku (bukan nak buat bendera pas, okay) untuk buat baju kurung. daripada sembilan terus aku jadi foreveralone. no hal. aku berdiri atas kaki aku sendiri so aku akan terus melangkah dan teruskan niat aku tadi (bukan nak buat bendera pas, okay). niat aku nak tambah koleksi baju kurung tahun depan. itu je. pheww...


ini la warna bendera PAS tu. so pas eh? AAK?

inspired by Rizalman Ibrahim
iolls sangat in-love with the middle one. mungkin faktor warna. sebenarnya ketiga-tiga diatas adalah superb dan marvellous. iolls nak kurung moden with lace. so sweet. (ptuih)

kalau makcik tailor-swift tak approve design Rizalman yang kat atas tu, which is dalam kata lain beliau tak reti nak buat or tahap konfiden beliau MERAH maka aku nak suggest ke beliau design diatas. kain tu yg penting. simple yet elegant, kan? masuk bakul, angkat sendirik. baiklah -___-" cuma lace tu tak nak letak kat bahu, pakai tudung tak nampak, kan? nak letak dekat kaki baju dan hujung lengan. boleh bayangkan tak? sila bayangkan. ahh puhlisss...imaginasi.


baju kurung Modern Splash dari HijrahCouture yg FatinLiyana pakai ni super cute! tapi aku tak minat reben syomel kat belakang tu. cuma nak lengan baju yg lansing tu je. with zip, katanya! request lebih-lebih ni kang agak-agak makcik tu nak bagi high-five dak kat aku? sebelum hantar, aku nak list down perkara penting. hantar kat tailor-swift lepas tu tinggal note dalam beg. biar mak cik tu baca sensorang. lepas tu dia tak buat baju aku sebab banyak songeh sangat. lepas tu padan muka aku yang banyak songeh ni tak dak baju idaman (lah sangat)  -____-' bukan idaman sangat pun.

kalau semua pun tak boleh...macam ni boleh? soooooo RozitaCheWan HIHI ^___^

contoh lace yang aku dah tinjau kat facebook. so far aku hanya tengok dekat Si Chantek Border Lace  je. terus aku terpengaruh. dah tak google cari yang lain. terbekenan yang ni je sampai saat dan ketika ini.

antara idea yang nak bagi kat mak cik tailor-swift nanti. print dan letak dalam beg (masih dgn idea tadi) HAHA tak nak sarat dengan bunga. cukup dengan lace dan sedikit manik. banyak songeh sangat, kan? besok dia suruh aku jahit sendirik. baiklah.

Royal Blue
simple kan? cantik.

oh ya! shocking pink yg aku dok canangkan tu sebenaqnya padanan tudung. emerald green with shocking pink. so blocking! itu namaya Persetujuan Sembilan Orang. tudung siap tempah. either syria or bawal biasa. keduanya boleh diterima dan pakai ikut keselesaan. 

tunggu next year je la baju tu nak siap. entah diterima entah tidak. mungkin tailor-swift tengah busy buat baju sekolah budak. hew.

No comments:

Post a Comment