Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Saturday, August 1, 2015

Kakak Sulung OFF-Market

Assalamualaikum.

Tak lama lagi kakak sulung kite dah nak off-market. Takda la feeling nak nangis-nangis ke apa sebab kite tahu lepas nikah nanti dia masih menghuni rumah ni bersama yang lain seperti sedia kala. Cuma, excited nak kenduri dan jumpa saudara-mara, rakan taulan tu ada la 50%. Another 50%, hilang lari kemana entah lah. Nanti kite cari.

Tempoh bertunang tak lama, 3 bulan. Bertunang, 1 Mei 2015, Nikah, 7 Ogos 2015 dan kenduri kendara, 8 Ogos 2015. Kalau kenduri ni biasalah, sibuknya makcik-makcik kite ni. Tak menang tangan nak buat kerja. Kite tolong sikit je la. Dah terbiasa dengan sikap PEMALAS ni memang macam ni la selamanya. Bukan apa, kite ada 9 orang makcik saudara nak bertungkus-lumus kat dapur tu dan seorang SUPER EMAK of course. Dapur mak kite tu dah la kecik cinonet je haa, mana muat nak tampung sembilan orang makcik dan seorang Suraya. Barang-barang bersepah sana sini lagi kena kira jugak. Terima kasih makcik-makcik saudara kite yang banyak membantu dalam menjayakan majlis kakak sulung kite ni. Muahciked!

Majlis berjalan lancar dan sempurna macam majlis orang kahwin yang lain. Cuma petang tu hujan lebat sikit. 





One Happy Father.


One Happy Mother, Niece and my Mak Tam back there. 


One BIG Family.

my fellow friends


Ada banyakkkkk lagi gambaq nak up. Sendiri tengok la dekat folder dalam laptop ni.

BTW, photographer kita ambil Arip. Harga yang berpatutan PLUS dia kawan kita since high school. Esok lusa kita kahwin pun kita bakal ambil servis dia jugak. InsyaAllah.

till then.


bye.

Friday, February 15, 2013

kahwin | Shariman & Nazihah

Assalamualaikum

Alhamdulillah. seorang lagi sepupu, Ahmad Shariman Aznan, telah selamat mendirikan masjid bersama pasangan pilihan hati, Nazihah Abdul Mutalib. bertambah lagi ahli keluarga. Yay! semoga bahagia hingga Jannah. InsyaAllah.

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair.
"Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan"

semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke Jannah dan sentiasa diberkati oleh Yang Esa. Amin Ya Rabbal A'lamin. 



akad nikah | rumah pengantin perempuan

majlis resepsi | pihak lelaki (turquoise green - cantik!)

akad nikah | 09.02.2013
majlis resepsi - perempuan | 10.02.2013
majlis resepsi -lelaki | 11.02.2013

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan. Allah Maha Besar. Allah permudahkan apa yang dirancang. tapi sayang Pak Ngah (Allahyarham - Al-Fatihah) takda dengan kami masa tu. kami tahu Allah sayangkan Pak Ngah. semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah SWT adalah Perancang yang terbaik. trust me! 

kenduri meriah! adik beradik, sanak saudara yang jauh & dekat semua ada. paling best Gang Emerald Green lah. bagi bunga teloq! Hamekauuu ! HAHA

all in all, meriah! terbaik! daebak! :)   


p/s: terdidiknya seorang ISTERI itu apabila BAIKnya seorang SUAMI, maka apabila BAIKnya seorang suami itu BAIK jugalah ISTERInya. Apabila SOLEHnya SUAMI itu maka SOLEHAH jugalah ISTERInya. SUAMI itu sebagai ACUAN buat ISTERI :)